Chap 15

3.7K 115 3
                                    

Vell pandang Vera. Winnie baru sahaja maklumkan pada dia yang Tuan Herold mahu berjumpa dengan dia. Dia masih lagi trauma dengan kejadian semalam. Kali ini lelaki tua datang lagi.

Mahu tidak mahu dia terpaksa juga pergi berjumpa dengan Tuan Herold. Vell keluar dari biliknya. Dia mengikut langkah Winnie. Mereka turun ke tingkat bawah dan terus menuju ke ruang pejabat Austin.

Ketika Vell masuk kedalam bilik itu dia melihat Austin dan Tuan Herold sedang berbual. Dia senyum pada Austin. Austin cepat-cepat bangun dan menarik lembut tangan Vell.

Austin mencium pipi Vell di depan Tuan Herold. Mereka berdua berlagak mesra dan romantik. Vell memeluk pinggang Austin.

“Hi Tuan Herold..” Vell.

Tuan Herold merenung Vell. Gadis itu memakai dress paras lutut yang berwarna kuning lembut. Rambutnya yang panjang paras punggung dibiarkan terurai begitu sahaja.

“Hi Cik Vell. Kita berjumpa lagi. Saya minta maaf pasal hal semalam...” Tuan Herold.

“Oh..last night..nda apa..saya faham..” Vell.

“Sebagai permohonan maaf saya,saya nak ajak Cik Vell makan dengan saya...” Tuan Herold.

Vell merenung Austin. Dari pandangan mata Austin dalam-dalam. Menantikan jawapan lelaki itu.

“Oh! God! So sorry Tuan..kami mau pergi tengok gaun pengantin hari ni..perkawinan kami dalam sebulan lagi..jadi kami agak sibuk..” Austin.

Tuan Herold merenung tajam kearah Austin. Orang tua itu rasa geram kerana niatnya tertunda lagi. Dia perlu mendapatkan Vell sebelum mereka berkawin.

“Tak kan masa untuk makan tengahari sekejap pun tak ada?” Tuan Herold.

“Im so sorry Tuan..jadual saya sangat padat..” Vell. Tuan Herold merenung pula pada Vell.

“Cik Vell..bakal suami kamu tak ada cakap kah sama kamu? Saya tidak suka orang tolak pelawaan saya..” Tuan Herold. Dengan nada sinis tapi tegas.

Vell melihat Austin. Austin membalas renungan Vell dengan senyuman yang agak hambar. Dia berharap agar gadis itu faham maksud senyumannya. Dia perlu lakukan sesuatu untuk selamatkan gadis itu.

“Maafkan saya Tuan,ya..memang Austin ada maklumkan pada saya tentang itu. Tetapi saya ni hanyalah gadis kampung biasa sahaja. Kalau bukan kerana bakal suami saya,mungkin saya sudah hidup merempat . Saya hanya akan pergi jika bakal suami saya pergi dengan saya..” Vell menjawab dengan tenang.

“Baiklah. Kalau itu yang kau mahu.” Tuan Herold menahan rasa geram. Dia melihat sekilas pada Austin.

“Kita jumpa di tempat biasa jam 1 nanti..” Tuan Herold terus berlalu dengan perasaan marah.

Austin menarik Vell duduk di sofa. Vell hanya menurut tanpa kata. Austin menyandarkan tubuhnya di sofa. Dia cuba melelapkan matanya seketika. Vell menjeling jam di dinding.

“Sekarang baru jam9 pagi. Masih ada masa lagi kalau untuk kau pergi dari sini..” Austin.

“No. I will not leave you..” Vell.

Austin buka matanya.

“Apa kau cakap ni? Kau mau juga jumpa Tuan Herold?” Austin. Vell angguk.

“Why? Dia tu bahaya!” Austin.

“Kalau dia bahaya kenapa kau ikut dia?” Vell.

“Keadaan kita berbeza Vell. Aku ikut dia sebab dia sudah banyak tolong aku dari aku kecil lagi..tapi kau? Dia hanya akan bahayakan hidup kau!” Austin

Red RomanceWhere stories live. Discover now