Chapter 7

3.4K 144 0
                                    

Kerna Aku Cinta

Imperfection between us are now completed .


"Waalaikumsalam.."

Ain bangun menenyeh mata.Jam dindung dikerling sekilas.Sudah 4.30 petang.Bererti sudah 30 minit dia terlelap di atas sofa.Suara yang memberi salam dari luar rumah mengejutkannya.

Lantas mata yang masih kuyu dibawa ke daun pintu.Terjengul wajah seseorang yang sangat lama dia tidak ketemu.

"Sis!!"

Jerit Ain.Dia meluru ke arah Raudhah yang berdiri di hadapan pintu.Lantas dipeluk tubuh yang agak berisi itu.

"Ya Allah,sis.Ain lupa nak pakai tudunglah!"

Ain segera meraba kepalanya.Baru tersedar dia keluar tanpa bertudung.Itu pun sebab dia terasa macam rambutnya tertarik kerana berpelukan dengan Raudhah.

"Heh,cuai!"

Raudhah gelak kecil.

"Jomlah masuk."

Mereka berjalan seiringan masuk ke rumah sewa Ain.

"Sis,apa khabar?"

Raudhah tayang senyum.Tangan Ain digenggam erat.

"Alhamdulilah.Ana bikhair."

"Alhamdulilah..Hah!Sis tiba tiba muncul ni..Ada apa?Nak ajak join rombongan lagi ke?Wahh!"

Becok mulut Ain berkata kata.Teruja sebenarnya.

"No..I come here with hajat."

Ain tercengang.Hajat?Biar mangga?

"Hajat?"

Raudhah menarik nafas.Berat pula hati ini.Tapi,memandang ini niat baik.Mengapa pula harus dia risaukan?

"Someone wants to make you as a special person in his life."

Raudhah menyentuh bahu Ain.Dia bimbang Ain naik hantu dengannya.Mulut tu dah bulat macam bola.Sumbat gajah pun dah lepas.

"What?"

Wajah Raudhah yang putih bersih itu dipandang.Gadis berketurunan Yaman ini menipu diakah?Kata kata Raudhah yang masih berpelat meluncur laju dalam mindanya.

"Siapa?"

"You know him."

Ain mengeluh.Kenal?Ertinya mesti someone itu kliennya.Kalau tidak,masakan kenal dia.Dia tidak punya rakan lelaki.Followers Instagram pun perempuan semua.Haishh,sakitnya otak ni!

"Macam mana pulak sis boleh kenal dia?"

Bahu Raudhah ditarik rapat ke tubuhnya.Dua mencerlung sepasang mata biru kehijauan milik Raudhah.Tak mungkin gadis ini akan tipu dirinya.

"He is one of male backpackers members.My fiancee's friend."

Ain menggaru pelipis yang tidak gatal.Buntu.Apa yang harus dia katakan.

"Nama?"

"Ammar...."

"What?!"

Terhenjut bahu Ain mendengar nama yang meniti di bibir Raudhah.Takkan lelaki itu?Oh god!

"Tak mungkin!Kalau dia,Ain tolak.Ain tak setuju!"

Lantas gadis itu bangun menjauhi diri dari Raudhah.Sedih hatinya mendengar nama lelaki itu.Dia bersandar pada dinding ruang tamu.

"Kenapa Ain?He is so good.It just so hard nowadays to find a male that using third person to ask you."

Kalaulah Raudhah tahu lelaki itu bersikap bagaimana..Kalaulah..

CINTA UNTUK ISTERI ✔ [PRIVATE]Where stories live. Discover now