Sejam kemudian aku terjaga dari tidur. Rasa sakit mula menyerang. Rasa sakitnya seperti ombak dipantai mula kecil sebelum datang ombak yang besar. Aku mengalihkan kedudukan dari berbaring kepada mengiring. Aku mengetap bibirku menahan sakit.
"Ariana.. beristifar. Tarik nafas dalam dan hembus perlahan," Leo memberi kata - kata perangsang. Aku mengeluh perlahan. Bidan memeriksa keadaan.
"You’re dilating nicely," jururawat memberitahuku sambil tersenyum.
Sakit akibat kontraksi datang dan pergi seperti air pasang. Leo tidak putus – putus memberikan perangsang kepadaku. Dengan izin allah sejam kemudian aku berjaya melahirkan bayi lelaki seberat 3.5 kg. Suaranya memang nyaring memberitahu dunia bahawa aku telah tiba. Aku memanjat kesyukuran kepada allah. Leo mengazankan anaknya perlahan. Aku pasti matanya berkaca semasa dia mengazankan anak kami. Aku memang comfirm menangis kegembiraan, sakit yang kurasa tadi terus hilang. Sesungguhnya Allah maha kaya, setiap ibu yang melahirkan anak akan mengalami amnesia terpilih yakni mereka akan terlupa terus akan rasa sakit semasa bersalin contohnya aku sekarang tidak dapat recall rasa sakit yang aku alami beberapa jam sebelum ini kerana gembira akan kehadiran anakku ke dunia.
Salah seorang jururawat memeriksa, kemudian dia memberitahu sesuatu kepada doctor. Kemudin doctor memeriksa tangan dan badanku. Aku memang merasa sesuatu yang tidak kena kerana aku sukar bernafas. Ruang tekakku tiba – tiba rasa semakin kecil. Aku melihat tanganku yang merah seperi digigit beribu nyamuk dan semut dan bintik – bintik itu mula bercantum. Gatalnya jangan tak dapat di gambarkan. Huhu ikutkan hati memang dah bercalar balar kulit ni. Kemudian aku rasa tekak aku macam penuh je, sukar nak bernafas. Ya Allah! Apa yang telah berlaku ni? Aku memang berada di dalam mood panic ni.
"Please.. what is wrong with me?" aku cuba mengawal perasaan panic kerana tidak boleh bernafas dengan sempurna ni. Tangan aku mula menggaru.
"Mrs leonadis?"
"Please help me.. I can’t breath… I’m ichy.. every where.." aku cuba memberitahu juruawat itu di antara sela nafas aku dan laluan udaraku yang kurasakan semakin mengecil. Doktor yang sedang memeriksa aku dengan pantas menekan satu butang di katil.
"Please..."
Seluruh wajah aku mula bengkak dan merah padam. Leo yang baru keluar dari bilik air berlari kepadaku.
"What’s wrong ariana?" wajahnya pucat.
" what is wrong with her?” kali ini dia
mengalihkan perhatiannya kepada doktor yang sedang memberi arahan kepada jururawatnya. Jururawat itu membalas sesuatu di dalam bahasa mereka sebelum berlari keluar dari bilik. Beberapa ketika kemudian jururawat tersebut datang semula dan membawa dulang.
Aku masih lagi bergelut untuk mencari udara malah buat Masa sekarang aku lebih kepada bernafas melalui mulut dan sebolehnya aku menenangkan diri supaya tidak panik kerana ia akan lebih memburukkan keadaan lagi.Satu suntikan diberikan.
Alhamdullillah.. aku dapat rasakan kesan ubat itu mula bergerak ke seluruh tubuh aku dan secara beransur - ansur, aku mula dapat bernafas dengan lebih selesa. Walaupun gatal masih ada tapi rongga pernafasan aku mula kembali kepada keadaan asal. Leo berada di sebelah aku sambil mengucap syukur dan mengucup dahi dan pipi aku beberapa kali dan kami diam tanpa berkata apa – apa. Aku mengaku aku tidak tahu apa yang telah berlaku sebenar tadi tapi aku sangat trauma. Siapa Tak rasa trauma apabila nyawa seperti dihujung tanduk. Rupanya, suntikan ubat tadi sudah memberi kesan sampingan iaitu aku tersangatlah mengantuk dan aku pun...
***
Aku rasa amat letih dan masih lagi mengantuk mungkin kerana ubat dan aktiviti sebelum ini yakni proses bersalin.
Doktor yang merawat aku tadi menerangkan apa yang telah berlaku sebentar tadi.Hmm.. rupa-rupanya aku ni ada alergi terhadap ubat tahan sakit dan aku perlu mengingati nama ubat tersebut supaya kejadian seperti tadi tidak berulang di Masa hadapan. Alahai nasib badan.
Derap kasut walaupun perlahan menarik perhatian aku.
oh.. my..
aku ni dah lah dok pening – pening lalat, si Leo sibuk berkawat dalam bilik aku sambil mengumam sesuatu dalam bahasa Greeks, Inggeris dan Melayu!
"Leo.." lemah je suara aku memanggil namanya.
Sepantas kilat dia berada di sisiku sambil memangku tanganku dengan cermat.
"Ariana.. awak perlu berehat, sayang.."
Sayang?Mataku dan otakku sedang bertarung. Yelah kesan ubat membuatkan mataku mengantuk giler. Salah dengar kot.
"Sorry..tak dapat susukan baby lagi... Tak dapat lihat anak lagi... So sleepy..." Aku bersuara sambil memejamkan mata.
"Bukannya tak gembira... Cuma tak mampu nak angkat mata dah ni..Tak sangka pula ada alahan ubat."
Bukan aku memohon simpati."That’s it!"
Tiba – tiba Leo meninggikan suaranya. Terkejut beruk aku dibuatnya. Terus Mata aku dibuka.
"I cannot take this anymore!"
Huh!
Itu je jawapanku. Rasa mengantuk aku pun dalam keadaan standby mood sebab terkejut. Kemudian Leo bercakap sesuatu dalam Greek dan aku rasa ia tak sesuai untuk diterjemahkan dalam bahasa Melayu.
"This will be our only child. I cannot go through this one more time or any other time."
Leo bangun semula dan menyambung aktiviti berkawatnya. Mundar mandir di depanku."You're almost die in front of me!"
"I almost lost you for the second time. No..no.. this is our only child..."
"Ok.. saya setuju je apa yang awak cuba sebab sampaikan walaupun saya tak tahu apa yang awak cuba sampaikan..lagipun perjanjian kita tidak melibatkan anak," jawapku lemah."I don’t care about the damn contract. I care about you."
"Ook,"
hanya itu jawapan yang mampu otak ku proses buat masa sekarang.
"No.. it’s not okay. I’ll do anything to win your heart". Leo berkawat lagi."Saya jaga cici dan goku walaupun saya tidak berapa suka.. no! I hate reptilian. Saya berbaik dengan gendut supaya awak dapat nampak yang saya adalah lelaki yang boleh dipercayai kerana gendut percayakan saya. saya tahu saya membuat pertimbangan yang salah dan telah menyakiti hati awak. But I love you, agape mou." Leo duduk semula di sisiku sambil memegang tangan aku.
"Maafkan saya Ariana. saya sombong, saya bongkak. Saya fikir duit dapat membeli segalanya. I love you ariana. if you don’t love me I don’t care, I can love for both of us," Leo masih tidak melepaskan tanganku lagi.
Apa yg aku rasakan saat ini? Sudah tentulah hatiku berbunga riang.
Tapi..
"Leo, saya bukannya tidak menghargai pengakuan awak tapi awak pilih waktu yang salah la. Sekarang ni saya mengantuk giler… kita sambung bila saya bangun okay sayang..nanti ulang lagi scene ni ye." Aku mula hanyut. Mataku dah kuyu.
"Do you love me, kitten?"
"Mungkin," jawapku pendek.
"Have a nice dream, agape mou" adalah ayat terakhir yang aku dengar sebelum aku diulit lena.
YOU ARE READING
OMG! Suamiku Greek! (Complete)
RomanceApakah yang akan berlaku apabila kromosom XY, DNA campuran Greeks dan Melayu berjumpa dengan kromosom XX berDNA Melayu tulen. Pasti akan ada pertembungan budaya, bahasa dan juga cinta. Ini adalah kisah antara Khairul Leonadis Aristides Rahman seoran...