"Raenji..." suara yang amat ku kenal, crush aku, Jun memanggilku membuatkan aku terduduk tegak. Perlahan aku menoleh ke arah nya. "Ya-yaa?"
"Kau tau tak mana Wonwoo? Dah sejam tak masuk-masuk kelas. Ponteng eh?" soalnya sambil kening kirinya terangkat.
Auw so hot! xDD
Aku mengangguk laju dengan bibirku mencebik. "Ha-ha'ah... Ponteng katanya."
"Oh." katanya lalu memandang ke arah lain. Aku mencebik dan memandang ke arah depan semula.
Memang susah lah macam ni...
Harap Wonwoo dapat bantu aku.
(S K I P)
"Jun." bahu Jun disiku perlahan. Jun yang sedang mengunyah gula-gula getah itu memandang Wonwoo dengan pandangan pelik. "Apa?"
"Kau tak rasa ke Raenji tu cantik?" soal Wonwoo membuatkan gula-gula getah yang dikunyah oleh Jun terkeluar dari mulut. Terkejut Jun dibuatnya. "Apasal kau tiba-tiba tanya tentang tu?"
Wonwoo tersengih. "Saja... Mana tau lah kau berkenan ke. Kau mana pernah ada girlfriend."
Jun mengeluh lalu menggeleng. Dahi yang tidak gatal itu digaru. "Entah lah. Aku rasa taknak lah ada girlfriend. Lagipun masih belajar kan. Fokus dululah."
Wonwoo merengus lalu memandang Jun menyampah. "Kau ni, tak payah nak fokus sangat lah. Kau dah cukup pandai tu."
"Makanya, dah pandai kenalah tingkatkan lagi kepandaian tu." kata Jun lalu memukul dadanya, bangga.
Wonwoo berdecit. Matanya dijulingkan ke atas. "Bila dipuji, dah kembang sepuluh inci, duh."
Jun hanya ketawa mendengar kata-kata Wonwoo. "Between, kau nak tak aku jawab soalan first-first kau tadi?"
Wonwoo mengerutkan dahinya. Dagunya digosok perlahan. "Soalan pertama? Yang mana?"
Jun menepuk dahinya lalu mengeluh perlahan. "Dasar lah atuk kau ni. Yang tentang budak Raenji tu."
"Oh..!" Wonwoo tergelak selepas Jun menunjukkan wajah tidak puas hatinya. Pantas dia mengangguk. "Of course lah aku nak tau."
"Aku tak tau. Aku nilai perempuan dari hati dorang je. Kalau hati dorang bersih, baik, dorang tu sah sah cantik. Kalau hati dorang tu buruk, kotor, memang dorang tu perempuan yang sangat hodoh." kata Jun lalu tersenyum senget. Wonwoo memandangnya tidak berkelip. Sentap? Ada juga lah sikit.
Tapi, girlfriend baru dia tu, baik memang baik. Comel, cantik, idol fuh.
Tak sentap terus dengan kata-kata Jun tadi. Sikit je sentap tu.
"Oh... Ok." Wonwoo mengangguk perlahan. "Jadi kau kenalah kenal dengan dia baru kau tau dia tu macam mana." kata Wonwoo lalu memandang ke arah depan semula. Pensel atas meja dicapai lalu diputar-putarnya pensel tersebut.
"Buat apa? Untuk jadi boyfriend dia yang seterusnya lepas kau?" pensel yang diputar tadi terus jatuh ke atas meja semula. Wonwoo memandang Jun tidak percaya. Macam tau-tau je Jun ni.
"Eh, mana ada lah kau ni pun. Just nak tengok kau couple. Kau ni boyfriend jenis sweet ke, cold ke. Hah!" kata Wonwoo lalu ketawa awkward. Belakang lehernya digaru untuk menghilangkan rasa janggal.
Jun ketawa membuatkan rasa janggal Wonwoo hilang. Dengan perlahan, Wonwoo menghela nafasnya, nasib.
(T B C)
YOU ARE READING
Ⓒ plaster ↬ jun seventeen
Cerita Pendek"This plaster is my everything." ©levright || 2017