BAB 1

21.8K 672 31
                                    

Kawasan semak samun terpaksa dilalui supaya dirinya tidak ditangkap oleh lelaki Yang mengejarnya di belakang. Macam atlet lumba lari. Panjang betul langkah, Iman sempat bermonolog dalam hati.

Sesekali berpaling ke belakang. Samar-samar terang dek cahaya bulan yang membantunya saat ini.

"Aduh!." Aduhai bala apa pulak sekarang ini. Boleh pula terjatuh dalam keadaan macam ini, rungut Iman Amani dalam hati sambil berusaha untuk bangun tetapi tidak berjaya. Kakinya terasa sakit. Tak dapat dibendung, walaupun cuma untuk sebentar.

Mata mencari sesuatu yang dia terlanggar tadi.

"Mak ai.. Besarnya."

Iman cuba lagi untuk bangun. Berkerut-kerut mukanya menahan sakit di kaki. Sebaik berjaya menstabilkan dirinya, Iman mendongak ke hadapan semula untuk meneruskan larian, namun terkedu.

Iman hanya diam memerhati lelaki yang mengejarnya tadi kini dihadapannya. Terundur dia setapak melihat wajah tegang di hadapannya itu. Walaupun cahaya tak seberapa terang, tak dapat sembunyikan wajah itu membengis.

"Kau nak pegi mana hah?!" Jerkah Farish Aiman. Panas hatinya bila tengok bilik Iman duduki tadi kosong!

Terjungkit bahu Iman tatkala mendengarkan suara jerkahan itu. Kuatnya! Iman menikus.

"Sini ikut aku." Terus disambarnya lengan Iman tanpa menunggu persetujuan Iman. Apa dia kisah.

"Eish tak naklah! awak ni siapa?!" Lawan Iman. Dipandang tajam wajah Farish dihadapannya. Ingat aku tak berani lawan ke? Senyuman sinis diukir, menunjukkan yang dia langsung tidak takut.

Farish tanpa fikir banyak, terus menarik lebih kuat lengan Iman supaya mengikutnya. Degil! suruh ikut lawan pulak. Sudahlah lari, nak main kejar-kejar dalam hutan ni ke apa.

Dalam terpaksa, Iman mengikut lelaki asing itu disebabkan cengkaman dilengannya terlalu kejap. Mahu mengadu, takut lengannya semakin dicengkam kuat. Sakit. Tahu tak sakit?

"Eih janganlah laju sangat. Kaki saya sakitlah!" Rungut Iman apabila mula merasakan kesakitan dikakinya. Terasa mencucuk sakitnya di setiap sendi. Ngilu pun ada. Terlepas desis perlahan dari mulutnya. Bibir dikemam.

Farish menghentikan langkahnya lalu berpusing ke arah Iman dengan muka tanpa riak. Dia hanya merenung gadis itu. Cantik tapi menyusahkan. Heh.

"What?" Iman bersuara apabila lelaki asing itu hanya melihatnya. Sesaat tiba-tiba tubuhnya terasa di awangan sebelum perutnya menghempap benda keras seperti bahu seseorang. Terkedu Iman dengan apa yang terjadi sekelip mata itu.

"Ish apa dukung-dukung ni! Turunkan saya! Now!" Marahnya sambil memukul belakang bahu lelaki yang selamba redah je mendukungnya. Tetapi malangnya, langsung tidak berkesan.

"Diamlah tadi kata kaki sakit, kan? kalau aku biarkan kau jalan, sampai ke besuk pun belum tentu sampai."

"Mana awak tahu sampai esok pun tak akan sampai? Hiperbola sangat." Sindir Iman.

"Aku tak cakap pun tak akan sampai, aku cakap BELUM TENTU! Tak faham eh?" Sengaja Farish menekankan 'belum tentu' itu biar jelas Iman dengar.

"Ada beza ke? Turunkan jelah saya!" Lagi kuat Iman memukul bahu Farish. Main-main pulak kan dah kena padan muka! Akhirnya Iman redha je kena dukung macam ni sampailah ke villa.

Iman didudukkan Farish di katil di dalam bilik villa itu dan kemudian terus keluar dari situ.

Baru sahaja Farish memegang tombol pintu ingin menutupnya, suara Iman menampar gegendang telinganya.

"Eh sekejap! Siapa awak? Dan saya kat mana? Kenapa saya perlu dengar cakap awak? Saya nak keluar!" Iman pantas bangun dan mendekati pintu di mana lelaki asing itu berada.

[E] My Love  Mr Kidnapper✔Where stories live. Discover now