Chap 18

3.7K 111 1
                                    

Keadaan di Bejing sedikit huru-hara. Ketika Austin dan Vell sampai mereka di sambut oleh seseorang yang di kenali sebagai Hen. Hen merupakan setiausaha kepada ahli perniagaan terbesar di Beijing.

“Maafkan saya Tuan. Ketika ini bos saya tidak senang untuk melayan Tuan. Saya di arahkan untuk bekerjasama dengan Tuan..” Hen.

“Tak apa Hen. Yang penting kamu orang kepercayaan bos kamu. Saya kenalkan ini wife saya. Vallentina. Dan ini Eddie orang kanan saya serta wife dia Abby.” Austin.

“Oh! Hi Mrs Jaaziel. Kamu sangat cantik! Hi Eddie and Abby!” Hen.

“Thank you Hen..” Vell senyum happy sebab di puji. Austin menjeling dan tarik telinga Vell ketika Hen berjalan di depan mereka. Eddie dan Abby ketawa melihat gelagat pasangan itu.

“Auch!” Vell.

“Behave! Jangan gedik!” Austin.

“Manada gedik!” Vell.

“Kau nampak tu kolam ikan besar tu?” Austin tunjuk kearah kolam ikan yang sangat besar yang terdapat didalam hotel mewah itu.

'Wah! Besarnya!” Vell.

“Bagus kau diam-diam! Kalau kau buat hal aku rendam kau dalam tu!” Austin mengugut.

“Ish! Jahat juga kau ni!” Vell.

“Kalau kau mau nakal-nakal juga,tunggu dalam bilik nanti! Kita main 'kuda-kuda'!” Austin terus peluk bahu Vell.

“Main kuda-kuda?” Vell kehairanan.

“Nanti aku kasih tau kau macam mana mau main 'kuda-kuda'. Sekarang kau diam-diam!” Austin.

“Urmm!!” Vell.

Seharian itu Vell terpaksa ikut Austin berurusan. Sementara suaminya sibuk meeting dia pula tidak dibenarkan untuk kemana-mana. Terpaksa dia berkepit di sebelah Austin.

Abby juga sama. Eddie tidak membenarkan dia untuk kemana-mana kerana tempat itu sangat asing untuk mereka. Abby dan Vell sama-sama terpaksa menahan kebosanan.

Selesai sahaja perjumpaan itu. Austin dan Eddie berpecah menuju ke suite masing-masing. Suite mereka agak berjauhan. Ini kerana tidak di tempah pada masa yang sama. Suite Eddie terletak beberapa pintu dari suit Austin.

“Penat?” Austin tengok Vell.

“Penat dan boring!” Vell muncungkan bibir.

“Siapa suruh mau ikut?” Austin.

“Bah..hantarlah saya balik Sabah!” Vell.

“Merajuk?” Austin. Vell diam tidak menjawab.

“Pandai juga merajuk ni Robinhood! Ingatkan pandai kasih kena orang saja..!” Austin ketawa.

Baru sahaja masuk kedalam suite mewah itu. Telefon Austin berbunyi. Austin dapat mengagak siapa yang menghubungi dia. Dia melihat nama Tuan Herold di skrin.

“Yes Tuan?” Austin selamba.

“Hows the meeting? Ok?” Tuan Herold dengan nada menahan geram.

“Setakat ni diorang masih ragu-ragu lagi. Sebab usul yang Damien bagi sebelum ni bercanggah dengan permintaan diorang. Harga yang Damien tawarkan juga tidak seperti perjanjian awal. Tapi dont worry,give me time untuk yakinkan diorang balik.” Austin.

“Ok Austin. Kumpulan kita bergantung sama kau. Ingat,kita tidak boleh hilang client ni.” tuan Herold.

“Ok Tuan.” Austin.

“Urm! ya..about Ms Vell. Why dont you tell me pasal daftar kawin kamu?” Tuan Herold terus ke pokok persoalannya.

“Oh! Bout that! Im so sorry Tuan. Kami nda plan pun pasal register tu..memandangkan saya tidak sanggup berjauhan sama Vell,saya terus daftar kemarin juga..but majlis wedding tu kami akan buat ikut tarikh asal. 12 June..” Austin.

“I see...ok..ok..kirim salam sama Vell ok..” Tuan Herold.

“Ok Tuan..” Austin.

Talian di matikan. Austin meletakkan hpnya di atas meja. Dia mencari kelibat Vell. Tadi dia melihat Vell di balkoni. Tiba-tiba gadis itu hilang dari pandangannya.

“Vell?” Austin. Tiada jawapan.

“Vell?!!” Austin semakin kuat menjerit. Tiada jawapan.

Austin menarik pistol FN57 yang dia selitkan di pinggangnya. Dia menarik picu dan mula mengatur langkah dengan senyap. Dia berjalan ke balkoni. Dia melihat sekeliling. Tiada kelibat Vell.

Tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu terbuka. Dia cepat-cepat melihat kearah pintu ada seseorang yang memakai serba hitam dan topeng muka sedang mengacukan pistol di kepala Vell. Mulut Vell di tutup

Vell merenung mata Austin. Air matanya mnegalir. Austin berjalan perlahan. Dia dan orang bertopeng itu saling berpandangan.

“Put the gun down! Let her go! Its only between you and me!” Austin. Orang itu menggelengkan kepalanya.

Dia membuka pintu dan terus membawa Vell keluar. Austin cuba mengejar. Ketika dia keluar dari suite,beberapa orang yang juga berpakaian serba hitam dan memakai topeng menyerangnya.

Austin melompat lalu menarik leher dua orang penyerangnya. Dengan beberapa saat sahaja dia mematahkan leher penyerang itu. Ada dua lagi penyerang datang. Austin berjalan dengan pantas lalu memberikan tendangan tepat di lutut seorang penyerang itu. Kemudian Austin menarik tangan orang itu lalu di pulas dan patah. Seorang penyerang lagi terus melarikan diri apabila melihat kawan-kawannya tewas.

Austin berlari sepanjang koridor. Dia kehilangan jejak mereka. Dia mula mencari sekeliling dan semua arah sehingga ke bawah. Hotel mewah itu terlalu besar dan mempunyai lebih dari 20 tangga kecemasan.

Austin kembali ke biliknya. Dia menghubungi pihak polis dan memaklumkan pada Eddie tentang hal itu.

“Ini mesti kerja Tuan Herold!” Eddie.

“I dont know. Tapi ada kemungkinan juga! Arh!! damn!!” Austin.

“Relax! Kita kumpul orang dan cari Vell sampai dapat!” Eddie.

“Kalau apa-apa jadi sama Vell,aku nda dapat maafkan diri aku!” Austin.

“Bro! Kita cari sama-sama. Aku yakin kita boleh jumpa dia..” Abby menepuk bahu Austin.

“Thanks Abby. Tapi Vell bukan macam kau..dia tu..” Austin

“Aku tau lah..tapi jangan pandang rendah sama dia tau..” Abby.

“Apa maksud kau ni?” Austin.

“Kan dia Robinhood!” Abby.

Austin dan Eddie geleng kepala.

*******
“Oi! Mana kau mau bawa aku hah?!” Vell meronta-ronta. Tetapi mereka semua diam. Mereka tidak di benarkan untuk bercakap dengan Vell. Vell menghentak kakinya.  Dia melihat sekeliling.

Mereka membawa Vell dalam sebuah van kosong. Dua lelaki yang masih memakai topeng itu duduk di depan. Tangan dan kaki Vell sudah di ikat dengan ketat.

“Ya Tuhan..mana diorang mau bawa saya ni..? Austin...mana kau...tolong saya....” Vell teresak-esak sendirian. Wajah Vera bermain di mindanya. Dia tidak tahu kalau dia boleh berjumpa dengan ibunya lagi selepas ini.

Van itu terus dipandu dengan laju. Mereka masuk ke dalam sebuah perkampungan asing. Van itu kemudian berhenti di depan sebuah banglo sederhana besar. Pintu van di buka dan Vell di heret masuk ke dalam banglo itu.

Masuk saja ke dalam banglo itu Vell di bawah ke sebuah bilik yang terletak di bawah tanah. Pintu bilik dibuka dan Vell di humban masuk. Kemudian pintu di tutup.

“Ya Tuhan..apa semua ni? Di mana saya ni? Apa diorang mau buat sama saya? Mami....Austin....” Vell menangis lagi.

Dia di biarkan semalaman di bilik itu tanpa makanan dan air. Keadaan bilik itu berbau dan berhabuk. Vell tidak dapat bergerak kerana tangan dan kakinya masih di ikat.

Sementara itu Austin dan Eddie sudah pun mendapat access untuk melihat rakaman cctv. Melalui rakaman cctv mereka dapat melihat kemana penculik itu membawa Vell.

“Bro! Kau tengok tu van! Macam biasa nampak!!” Eddie. Austin senyum.

“Bukan lagi biasa..memang aku kenal sangat sama tu van! Di sini cuma dia seorang saja ada tu van!” Austin.

“Demora!!!” Eddie.

Red RomanceWhere stories live. Discover now