Aera tersenyum nipis melihat email yang baru diterimanya. Ya, dia bukan lagi penganggur. Dia sudah diterima bekerja di sebuah agensi yang menguruskan artis-artis terkemuka di Korea Selatan.
" Kang Aera, congratulations! Kau akan sibuk lepas ni." Aera bercakap sendirian. Dia sememangnya sudah biasa bercakap sendirian. Bukannya dia gila, namun dia tiada sesiapa untuk dia luahkan perasaanya. Dari kecil hingga sekarang dia tiada kawan malahan ahli keluarga atau saudara-mara. Dia juga terpaksa menyara diri sendiri. Kehidupannya memang agak menyedihkan.
" Tidurlah, Aera. Besok kau akan mulakan hidup baru." Sekali lagi dia berbicara. Komputer riba dihadapannya itu ditutup. Dia pantas bangun dan berbaring di katilnya. Pertama kali dia rasa bertuah.
××××
" Aera-ssi, sila ikut arah sini." Salah seorang pembantu berkata kepada Aera yang sedang duduk di ruang menunggu.
" Aera-ssi, awak akan bekerjasama dengan salah satu kumpulan dari agensi kami. Nasib awak baik Aera-ssi, sebab salah seorang dari ahli kumpulan tersebut sangat berbakat dalam gerak tari. Oh ya, selain tu awak akan bekerjasama juga dengan salah seorang lagi guru tari yang dah lama bekerjasama dengan kumpulan tersebut." Panjang penerangan pembantu tersebut. Pembantu yang bertag nama Yerim itu juga turut memberikan fail tentang maklumat-maklumat yang patut dia tahu.
Aera tidak banyak tanya, dia hanya mengangguk faham. Wajahnya beku tanpa senyuman. Bukannya dia tidak mahu senyum, namun riak wajahnya sudah biasa begitu. Kalau senyum pun, mungkin hanya mampu bertahan 2 hingga 3 saat sahaja.
" Ini dance practice room bagi Seventeen. Awak boleh masuk ke dalam. Guru tari bagi Seventeen ada di dalam. Awak boleh bincang dengan dia apa yang patut."
" Okay terima kasih." Aera memberikan senyuman nipis. Dia cuma tidak mahu kelihatan sombong.
" Sama-sama." Yerim membalas dan melangkah pergi.
" Annyeonghaseyo." Sebaik masuk ke dalam bilik latihan itu, dia menundukkan sedikit kepalanya kepada seorang wanita yang sedang duduk di atas sofa. Sedikit sebanyak dia berasa sedikit gentar berhadapan dengan wanita itu. Wanita itu nampak garang dan tegas.
" Kang Aera?" Wanita itu bersuara.
" Ya, saya Aera."
" Nampak muda lagi. Berapa umur awak?"
" 23 years old."
" Hmmm.. memang muda. I'm Hyelim. You can call me eonnie if you want." Aera hanya mengangguk faham. Dia.. tak ada lah garang mana. Bisik hati kecil Aera.
"So, Aera kenal Seventeen?"
" Tak sangat. Aera pernah dengar pasal diorang tapi tak ambil tahu pun." Aera membalas jujur. Dia bukannya ketinggalan, sebagai seseorang yang amat meminati bidang tarian, dia patut tahu tentang industri muzik ini. Dia tahu tentang Exo, BTS, Got7 dan kumpulan-kumpulan lain namun dia terlalu sibuk untuk mengambil tahu tentang Seventeen.
" Aera tahu berapa orang member Seventeen?" Soal Hyelim.
" Err.. 17 orang?" Hyelim ketawa kecil dengan jawapan Aera.
" Diorang ada 13 orang member. I think you should study about them because kita akan bekerjasama dengan especially you yang kena banyak luangkan masa dengan Hoshi."
" Hoshi?"
" Ya, Hoshi. Dia sangat berbakat dalam bidang ni. Hampir keseluruhan choreography Seventeen dia yang cipta." Aera hanya menganggukan kepala mendengar ayat itu. Nampaknya jejaka bernama Hoshi itu seperti dapat memudahkan kerjanya.
YOU ARE READING
Choreographer ( SEVENTEEN's Hoshi)
Fiksi PenggemarKang Aera. Kehidupan gadis berumur 24 tahun ini sentiasa sahaja ditimpa musibah. Ibu bapanya meninggal semasa dia berumur 6 tahun. Teman lelakinya pula hilang secara tiba-tiba. Hal ini membuatkan Aera keras hati dan terus berubah. Dari Aera yang cer...