#MFS 5 - Cita-Cita

1.2K 6 1
                                    

"Mak awak kerja apa?" soal aku kepada seorang murid tahun 1.

"Mak saya tak kerja, cikgu. Dia belum cukup umur lagi. Tapi dia ada cita-cita," jawab murid itu dengan yakin.

Haha. Aku dah tergelak kecil dah dengar jawapan awal daripada dia. Terus aku tertarik untuk berborak dengan dia lagi.

Aku teruskan pertanyaan, "Apa cita-cita mak awak?"

"Mak saya bercita-cita nak jadi isteri yang solehah. Mak yang cakap macam tu. Kalau ayah lagi hebat, cita-cita ayah nak jadi Iron Man dan Captain America," penuh semangat dia bagitahu aku.

Saat ini aku dah tak mampu nak tahan gelak dah. Oh anak, ayah awak mesti kaki layan filem Marvel ni. Yang penting, ayah dia jenis sempoi.

"Balik rumah nanti, cakap kat ayah, cita-cita cikgu nak jadi Superman tau," kata aku sambil tersenyum.

Dia hanya mengangguk kecil sahaja. Tapi aku rasa mesej aku akan sampai kat ayah dia.

(TEASER) Cikgu Kelas Sebelah - Fadli SallehWhere stories live. Discover now