Bab 43

6.1K 221 1
                                    


Masin mulut adalah salah satu keindahan bahasa melayu bermaksud sesuatu penyataan dari seseorang bertukar realiti, kenyataan. Well.. dalam kes aku ni mulut Intanlah yang masin. Nampak gayanya anak aku ni nak tengok dunia lebih awal. Sedang aku kusyuk membeli belah di Athen waktu itulah anak aku bagi signal mahu melihat dunia, air ketuban pecah.

"Nabil..!"

aku berhenti dari bergerak. Seluar yang ku pakai sudah mula basah sampai ke hujung kaki.

"Ye puan," jawap Nabil sambil membetulkan beg – beg ditangannya.

"Saya rasa air ketuban saya pecah," aku masih tidak bergerak.

Tangannya terhenti,

"Air ketuban?"

Jeda.

"A-a-ir ke-ketuban?"

"Puan dah nak- nak... Bersalin?"

"Now?"

Aku menganggukan kepala.

Jika tidak kerana situasi aku yang sangat genting ni, air muka Nabil memang sangat kelakar, lagak seperti termakan cuka. Buat pertama kalinya aku sedar Mr beefcake boleh terkena panic attack!

"Apa yang perlu saya buat?"

Dia melepaskan barang – barang yang aku penat – penat beli tadi ke lantai. Wajahnya mula keluar peluh - peluh jantan.

"Nabil! Dont you dare! Jangan berani awak tinggalkan barang yang saya beli tadi", tanganku masih memegang perutku. Walaupun belum rasa sebarang kontraksi, tapi entah kenapa tangan Aku berada di situ.

Nabil memandang wajah aku seperti aku ni orang gila. Yelah dalam keadaan agak genting ni barangan yang aku beli lebih penting dari situasi air ketuban pecah. Nabil masih terpaku.

"Nabil!"

Aku memetik jari di mukanya.

"Yes, maam!"

Dia masih seperti zombie.

"Bawa saya ke kereta,"

"Baik puan!"

Nabil datang dan cuba mengangkatku.

"Nabil!"

Jeritku lagi. Aku menampar kuat bahunya.

"Pimpin tangan saya ke kereta bukan angkat saya ke kereta!'

"Dan jangan lupa barangan saya!"

"Baik puan", Nabil mengutip beg – beg yang bertaburan di lantai. Kemudan kami bergerak menuju ke kereta. Seluar yang aku pakai memang basah kuyup. Aku sudah tidak peduli akan pandangan orang lain tapi aku rasa mereka dapat meneka yang aku sedang dalam kesusahan kerana mereka memberi laluan untuk kami berdua bergerak dengan mudah.

"Bawa saya ke hospital terdekat!" Arahku kepada Nabil seusai aku duduk di dalam kereta.

"Baik puan!"

Aku menggosokkan perutku sambil menunggu kontaksi yang mula datang bagai bayu menyapa.

"Baby.. tak sabar nak tengok dunia ye.." bisikku perlahan. "Mummy pun tak sabar nak jumpa baby… but you pick the wrong time dear. Mummy sedang membeli belah tadi."

Ceh! Macam anak aku faham je apa yang aku cuba katakan. Belum keluar tengok dunia pun mummy dah berleter. Mesti leo gembira. Sebut pasal Leo. Eh! Aku terlupa nak beritahu Leo.

Aku cuba mendail nombor telefon bimbitnya namun tidak diangkat. Aku cuba bernafas seperti yang diajar di dalam kelas maternal apabila kontraksi melanda.

Aku cuba telefon lagi dan syukurlah kali ini berangkat.

"Hello Ariana. Boleh tak awak telefon saya dalam satu jam lagi, saya sedang dalam mensyuarat", bisik Leo.

Hm.. satu lagi kontraksi datang. Aku mempraktikkan latihan pernafasan. Sedut melalui hidung hembus keluar melalui mulut.. sedut.. hembus.. confirm ada bunyi kat telefon.

"Ariana?"

"Ketuban saya dah pecah!"

Hah! Tak ada masa nak berselindung lagi.
Bunyi kerusi bergerak di hujung talian menandakan Leo sedang berdiri kerana terkejut. Bini nak terberanak kot!

"Di mana Nabil?"

"Di tempat duduk pemandu", jawapku ringkas.

"Which hospital?"

"Nabil! Nama hospital!"

Nabil memberi jawapan.

"Dalam masa setengah jam saya sampai. Jangan bersalin lagi! Tunggu saya datang!"

"Maaf Leo, saya rasa arahan dan kuasa CEO awak tak berkesan dalam hal ni,"

"Sorry, pedhi mou…"

"Are you okay?"

"Okay…"

"ops..ops... tak berapa nak okay…," kontraksi datang lagi. Peluh jantan aku pula yang keluar.

"Breath… baby, breath..," Leo cuba memberi kata perangsang sedangkan aku rasa dia yang termengah – mengah, mungkin yang perlu bernafas berbanding aku.

"I'll call you back. Please don’t panic, we’ll through this together…"

"Okay, bye,"

Tapi sejujurnya aku rasa dia yang lebih gabra daripada aku.

"Puan.. kita dah sampai…"

Pintu kereta dibuka oleh staf hospital. Mereka seperti sudah sedia menunggu kedatangan aku mungkin PA leo sudah menelefon terlebih dahulu memberitahu mereka keadaan aku. Mungkin mereka kenal siapa aku.. Lantaklah.. janji ada orang layan aku.

Aku dibawa ke sebuah bilik menggunakan kerusi roda. Disaat begini aku memang inginkan kehadiran Leo di sisiku. Aku telah diberikan beberapa pilihan untuk mengurangkan rasa sakit yang sedang aku alami. Antaranya epidural, entonok (campuran udara dan nitrus oksida) dan suntikan penahan sakit. Fakta: Epidural adalah sejenis ubat bius yang melegakan rasa sakit dengan menjadikan saraf di bahagian bawah badan kebas seketika. Aku telah memilih suntikan dan entonoks sebagai pilihan stand by kerana aku ingin merasa juga pengalaman bersalin.

Tepat setengah jam selepas Leo telefon, empunya tubuh badan dah terpacak di sisi aku. leo merapatkan kerusinya ke katilku sambil memegang tanganku.

"Are you okay?" Tanya leo sambil mencium dahi dan tanganku yang sedang dipegangnya.

"Sakit..." jawapku perlahan.

"Ubat tahan sakit?"

"Dah ambil tadi… "

"Epidural?"

"Tak nak.. nak rasa pengalaman bersalin..," aku mengerutkan muka menahan sakit.

Suntikan yang aku ambil hanya mengurangkan sakit bukan menghilangkan seratus peratus rasa sakitnya. Leo menguatkan genggaman tangannya.

"Leo, saya dahaga..", memang tekakku rasa kering.

Leo melepas tangan seketika untuk mengambil air untukku. Dia membantu aku duduk untuk aku minum. Tangannya menggosok belakangku perlahan.

"Junior nak tengok dunia awal dari dijangka.." aku cuba bergurau. Lebih kepada cuba menceriakan Leo sebenarnya

Tanpa sebarang kata Leo meletakkan tanganku ke pipinya. Kesan suntikan tadi mula menunjukkan kesan, aku mula rasa mengantuk.

"Leo, yana mengantuklah.. mungkin kesan ubat tadi", aku menutup mulutku yang terbuka luas kerana menguap. Leo bertanyakan sesuatu kepada jururawat yang berada dalam bilikku.

"Berehatlah… nurse beritahu memang kesan ubat tu mengantuk sikit. Tidurlah dulu, pethi mou.. "

Tak perlu disuruh pun aku dah terus memejamkan mata. Memang mengantuk giler beb! ..

Nota dari penulis
Jangan lupa mengundi eh!

OMG! Suamiku Greek! (Complete)Where stories live. Discover now