📕 Koleksi HADITH SHAHIH: ORANG SAKIT MENGHARAPKAN KEMATIAN.حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ حَدَّثَنَا ثَابِتٌ الْبُنَانِيُّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ مِنْ ضُرٍّ أَصَابَهُ فَإِنْ كَانَ لَا بُدَّ فَاعِلًا فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِيMaknanya:
Telah menceritakan kepada kami Adam telah menceritakan kepada kami Syu'bah telah menceritakan kepada kami Tsabit Al Bunani dari Anas bin Malik radliallahu 'anhu dia berkata;
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah salah seorang dari kalian mengharapkan kematian kerana musibah yang menimpanya, kalau memang hal itu harus, hendaknya ia mengatakan; Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu baik bagiku."
Hadis sahih Bukhari no. 5239.
Seorang muslim yang soleh tidak boleh mengharapkan kematian kerana ujian dan masalah kehidupan yang dia sedang hadapi. Memang berat mata memandang lagi berat bahu yang memikulnya namun ingatlah rahmat Allah seluas-luasnya untuk kita jika kita redha dan bersabar dalam menghadapi ujian-ujian Allah telah Allah "hadiahkan" untuk kita.
Allah berfirman :
وَلَا تَيْئَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْئَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ
Maksubnya:
"...dan janganlah kalian putus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak ada yang putus asa dari rahmat Allah kecuali orang-orang kafir."(Q.S Yusuf:87)Rahmat Allah mengatasi segala-galanya kesusahan yang kita hadapi. Ujian ini hanya untuk hamba-hamba-Nya yang terpilih dan disayangi. Lihat berapa ramai Nabi dan orang yang soleh di uji dengan pelbagai ujian dengan sakit, keluarga, kawan-kawan dan orang-orang di sekelilingnya??? Maka berbahagialah wahai insan kerana kita adalah antara hamba-hamba-Nya yang Allah sayangi dan InsyaAllah terpilih untuk ke syurga Allah negara yang penuh dengan nikmat dan rahmat. Semoga kita sama-sama dapat bertemu di sana nanti.
Wallahua'lam.#admin Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith.
🌏 Artikel: Kempen Semak Hadis
