I will use 'Soonyoung' instead of Hoshi in flashback :)
anw uri wangjanim, kwon hosh, pls dont be sick anymore. if you hurt, carats also hurt :(
-
Flashback
Aera membuka matanya apabila dirasakan wajahnya dicium di seluruh bahagian. Wajah teman lelakinya terpampang di depan mata.
" Bangun pun. Dapat kiss baru nak bangun ke?" Sindir Soonyoung. Sudah pelbagai cara digunakan untuk mengejutkan gadis itu dari tidur namun semuanya tidak berjaya. Kerana itulah dia bertindak mencium keseluruhan wajah Aera.
" Ala, tak nak bangun lagi. 5 minit lagi. Please!" Aera merengek manja.
" No! Noona, you have to wake up. Now!" Walaupun mereka mempunyai jarak umur sebanyak dua tahun namun gadis itu langsung tidak kelihatan seperti seorang 'kakak' jika bersama Soonyoung.
" Tak nak." Aera berdegil. Dia memejam matanya rapat-rapat.
" Saya kira sampai 3! Noona nak bangun atau noona akan menyesal?" Ugut Soonyoung.
" Satu!" Aera masih tetap dengan posisinya.
" Dua!" Masih lagi tiada tindak balas dari Aera.
" Ti..." Belum sempat kiraan Soonyoung tamat, terus sahaja Aera bangun dari pembaringannya.
" Good girl!" Kepala Aera diusap lembut. Dia tahu gadis itu akan mengalah juga.
" I hate you! No kisses for 1 week!" Jawapan Aera itu membuatkan muka Hoshi berubah.
" Are you joking?"
" No!"
" I don't care, sweetheart." Terus sahaja bibir Aera menjadi sasaran bibirnya.
××××
Aera mengunci pintu studio tarian setelah semua ahli kelab itu sudah pun pulang. Dia memandang sekeliling mencari teman lelakinya.
" Beli air ke buat air?" Bebel Aera perlahan.
" Err.. Aera sunbaenim..?" Satu suara halus membuatkan Aera menoleh ke arah pemilik suara.
" Ya?" Kelihatan dua orang gadis yang tidak Aera kenali berdiri di hadapannya sambil tangan salah seorang daripada mereka memegang satu bekas makanan.
" Sunbaenim rapat dengan Soonyoung oppa kan?"
" Err.. ya. Ada apa?" Soal Aera pelik.
" Boleh tak tolong sampaikan bekal ni buat Soonyoung oppa?" Permintaan yang diibaratkan seperti menggali kubur sendiri itu hanya disambut dengan anggukan dan ketawa kecil Aera.
" Sure but korang tak tahu ke yang Soonyoung tu dah ada teman wanita?" Sengaja Aera mahu menguji.
" Tahu. Tapi kami tak ingat nama teman wanita dia."
" Aejung..? Aeyeon..? Apa eh nama dia?"
" Aku pun tak berapa pasti. Ae.. Ae..."
" Aera. Kang Aera." Melihat dua orang gadis itu terkulat-kulat mengingati namanya, Aera bertindak untuk membantu.
" Yes!!! Aera!"
YOU ARE READING
Choreographer ( SEVENTEEN's Hoshi)
FanficKang Aera. Kehidupan gadis berumur 24 tahun ini sentiasa sahaja ditimpa musibah. Ibu bapanya meninggal semasa dia berumur 6 tahun. Teman lelakinya pula hilang secara tiba-tiba. Hal ini membuatkan Aera keras hati dan terus berubah. Dari Aera yang cer...