Bab 1

332 6 1
                                    

Aqil memasuki pejabatnya dengan kaki yang laju. Melangkah tanpa memandang kiri dan kanan. Ada yang memerhati tingkahnya namun cuma diam. Mereka takut. Aqil dikenali dengan loghatnya dan egonya. Kalau boleh semua yang dikatakan Aqil tiada satu pun salah. Ada saja yang akan menang dan betul. Kesian pada yang pernah dimarahi dan di tengkingnya. Setiap perkataan nya adalah muktamad tiada yang boleh membantah. Namun Aqil bukan sengaja berperilaku demikian. Ada juga yang faham akan situasi Aqil yang terpaksa mengharungi semua ini sendirian.

Ada yang bersama-sama menolong Aqil membina jenama yang dimilikinya sehingga berjaya sampai ketahap yang begini.

Aqil berjalan pantas menuju ke ruangannya. Masuk sambil membuat isyarat tangan kepada Tariq yang menjadi setiausahanya merangkap P.A Aqil. Tertera di depan pintu miliknya " Dato' Aqil Bin Jusoh". Berbangga dengan pingat dan pangkat yang dimilikinya. Walaupun usianya baru menginjak 26 tahun empayar miliknya sudah berkembang pesat menjadikanya salah seorang pelopor bisnes yang dikagumi. Ramai yang melihatnya sebagai ikon muda.

Terus ke tempat duduknya Aqil membetulkan tali leher. Menarik sedikit dan kemudian menanggalkannya. Rimas!!!

Penghawa dingin miliknya di turunkan suhu seperti biasa. Ingin sejuk. Rimas panas-panas. Fail yang bersusun diatas meja diambil satu-satu untuk di semak. Ada yang dibulat dan ada yang di koyaknya.

"Buat kerja main-main diorang ni. Bayar gaji nak mahal. Graduate sana sini. Kerja macam tangan tak berjari. Tak ikhlas. Macam manalah melayu nak maju. Asyik nak lengah-lengan rileks je memanjang" bebel Aqil sendirian.

Kertas yang dirunyuk di campak di atas lantai ruangannya. "Kang pandailah Tariq kutip bagi kat bebudak ni". Jam di tangannya di lihat sebentar. Jam sepuluh ada meeting bersama Nia dari Xelalo Brand. Kerjasama antara syarikat milik Aqil dan milik Nia sekali gus berbincang mengenai cara penyelesaian masalah yang pernah di alami mereka dulu. Kurang dari 30 minit dia harus bersiap keluar.

Pintu biliknya diketuk. Tariq masuk dengan berpakaian biru muda miliknya. "Manis" getus Aqil. Nasib dia sudah menganggap Tariq seperti adiknya sendiri.

Bukan tidak pernah Aqil cuba untuk menggoda Tariq sebelum ini. Tariq tidak menghalang kerana bagi Tariq, Aqil banyak menolongnya.

(3 tahun lalu)

Aqil

Demi untuk menjual koleksi baju miliknya dia terpaksa untuk berjalan kaki melalui celah bangunan yang membukit tinggi. Gelap namun demi untuk mengejar masa bertemu dengan salah satu client terbesar milik syarikatnya. Dia gagahkan hati melalui jalan itu. Basah! Kaki seliar miliknya saat melalui lopak-lopak kecil di tepinya. Tangan kanannya memegang erat kertas lakaran miliknya. Sampai di penghujung jalan dia berlari anak menuju ke bangunan kuning tempat untuk bertemu client.

Tiba-tiba sebuah kereta Toyota Vios melaju dihadapannya dan BAMMMMM!!!!

Aqil melihat badannya elok. Kakinya elok cuma bajunya ada sedikit kotor dan bahagian lutut seluarnya sedikit koyak. Dia pantas bangun untuk melihat siapa yang cuba melanggarnya. Aqil menerpa ke tingkap pemandu. Dan
DARAH!!!!!
Mengalir deras di kawasan perut pemandu. Pisau jelas kelihatan bersinar dek kerana cahaya lampu di tepi jalan. Aqil mula panik risau dia yang menjadi kambing hitam padahal dia langsung tidak berbuat apa-apa.

" Haih, takkan dia yang langgar aku, dia pulak yang pengsan tercucuk siap kuar darah lagi. Wth !!"

Aqil tanpa berfikir panjang terus membuka pintu kereta dan memapah lelaki itu keluar dari kereta. Jarinya pantas mendail nombor telefon polis di kawasan berkenaan dan menolong lelaki itu yang terbaring kaku dengan darah yang mengalir laju keluar.

Aqil hilang akal mahu membantu bagaimana. ' dah lah aku ni budak fashion jahit baju reti lah. Ni badan luka nak buat camna. Arghh pening, kenapa jadi kat aku plak ni. Haih. Dah lah nak gegas ni. Ambulans pun lambat sangat. Kang orang ingat aku yang bunuh dia ni. Camna kalau aku masuk lokap. Aduh matilah aku. ' getus hati kecil Aqil.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 24, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Petang semalamWhere stories live. Discover now