"Hey Adam. Apasal awak happy sangat?"Merlin Adam tidak mengendahkan teguran kawannya sebaliknya dia terus bersenandung melampiaskan rasa hati yang sedang bahagia.
"Ya, ada apa Adam? Jangan cakap yang awak tertarik dengan perempuan kat cafe tadi," ujar salah satu sahabat Adam yang seperti mampu membaca fikirannya.
"Hey guys... korang okay tak? Salah ke saya tersenyum dan rasa bahagia? Awak berdua jangan hanya tahu nak menyibuk," perli Adam agak geram dengan kedua rakannya yang agak penyibuk tentang hidupnya.
"Kami bukan menyibuk Adam. Tapi hari ini awak berbeza, walau awak terkenal dengan sikap gila-gila awak. Kenyataan Renn benar kan? Awak tertarik dengan pelajar itu. Oopppsss... jatuh hati dengan kakak senior kita. Awak jujur sajalah Adam..."
Merlin Adam menghentikan langkah yang berjalan lebih depan dari kedua rakannya yang bermulut lazer dan tidak mudah mengalah. Sebuah senyuman sinis dilemparkan ke arah kedua sahabatnya dan juga merangkap kawan bergaduh.
"Kalau benar ada yang salah? Dia senior kita, perempuan muda atau Mak cik sekali pun, ada yang salah untuk membuat kita tersenyum? Jika kamu berdua mempunyai fikiran seperti itu berhentilah menjadi lelaki sejati. Jadilah seperti saya, saya lelaki santai dan kacak. Awak berdua ada apa?" sindir Adam lagi tanpa peduli dengan perasaan kedua sahabatnya.
"Jangan yakin sangat Adam. Kalau awak perasan kacak, kami berdua juga kacak walau di akui awak terlalu kacak dan digilai ramai perempuan tak kira umur. Sebab tu taste awak juga pelik. Tertarik dengan perempuan yang lebih berumur dari awak. Awak tak berasa yang taste awak itu pelik?" balas Dino panas hati dengan sikap Adam yang mempunyai keyakinan tinggi, lalu dia dan Renn tergelak.
Adam mendengus geram. Sikap kedua sahabatnya agak kurang ajar malah suka memulakan sengketa. Terlalu hinakah pada mereka untuk menyukai seorang wanita yang lebih berusia dari umur mereka? Minda Adam ligat berfikir walaupun dia sendiri keliru dengan perasaannya. Namun yang jelas setiap kali dia menatap wajah gadis itu membuat jiwa lelakinya bahagia.
"Dino, saya berani bersumpah. Kawan kita yang berjiwa sentimental ini sedang jatuh hati dengan kakak senior tu. Suatu kenyataan yang tidak dijangka tapi... melihat senior tu boleh tahan juga. Cantik, comel dan juga menarik. Tak pelik bila Adam jatuh hati sehingga tidak peduli dengan pelajar perempuan di kelas kita," ulas Renn panjang lebar diikuti gelak ketawa yang tidak mahu pudar.
"Benar sekali, Renn! Saya juga yakin. So Adam, let's start the game... Saya dan Renn akan mencabar awak untuk mendapat tempat di hati perempuan itu. Saya dengar gossip perempuan tu tidak mudah ditakluki oleh mana-mana lelaki. Awak sebagai lelaki sejati, mahu tak terima cabaran hebat ini untuk cuba menakluki hati gadis itu?"
Adam tersentap dengan cabaran sahabatnya. Dia tidak menjangka fikiran kawan-kawannya terlalu cetek. Sangat hipokrit dan ego. Tanpa berfikir panjang Adam menerima cabaran a.k.a tawaran hebat dari kedua sahabatnya.
"Okay Dino, Renn. Saya terima. Siapa tahu saya sebagai lelaki terkacak di sekolah akan mendapat tempat pertama di hati gadis itu." Adam menyahut cabaran dengan semangat seraya tersenyum sinis yang menyebabkan kedua lelaki itu ternganga sebelum melepaskan tawa yang hanya mereka faham.
"Baik Adam. Saya dan Renn akan menanti sebuah kejaiban yang bakal awak lakukan. Tapi ingat jika awak sudah melebihi satu bulan untuk memikat gadis itu tapi tidak berhasil awak dikira 'game over.' Boleh kan?" ujar Dino yang sempat mencipta syarat.
Adam hanya menjungkit bahu lalu mengangkat keningnya. Syarat Dino bagaikan durian runtuh. Dia tidak mengambil waktu yang lama untuk menakluki hati seorang wanita. Malahan para perempuan yang berusaha mendampingi dia namun seperti selalu dia akan menolak. Pendek kata, dia tak mahu mempermainkan hati perempuan dengan sewenang-wenang.
"Kamu berdua sudah maklum saya bukanlah seorang lelaki yang gagal meluluhkan hati seorang perempuan. Saya yakin gadis itu akan tunduk di bawah kakiku setelah saya menggodanya. Just trust me guys..." ujar Adam terlalu yakin lalu tersenyum penuh makna.
Dino dan Renn hanya menggeleng kepala seraya meletuskan tawa. Tawa yang agak menyakitkan mata dan jiwa sesiapa sahaja yang memandang. Mereka berdua yakin, gadis yang mempunyai paras rupa cantik menawan itu tidak mudah ditakluki oleh mana-mana lelaki. Termasuklah Adam yang bagaikan pipit dengan enggang kepada gadis berusia itu.
"Terserah Adam. Jika awak berjaya, saya dan Renn akan memberimu trofi sebagai lelaki penakluk hati wanita berusia. Benar tidak Renn?" balas Dino yang sengaja membakar emosi Adam yang mudah terbakar.
Renn mengangguk dan tergelak seperti selalu. Pada mereka 'game' itu sangat menarik. Manakala pada Adam cabaran kedua sahabatnya bukan sekadar game tapi juga tentang isi hatinya. Namun benarkah dia cuba menakluki hati gadis itu dengan setulus hati?
*****
Hana meletakkan secangkir kopi dihadapan ayahnya. Setiap malam ayahnya akan menikmati aroma kopi setelah seharian penat membanting tulang demi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Dia selalu merasa bersalah setiap kali melihat ayahnya kelelahan seusai pulang bekerja. Merasa bersalah kerana belum menyenangkan hati ayahnya mahupun berjaya membalas jasa ayahnya, walaupun jasa kedua orang tua tidak terhitung besar.
"Ayah minumlah kopi tu nanti sejuk pula," ujar Hana memecahkan keheningan malam.
Harith mengangguk seraya mencapai gelas kaca lalu menghirup perlahan. Air tangan Hana persis buatan air tangan arwah isterinya dan juga ibu kandung kepada kedua puterinya. Menepati cita rasa, enak dan lazat. Anak sulungnya lebih rajin dan prihatin berbanding anak bongsunya, Violet. Setelah pemergian arwah isteri yang amat dicintai, Hana mengambil tugas arwah isterinya. Mengurus rumah, memasak makanan, mencuci pakaian mereka dan sebagainya. Harith sangat bersyukur kerana mendapat anak yang baik seperti Hana.
"Hana dah fikir masak dengan cadangan ayah?" soal Harith setelah lama menyepi. Dia ragu-ragu mempersoalkan yang melibatkan perasaan dan jodoh. Malah dia merasa bersalah kerana cuba merancang perjodohan Hana dengan anak lelaki sahabat baiknya.
"Err... ayah tentang itu... tentang itu Hana sudah fikir masak dan Hana... Hana ambil keputusan untuk cuba terima cadangan ayah," balas Hana ragu-ragu namun dia tetap meneruskan tekad.
Harith merenung dalam wajah Hana yang tenang duduk berhadapan dengannya. Dia mengenali riak wajah Hana yang sentiasa kelihatan tenang namun terluka di dalam. Adakah dia seorang ayah yang kejam kerana cuba merancang perjodohan anaknya yang baik hati.
Harith terpaksa bersetuju menjodohkan Hana dengan anak lelaki sahabatnya apabila dia tidak mempunyai pilihan lain. Dia bersetuju dengan perjodohan itu demi masa depan kedua anak perempuannya. Dia tidak mahu kehidupan mereka menderita untuk selamanya.
✳ Thanks for reading & please hit the star if you like this story. 🌟
✳ Cerita ini akan diedit dari semasa ke semasa. 🤗
KAMU SEDANG MEMBACA
Love Is Enough
RomanceHana Agata, gadis cantik yang berasal dari keluarga sederhana. Seorang remaja yang pentingkan pelajaran. Kesibukan dalam hidup menyebabkan gadis itu tidak mengenal cinta. Namun kehadiran seorang jejaka telah mengubah hidup Hana. Meski pada awal...