Bunyi loceng bergema di seluruh pelosok kawasan sekolah. Semua pelajar yang lebih 'bersedia' berseronok berbanding belajar di dalam kelas kelihatan riang beredar dari kelas yang umpama sangkar. Seorang gadis remaja yang kian meningkat dewasa dan bertumbuh sebagai gadis yang bukan sahaja cantik tapi turut menarik hati sesiapa sahaja yang memandang kelihatan muram."Hey Hana... sampai bila awak nak melamun. Awak tak nak rehat ke?" ujar Rosse yang tersenarai sebagai pelajar tercantik di sekolah.
Hana tersenyum nipis yang agak terkejut dengan teguran kawannya yang sedang memasang wajah bingung. Mungkin merasa bingung dengan perubahan sikapnya. Hana dan Rosse sudah bersahabat selama tujuh tahun. Ketika dia menghadapi masalah kecil atau sulit, Rosse insan pertama yang mengetahui masalahnya lalu menjadi penasihatnya yang terbaik. Hana beruntung mempunyai kawan baik seperti Rosse yang seindah namanya.
"Rosse maaflah... mungkin saya membuatmu bingung. Tapi saya keliru sekarang dan saya tidak tahu... tidak tahu harus memilih jalan yang mana," luah Hana ragu-ragu menyusun ayat dan menyerlahkan lagi kekeliruan yang tersimpan di dalam jiwa.
Mendengar luahan perasaan sahabatnya dengan lembut Rosse menepuk bahu Hana dengan wajah prihatin. Dia tidak tahu masalah yang sedang dihadapi oleh Hana namun seperti selalu dia akan menjadi penasihat terbaik pada Hana setelah mendengar dengan jelas masalah yang dihadapi.
"Hana, saya faham awak tapi rasanya kita kena segera ke cafe, saya dah lapar sangat. Sambil itu kita boleh saling sharing tentang masalah awak. Boleh kan?" balas Rosse sambil mengusap perutnya yang berbunyi. Entah mengapa selera makan Rosse semakin hari semakin meningkat.
Hana hanya mengangguk melihat sahabatnya yang tampak kelaparan. Dia harus lebih peka tentang keperluan Rosse yang meminati makanan sejak akhir-akhir ini. Tidak seperti dirinya yang tidak berselera mengambil makanan semenjak masalah itu menghantui hidupnya.
***
Seusai mendengar masalah sahabatnya, Rosse menarik nafas dalam. Masalah yang menimpa Hana sudah cukup berat pada gadis super aktif itu, apatah lagi empu badan yang sedang memikul. Masalah Hana bukanlah masalah remeh tetapi gadis cantik dan manis itu perlu membuat keputusan dengan bijak kerana semua itu yang terbaik padanya kelak.
"Rosse, kenapa awak diam saja? Awak tak boleh ke bagi saya apa-apa idea yang bernas. Rasanya saya akan jadi gila, tahu tak."
"Hana, relaxlah... awak kena bertenang menghadapi masalah ini. Jika tidak awak akan betul-betul jadi gila. Tentu saja awak tidak mahu gila dan yang pasti awak nak mencapai impian awak itu dulu sebab itu awak kena relax, sayang..." Rosse menasihati Hana yang memerlukan penyelasaian detik itu juga.
"Okay Rosse. Tapi saya dah banyak bersabar tapi nampaknya sampai sekarang saya belum ada jawapan yang tepat walaupun sebenarnya saya sangat... sangat ingin menolak. Tapi saya juga tidak mahu menyinggung perasaan ayah saya sebab ayah adalah insan yang sangat berharga dalam hidup saya," ujar Hana agak lirih. Seredup hatinya ketika itu yang seakan-akan tidak mempunyai pilihan yang lebih baik.
Rosse tersenyum mendengar kenyataan Hana yang padanya sangat murni. Tidak semua anak perempuan yang ada di dunia ini berfikir seribu kali mahupun cuba mengambil peduli tentang perasaan orang tua ketika mengambil sesuatu keputusan tetapi Hana berbeza. Hana membuktikan masih ada gadis remaja yang berfikiran matang walaupun tindakan yang bakal diambil memakan dirinya sendiri.
"Hana, terus-terang saya tak boleh komen apa-apa tentang masalah awak tapi sebagai sahabat, saya akan sentiasa menyokong awak walau apapun keputusan yang awak ambil. Awak juga kena tahu setiap keputusan orang tua adalah yang terbaik so... tidak salah kalau awak mencuba sesuatu yang baru walaupun idea itu sebenarnya tidak logik dan juga melucukan. Betul tidak sayang?" ujar Rosse yang pandai bermain kata sambil tersengih.
Hana hanya menjungkit bahu walaupun dalam diam dia mengiyakan saranan Rosse yang kadangkala bersikap gila-gila. Dia perlu mencuba sesuatu yang baru walaupun sebenarnya masalah yang dia hadapi bukanlah sesuatu yang baru tetapi sejak dahulu kala idea kuno ayahnya amat terkenal.
"Oh ya sayang... awak kenal ke bakal future husband awak?"
Hana membuntangkan mata ke arah Rosse sebagai amaran seraya matanya melilau ke sekeliling walaupun mereka memilih tempat duduk di cafe yang agak jauh dari kerumunan pelajar. Namun mendengar suara Rosse yang agak tinggi membuat Hana was-was. Dia tak mahu gossip tentang dirinya akan tersebar luas di sekolah.
"Kenal apa awak kata? Tak minat tahu tak. Lagi satu awak control suara awak. Mana saya letak muka saya nanti kalau sampai students kat sini tahu. Awak faham ke tak?" ujar Hana geram.
"Okay friend. Sorry... tapi rasanya awak kena kenal orang itu kalau awak taknak menyesal seumur hidup. Sebab awak tak nak kan kahwin dengan orang asing," ujar Rosse sedikit berbisik. Dia tak mahu Hana yang comel memarahinya sekali lagi.
Hana mencebik bibir dan reaksinya itu sangat comel dan menggelikan hati pada seseorang yang sedang memerhatinya sedari tadi.
✳ Thanks for reading & please hit the star if you like this story. 🌟
✳ Cerita ini akan diedit dari semasa ke semasa. 🤗
KAMU SEDANG MEMBACA
Love Is Enough
RomanceHana Agata, gadis cantik yang berasal dari keluarga sederhana. Seorang remaja yang pentingkan pelajaran. Kesibukan dalam hidup menyebabkan gadis itu tidak mengenal cinta. Namun kehadiran seorang jejaka telah mengubah hidup Hana. Meski pada awal...