Chap 4

5.9K 139 1
                                    

“Hye Jack..” Damien. Langkah Jack terhenti. Dia mengeluh melihat Damien yang menyapanya. Rasa benci melihat wajah lelaki itu.

“Ya Tuan Muda..” Jack tunduk hormat.

“Kenapa muka kau sedih saja?” Damien. Jack geleng kepala.

“Janganlah mo berahsia sama aku. Kenapa kau sedih-sedih ni?” Damien menarik bahu Jack.

Jack tahu dia tidak akan dapat melepaskan diri dari Damien. Jack menceritakan hal sebenar pada Damien.

“Kalau kau nda keberatan,boleh kau bawa diorang pergi banglo aku? Aku akan bantu diorang..” Damien.

“Hah?! Tu..Tuan muda mau tolong? Betulkah ni?!” Jack.

“Ya..why not? Bukan si Austin tu saja yang ada kuasa. Aku pun ada kuasa juga..” Damien berlagak.

“Bah! Saya pergi ambil diorang bawa jumpa Tuan muda..!” Jack. Damien menepuk bahu Jack.

“Ok!” Damien.

Jack berlalu dengan pantas. Rasa gembira kerana akhirnya dapat membantu Vell dan ibunya. Selama ini dia sangkakan Damien seorang yang jahat dan tidak bertimbang rasa. Dia tidak menyangka Tuan muda itu bersikap baik hati didalam diam.

Damien senyum. Dia yakin pasti Jack sedang memuji dia ketika itu. Rasa bangga dengan dirinya. Damien berjalan terus menuju ke banglonya yang tidak jauh dari banglo milik Austin. Sempat dia menjeling sekilas kearah banglo itu.

******
Vera dan Vell membawa beg pakaian mereka. Mereka menaiki kereta Toyota Vigo yang dipandu oleh Jack. Jack tidak sabar untuk membawa mereka ke rumah Damien. Dia yakin Damien akan membantu dua beranak itu.

“Kamu dua jangan risau. Aku yakin Tuan muda aku tu akan bantu kamu. Kamu boleh dapat pekerjaan sebagai pembantu rumah di Villa Tuan Harold..” Jack,

“Kenapa kau nda bawa saja kami jumpa Tuan Harold?” Vell. Jack menggaru kepalanya.

“Er..sebenarnya perlu orang-orang macam Tuan muda atau Austin sahaja yang boleh berunding sama Tuan Harold. Saya ni orang bawahan saja..” Jack.

“Ow..macam tu...” Vera. Vell diam.

Sampai sahaja di sebuah banglo putih dan besar Jack memberhentikan keretanya. Dia senyum memandang dua beranak itu.

“Kita sudah sampai!” Jack.

“Besarnya rumah ni!” Vell.

“Ini banglo Tuan muda.. mari ikut aku!” Jack.

Vell dan Vera membuntuti Jack masuk kedalam banglo besar itu. Dari jauh mereka di perhatikan oleh Austin. Austin menggelengkan kepalanya. Dia mengeluh berat.

“Jack..Jack..kau hantar lagi dua beranak tu masuk gua buaya!” Austin keluh berat.  Dia tahu niat Damien.

*******
Damien duduk di kerusinya. Dia memerhatikan wajah Vell tanpa kelip. Kemudian renungannya turun ke buah dada Vell yang besar dan montok. Gadis didepannya itu sangat cantik walaupun memakai pakaian yang buruk.

Vell tidak selesa dengan pandangan Damien. Dia tunduk. Kalau bukan kerana dia perlukan bantuan Damien,mahu sahaja dia cucuk mata lelaki itu.

“Jack cakap kamu dua perlukan bantuan..” Damien.

“Ya.” Vera.

“Bantuan yang macam mana?” Damien senyum licik.

“Kami mahu pekerjaan jika ada pekerjaan yang boleh kami lakukan di Villa Tuan Harold.” Vell.

“Aww..tapi rasanya buat masa ni belum ada kekosongan lagi di Villa tu. Tapi..kalau di banglo saya ada..”Damien.

Vera memandang Vell. Dua beranak itu teragak-agak dengan tawaran Damien.

Red RomanceWhere stories live. Discover now