"setiap daripada kamu perlu belajar untuk membaling kad dengan lebih tepat.Kad yang anda pegang sekarang adalah kad besi yang tajam mampu membunuh.Jadi baling berhati hati ke arah tembikai."kata Black Cloud.Semua magician itu baling serentak dan membelah tembikai."jika kamu ingat petua saya,jadi kamu semua boleh baling dengan lancar."kata BC(black cloud)."apa petuanya?"soal Diamond Shadow(DS)."petuanya ialah kita memutar kad,bukannya membaling.Faham?sebenarnya sewaktu membaling kad kita memutarkan kad supaya berpusing."kata BC.
Setelah latihan itu,semua mereka berehat di bilik rehat sambil berbual bual.
"Aku rasa kan,misi rahsia kita nanti tu pasti susah."kata Diamond Shadow."Mungkin...sebab memang susah untuk kita lakukan misi itu."kata Spade."Tapi kita boleh buat kalau bekerja sama."kata Nif."betul tu."kata Sya."Entahla,ayah saya tu memang nak sangat misi itu berjaya."kata Cloud Queen.
(cloud queen anak perempuan kepada Black cloud)
"Tarikh mula misi tu 7 bulan. lagi."kata Nif."Kita kena bersedia.
Misi rahsia itu adalah mereka perlu mencuri masuk sebuah rumah orang kaya yang terlibat dalam perdagangan manusia.Dia memang jahat kerana selalu menculik ibu ibu dan anak anak perempuan yang cantik untuk dijual.Polis pula dirasuah dan dia berkuasa di bandar itu.Tugas MCA lah untuk menumpaskannya dengan membebaskan semua perempuan di rumahnya dan membakar rumahnya.Kemudian telefon FBI yang tidak makan rasuah.
Juga sementara mereka berehat setiap hari selama 7 bulan itu,mereka selalu pergi ke mana mana dan mereka menjadi rapat dan selalu bergurau senda.Nif pula sukakan Sya.Sya juga begitu.Tapi Nif tidak pandai membuat jenaka seperti spade.Tapi itu tidak menjejaskan apa apa.
(setelah 7 bulan)
Bakat kelima-lima Magician itu telah diasah dengan baik.Mereka makin cekap dan akan mulakan plan mereka beberapa minit sahaja lagi.
(misi bermula)
Semua magician itu berada di dalam van yang diubah suai.Mereka lalu di hadapan mansion orang kaya jahat itu dan ada banyak pengawal.Dua orang pengawal menjaha pagar dan dua di atas bumbung.Satu di pintu depan.Mereka terus bergerak di dalam van itu.Setelah van berhenti dalam beberapa ratus meter.Diamond shadow dan Spade keluar ke dua pengawal di pagar.
"hei selamat tengah hari tuan tuan,kenapa serious sangat?apa kata cuba kami hiburkan kamu berdua."kata Spade."ye betul tu,kami nih pandai buat magic."kata Diamond Shadow."ok baiklah *pegang bahu pengawal* saya rasa awak ada perlu jaga jaga lain kali kerana dompet awak mudah dicuri *tunjuk dompet milik pengawal*.Spade membuat magic kepada seorang pengawal dan dua orang pengawal itu teruja dan lalai dengan kerja.Sya dan Nif pula turun dari van dan memanjat tembok tanpa diawasi oleh dua pengawal di pagar yang lalai dengan magic Spade.Setelah Nif dan Sya berada di halaman rumah itu.Mereka membaling kad kepada dua orang pengawal atas bumbung serentak.Pengawal itu mati.Kemudian Nif pergi ke belakang pengawal di pintu dan cuit bahunya lalu bila pengawal itu pusing kepada Nif,pengawal itu dirantai tiba tiba dan Nif meletak tape di mulut pengawal itu supaya diam secara sangat laju.Kemudian mereka masuk ke dalam rumah.
(manakala di pagar)
"wow,kamu berdua memang hebat buat magic."kata pengawal .Spade dan Diamond shadow meminta diri dan pergi balik ke van mereka.Cloud Queen pula mengawasi Nif dan Sya melalui kamera kecil di baju mereka berdua itu.
Nif dan Sya sekarang sedang bebaskan semua tahanan.Nif gembira melihat mereka semua bebas keluar melalui pintu belakang.Kemudian penggera berbunyi,pintu besi hampir tertutup di dalam blik tahanan yang Sya dan Nif berada di dalamnya.Lalu dengan cepat Nif menolak Sya ke bawah pagar besi yang hampir tertutup itu dan Sya terlepas.Nif masih di dalam dan terperangkap.
"tidak!!awak!!"jerit Sya sambil menangis."Pergi! saya ok je! saya akan ikut!"kata Nif.Sya menangis sambil lari kembali ke Van.Spade terus memandu ke tempat MCA supaya tidak ditangkap.Dalam masa itu Sya menangis sambil menceritakan apa yang terjadi.Mereka takut akan Nif terbunuh.
YOU ARE READING
The Mysterious Magician
Mystery / Thrillerseorang pembuat magic yang bijak dan psycho telah direkrut oleh seorang gadis untuk mengikut sebuah agensi rahsia dan berkhidmat sebagai magician yang membawa kebaikan.