BAB 8

5K 200 5
                                    

Mangkuk bijian cereal betul lah si fadilah ni. Semata – mata nak jual minyak angin sanggup tinggal kawan. tanpa segan silu dipaksa relanya aku pergi berkayak seorang diri supaya dapat berkayak berdua sambil berbual mesra dengan mamat idaman dia. Ini tidak adil! Sila baca seperti nada dialog dalam cerita p ramlee tiga abdul. Lenguhnya tangan ni, rasa nak tertangge kata orang perak, aku merungut sambil menggosok – gosok lenganku. Dah penuh tepu asid laktik terkumpul dalam otot – otot aku yang tak seberapa ini. Mahunya seminggu baru hilang sakit ni.

"Hah! Baru kayak sikit tangan kau dah lenguh ke?" Fadilah melabuhkan diri di sisi aku.

"Cis! jangan dekat dengan aku kawan derhaka,"

aku pura – pura berganjak jauh sikit dari fadilah.

"Mak aih! Merajuk je?" Saje je fadilah merapatkan semula kedudukan kami.

Aku memanjangkan muncung aku. tangan aku masih memicit – micit lagi akan kedua belah lenganku silih berganti.

"Ala bukannya kau tak pernah berkayak single. Kau saja je nak buat aku rasa bersalah kan?"

"Masalahnya cik fadilah oi! Aku pernah berkayak single zaman dulu kala. Dah lama bak kata dr M. sekarang ni awak adalah pasangan saya," aku saja je kasi ceramah ke jalan rasa bersalah secara percuma.

"Okay! Okay! Maafkan aku le. Ala kau bukan tak tahu aku kan suka mamat tu dah lama. Tak sangka pula dia masuk kelab rekreasi kita pada tahun ni. So sebagai president kelab ni aku mestilah mengalu – alukan kedatangan ahli baru kan. Hah! Aku ni berniat murni walaupun ada udang disebalik mee, hehe…"  ketawa fadilah yang jarang serius

"Nasib baik mengaku yang kau telah salah guna kedudukan. Bolehla aku buat laporan rasmi kat agensi salah guna kuasa ni," seloroh aku.

"Maafkan aku? meh aku picit lengan kau, lepas tu kau picit lengan aku pula," fadilah membundlekan permohonan maaf dengan system barter.

"Maaf di terima tapi aku tak nak tangan kau yang tak bertauliah picit memicit tu memicit lengan lengan aku. nanti lebam!"

"Hehe aku dah tahu dah itu memang jawapan kau hahaha.. aku sengaja je offer khidmat masyarakat aku ni."

Kemudian kami ketawa bersama – sama tanpa menghiraukan keadaan sekeling. Tolak lagi markah menantu idaman Malaya. Hehe..

"Amacam? Serasi ke pasangan kayak kau tu untuk dijadikan calon pakwe, aku merubah topic berbual."

"Entahlah.. aku dah lama usha Badrul tu dari tahun satu lagi… tak sangka pula dia daftar diri masuk kelab rekreasi. Dah ada peluang depan mata aku pun cuba ajelah.. aku dah cuba merisik dengan kawan – kawan. dia ni kedengaran seperti budak baik."

Aku tahu fadilah memang dah lama suka si Badrul tu dari jauh, Cuma aku risau fadilah kecewa di kemudian hari.

"Good luck", Cuma itu saja yang aku mampu katakan.

"Perbualan kita macam kat dalam drama dalam tv pula.. hehe tak maula jiwang – jiwang sangat," fadilah menyiku rusukku.

"Ala..lala.. kekanda ku fadilah yang baik hati, sudilah kiranya kanda tolong picit bahu adinda yang lenguh bagai nak luruh ni," aku berseloroh.

"Banyaklah kau, nanti ada orang ingat kita ni pasangan sejenis. Dah la tengah lepak kat tepi kolam, pastu berpicitan mesra pula..."

"Tadi dia juga yang kononnya menawarkan ‘ khidmat masyarakat’," bidasku.

"Itu tadi. Kan kau sendiri dah dengar pengakuan ikhlas aku.. silalah rujuk semula perbualan di atas," fadilah menepuk kuat bahuku.

"Jom ke khemah minuman aku dahaga giler ni."

Fadilah bangun seraya menarik tanganku. Dengan malasnya aku cuba bangun. Sengaja aku menguatkan ‘adoi-an’ (maaf perkataan ini tidak ada dalam kamus dewan bahasa. Harap para pelajar diluar sana jangan guna perkataan ini ketika menjawap kertas soalan bahasa melayu) sebelum bangun berdiri sambil mengibas – ngibas seluarku untuk menanggalkan rumput yang terlekat pada seluar.

aku sedang sedap meregangkan badan ku aka mengeliat macam ular dibedal apabila tiba – tiba aku disapa seseorang.

OMG! Suamiku Greek! (Complete)Where stories live. Discover now