♠BAB 7♠

108 14 2
                                    

"Baiklah,kita sudah dapat Nif,panggil dia masuk ke sini untuk membincangkan tentang misi baharu."kata Shader.

Nif masuk didalam bilik perancangan itu dan berbincang bersama shader dan memberi penjelasan tentang kekurangan plan itu."jadi,apakah tugas aku dalam misi ini?"soal Nif."kau akan jadi orang yang paling penting,iaitu kau perlu membawa sekeping kad besi ke tempat itu.Kad itu mempunyai bahan bom di dalamnya yang direka oleh pereka senjata.Berat dan saiz nya sama seperti kad.Baling kad itu pada peti besi MCA dan hilangkan diri.Kami akan letupkan nya."kata Shader.

Shader merancang untuk mencuri wang bernilai RM1,000,000,000 di dalam bilik kebal MCA.Wang itu adalah wang simpanan Shader yang dirampas dahulu.Jadi sememangnya Shader inginkan wangnya serta ingin Nif membalas dendam.Tapi Nif tidak lihat seperti membalas dendam,cuma kesedihan sahaja yang wujud.Tapi shader tak kisah,dia cuma nak duit nya kembali.Nif pula diam kebelakangan ini.Dia seringkali serious,entah apa lah difikirkan.

(Hari Rompakkan)

Nif ditinggalkan seorang diri di depan MCA dan dia mempunyai kamera untuk dipantau Shader.Tugas Nif ialah masuk melalui pintu MCA dan pasangkan bom di pintu besi.Setelah itu pengawal shader akan masuk dan mengambil duit.

Nif bergerak ke dalam seorang diri.Dilihatnya sunyi sepi malah tiada seorang pun ahli MCA.Jika ada seorang pun,Nif memakai topeng yang menutup mukanya.Topeng bewarna hitam yang menutupi wajahnya serta hoodie yang dipakainya sememangnya tidak dapat dikenal pasti siapa pemakainya.Nif terus bergerak ke peti besi untuk memasang bom itu.Setelah sampai,tiba tiba seorang lelaki di belakangnya berdiri senyap.Nif senyap dan melihat lelaki itu.Lelaki itu adalah Black Cloud."kamu ini siapa?"soal Black cloud.Nif pula senyap dan terus memasangkan bomb itu.Black Cloud berlari kearah Nif tiba tiba bunyi berdering yang sangat memingitkan telinga berbunyi serta cahaya putih yang tiba tiba muncul.Bomb sudah dipasang.Nif hilang entah kemana.Black cloud tidak tahu dimana bomb di pasang dan di mana Nif.Kemudian Nif berdiri di belakang Black cloud."itu kamu nif,saya tahu tu kamu."kata Black Cloud.Nif terus terkejut."Trick yang kamu guna itu kamu pernah guna pada saya."kata Black Cloud.

Nif masih diam dan sejurus itu datang pula Spade dan Sya dari belakang Nif."Nif?itu awak ke?"soal Sya."ye.."kata Nif."kenapa awak buat macam ni?"soal Sya."Sebab saya nak tumpaskan Shader."kata Nif.

Shader yang terdengar ayat Nif itu terus terkejut kemudian Nif menekan sebuah butang dan bunyi letupan kuat dari van di luar Markas MCA itu.Van yang kru shader duduk tadi meletup dan membunuh kru Shader.Nif ambil kamera di bajunya dan menunjukkan muka membelot kepada Shader.

"Satu peringatan,shader...setiap magician mempunyai dua muslihat di dalam satu persembahan."kata Nif lalu memecahkan kamera kecil itu.Shader pula marah kerana dibelot.Nif membuka topeng dan hoodienya didepan Sya,spade dan black cloud."saya masih hidup."kata Nif.Sya terus berlari dan memeluk Nif dengan tangisan air mata.Nif pula memeluknya kembali."saya rindu awak..."kata Sya."Kenapa rindu saya kalau awak dah suka orang lain..."kata Nif."apa maksud awak?"soal Sya kehairanan."Spade,jagakan Sya untuk aku."kata Nif.Lalu terus keluar asap tebal tiba tiba dan Nif hilang entah kemana.Sya tergamam dan kembali sedih.

"Dia tahu nampaknya..."kata Sya dalam nada sedih."Sya..."kata Spade."Mulai sekarang kita putus Spade,jangan dekati saya."kata Sya.Sya bergerak ke luar dewan MCA dan kembalu kerumah.Tapi Spade dihalang oleh Black Cloud.

"Apa saya buat?"soal Spade."kamu bukan ahli MCA."kata Black Cloud."kenapa soal?"soal Spade.

"Jangan ingat saya tak tahu spade,kamu yang merancang semua ini.Sewaktu 9 bulan yang lalu kau cemburu melihat Nif dan Sya selalu berada berdekatan.Kamu plan strategi bersama Shader.Kamulah yang buat Nif tertangkap ketika hari misi itu kerana kau beritahu Shader bahawa MCA bakal pecah masuk rumahnya.Kemudian kau pujuk Sya supaya lupakan Nif dan cintai kau.Kemudian kamu berdua bercinta.Tapi cinta kamu dirancang oleh kejahatan diri kamu.Sedangkan kamu sudah ada seorang girl friend.Kamu mahu Sya kerana dia cantik.Kamu perangkap Nif untuk dapatkan Sya,dan sekarang sila keluar dari MCA dan jangan dekati kami lagi,atau saya yang akan uruskan kamu."Terang black cloud secara terperinci.Spade keluar dari dewan itu dengan muka yang marah.Sya berada di rumah sedang sedih.Nif pula berada di pondok tua di sebuah hutan.

MCA sudah berpecah belah.Apakah yang harus dilakukan Black Cloud untuk menyatukan kembali Nif dan Sya dengan tidak idea dimanakah Nif berada sekarang.

Bersambung...

♣♦♥♠

The Mysterious MagicianWhere stories live. Discover now