Bab 1 Jaga!

9 1 0
                                    

Pukul 9 malam

Siren kecemasan melaung memecah ketenangan sebuah markas pertahanan yang terletak jauh di pendalaman sebuah lembah gunung.

"Perhatian! Perhatian semua unit kawalan!" Ibu pejabat markas sedang mengeluarkan arahan berjaga - jaga kepada semua unit kawalan yang bertugas.Mereka sedang menjejaki sebuah trak dengan sistem kawalan telekamera.Semua pintu keluar dan pintu masuk markas itu ada dipasang kamera kawalan jarak jauh.

"Perhatian unit kawalan pintu keluar utara! Trak penceroboh sedang menuju ke sana! Berhati - hati ! Penceroboh disyaki telah membawa bahan letupan!"

Di pintu keluar sebelah utara, sebuah trak sedang memecut laju menuju ke arah pintu.Terdapat 4 orang kesemuanya di dalam trak itu.Dua orang di depan dan dua orang di belakang.Bahagian belakang trak ditutupi kain kanvas, tidak dapat dipastikan sama ada ianya membawa bahan letupan atau tidak.

Semua lampu- lampu di pintu keluar utara dinyalakan.Sebuah lampu sorot pula digunakan untuk menerangi trak itu.Dari gaya pecutannya, trak itu tidak mungkin berhenti.Mereka akan merempuh sekatan jalan dan pintu pagar di situ.

Semua askar - askar unit kawalan di pintu keluar utara berada dalam keadaan bersiap sedia.Mereka akan melepaskan tembakan jika diberi arahan.Namun, mereka juga perlu berhati - berhati dengan bahan letupan di belakang trak itu.Jika benar apa yang dilaporkan oleh ibu pejabat markas, letupan bukan sahaja akan membunuh kesemua penceroboh tetapi juga mereka.

"Berhenti! Turun dari trak dan serah diri!" ketua unit kawalan memberi arahan melalui pembesar suara.

Tetapi arahannya tidak diendah.Trak itu tidak memperlahankan pecutannya.

"Tempuh pintu pagar itu!" kata salah seorang penceroboh di depan trak, ketua agaknya.

"Nak halang kami? Tak semudah itu!"kata pemandu trak.Dia menekan pemijak minyak sekuat - kuatnya.

"Bang! Bang!" tiba tiba kedengaran dua das tembakan memecah ketajaman siren kecemasan.

Tembakan itu dilepaskan oleh ketua penceroboh sebagai amaran kepada unit kawalan.Mereka bukan saja membawa bahan letuapan tetapi juga bersenjata.Tiada siapa yang dapat menghalang kemaraan mereka.

"Rempuh Med! Mereka tidak berani menembak kita! Mereka takut dengan benda di belakang trak kita tu hahaha!" gelak ketua penceroboh itu.Dia melepaskan beberapa tembakan lagi ke arah unit kawalan itu tetapi tiada satu pun yang mengena.

Memang benar kata - kata ketua penceroboh itu.Unit kawalan tidak berani membalas tembakan mereka.Ketua unit kawalan juga tidak berani menurunkan arahan.Dia seperti buntu dalam menangani kejadian mendadak ini.

Belum sempat ketua unit kawalan bertindak, trak itu sudah merempuh palang kawalan.Palang terpatah dua.Trak terus menuju ke pintu pagar.Selepas halangan ini, keempat - empat orang penceroboh ini akan bebas.

"Bang!" Pada saat - saat itu juga ketua unit kawalan melepaskan satu tembakan.Tembaknnya tepat mengena tayar belakang trak.Trak terus hilang imbangan.

"Celaka!" kata ketua penceroboh.Dia mengeluarkan sebutir bom tangan lalu mencabut pin keselamatannya.Dia melihat ke belakang melalui cermin sisi trak.

"Nah rasakan!" Dia membaling bom tangan itu ke arah belakang.Pada masa itu juga trak mereka merempuh pintu pagar.

Satu letupan kuat kedengaran dari arah belakang.Api marak membakar pondok kawalan.Beberapa orang pegawai cedera terkena serpihan letupan.Ketua unit kawalan cuba mengejar trak itu tetapi semuanya sudah terlambat.

"Kita berjaya! Ha ha ha ha!"

"Ha ha ha..."

Sempadan Damai TerakhirWhere stories live. Discover now