Bab 2 Bertenang

7 2 0
                                    

"Tak mungkin!" ketua unit kawalan berkata dalam hati walhal suaranya kedengaran pada siren yang dipengang dari tadi.Nampaknya suis pada siren tidak ditutup.Mengapalah boleh terlupa pulak?Sejurus itu,  semua askar unit kawalan yang ada berdekatan dengannya memandang akan perbuatannya sebentar tadi.Mereka hanya melemparkan sebuah pandangan yang kosong.Tidak mempunyai maksud tersirat sama ada ingin ketawa atau marah.

"Sudah!" ketua unit kawalan memecahkan kesunyian itu dengan menjerit dengan nada yang marah.Lepas itu, menyepetkan kedua - dua belah matanya sambil memandang setiap seorang daripada mereka.Tetapi masing - masing menundukkan kepala memandang ke bawah bagi mengelakkan pandangan ketua unit kawalan yang seakan - akan marah.

"Hahahaha nampaknya mereka takut" bisik ketua unit kawalan itu dengan rasa megahnya.Lalu dia memandang langit dengan mendongakkan kepala dan nampaknya sekarang ini sudah menjelang subuh kerana langit kelihatan biru muda sedikit.

"Baiklah! Semua diminta masuk ke markas masing - masing dan bersiap siap untuk latihan.Saya taknak ada yang lewat. Faham!
Kali ini ketua unit kawalan itu bersikap lebih serius untuk mengarahkan mereka. Mereka kelihatan  hanya berlalu pergi selepas mengangkat ikrar kepada ketua unit kawalan itu.

...

"Cepatlah! Aku tak sabar ni Med." Chase seakan - akan tidak sabar menunngu Med membuka kain kanvas yang menutupi bahan letupan itu.Nampaknya bahan letupan ini sangat besar.

"Ya! Sabar sikit boleh tak?" Med rasa menyampah dengan Chase yang dari tadi beria - ria.

Tyler selaku seorang ketua hanya menggelengkan kepala melihat situasi ini.Dia sempat memberikan isyarat kepada Med dan Chase supaya jangan bertengkar seperti kebudak - budakan.Dia tidak mahu melihat sebarang kesilapan.

Droke yang masih di duduk di sebelah tempat duduk pemandu melihat cermin pandang belakang untuk membelek mukanya kalau - kalau ada terdapat jerawat yang hinggap pada mukanya.Perwatakan Droke tidak ubah seperti perempuan walaupan namanya kedengaran ganas.Tetapi kebijaksanaan dalam mencipta rancangan adalah anugerah kepada kumpulan jahatnya mencuri bahan letupan tadi.

Droke menggeliatkan badannya berulang kali lalu mengambil keputusan untuk turun meninjau situasi di bawah.Semua kawannya sudah lama turun hanya dia seorang sahaja yang masih lagi duduk di dalam trak.Droke menjeling ke cermin pandang sisi untuk melihat kawannya yang sedang sibuk berbincang.

Chase ternampak Droke turun dari trak.Dia terus melambaikan tangan ke arah Droke.Droke tersenyum dengan memperlihatkan kedua - dua buah lesung pipit yang ada pada pipi kiri dan kanannya.Chase membalas kembali senyuman tadi dengan acuh tidak acuh.

"Rancak berborak?" Droke memerli semua yang ada di situ.Dia tahu kewujudannya di situ tidak dihiraukan oleh mereka.Oleh itu,  dia mengambil peluang dengan membuat perhatian macam tadi.Senyuman yang sama diberikan kali ini kepada semua yang ada termasuklah Chase.

Tyler tidak membuat apa - apa reaksi.Sebenarnya dia suka terhadap Droke namun kelihatan Droke tidak membalas.Dia ingin menjauhkan sedikit dirinya daripada Droke dan berbuat seperti tidak berlaku apa - apa."Lamanya duduk dalam trak" kali ini Tyler bercakap sedikit untuk mengelakkan rasa curiga kepada kawan - kawannya.

"Nak rehatkan badan sekejap!" pantas sahaja jawapan yang diberikan oleh Droke.Dia risau mereka tahu apa yang dilakukan sebenarnya di dalam trak tadi."Ada air cond" semakin kuat alasannya kali ini.Memang benarlah Droke seorang yang pandai termasuklah menipu.

Med hanya diam membisu.Dari tadi dia sibuk membuka pin yang mengikat kain kanvas itu.Dia tiada masa mendengar perbualan mereka.Yang paling penting menyudahkan tugasnya dahulu selepas itu bersenang lenang, bak kata pepatah, 'bersusah - susah dahulu bersenang lenang kemudian'.

"Tik" bunyi pin terbuka kedengaran.Serentak kepala mereka bertiga berpusing ke arah Med.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 24, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sempadan Damai TerakhirWhere stories live. Discover now