Seperti biasa, aku bawa murid tahun 1 ke padang. Hari ini cadangnya nak main permainan 'cabut ekor'.
Semalam waktu Pendidikan Kesihatan, aku dah jelaskan serba sedikit tentang permainan 'cabut ekor' ni. Semalam, semua mengangguk faham. Tapi semalam baru teori, hari ni baru nak praktikkan.
Sebelum bermain, aku minta murid buat bulatan besar dan sesi pemanasan badan pun bermula.
Elok-elok tengah panaskan badan, seorang murid menjerit, "Eh, kapal terbang!"
"Alah, awak bukan tak biasa tengok kapal terbang. Dah, cepat sambung panaskan badan. Jap lagi nak main pulak," ujarku kepada budak tu.
Aku ingatkan budak bandar tak hairan dengan kapal terbang. Tapi budak, selamanya begitu. Semua budak dah tak boleh tumpu untuk aktiviti dah. Semua pakat lambai-lambai tangan siap ucap hai bagai.
Yang tak tahan, siap ada yang jerit, "Kapal terbang! Turun kat sini. Saya nak naik."
Penat aku suruh mereka tumpu kepada aktiviti pemanasan badan, sorang dua je dengar. Yang lain tak endah dah.
Akhirnya aku menyerah kalah. Dengan aku sekali melambai tangan kat kapal terbang macam budak-budak. Seronok pulak rasa main lambai-lambai macam tu. Aku pun ucap hai dan ajak abang pilot singgah juga tau.
Jahanam! Terpengaruh terus aku. Betul la kata orang, "If you can't beat them, join them."
YOU ARE READING
(TEASER) Cikgu Kelas Sebelah - Fadli Salleh
HumorOrang kata, jadi cikgu zaman sekarang tidak seronok seperti dulu lagi. Terlalu banyak beban, terlampau banyak tekanan. Kalau kau cikgu, pandai-pandailah mencari keseronokan sendiri. Agar semangat tidak hilang, agar cinta terhadap profesion terus mem...