🌷 9

6.1K 318 5
                                    

"Apahal kau ajak kitaorang berkumpul ni ? ada 'job' ke ?"ujar Keith memecahkan kesepian antara mereka berlima .

Dari tadi duk tengok sesama sendiri , tak ada sape buka mulut jadi baik dia yang buka . Malas nak tunggu lama-lama lagi . Lagipun , hati dia dah meronta-meronta nak tahu tujuan Farish yang sebenarnya .

"Ada orang buat onar dengan aku"dingin Farish membalas . Perasaan marahnya datang balik bila teringatkan Iman yang diculik . Dia yakin yang menculik Iman pasti private number yang menelefonnya itu hari .

"Huh ? siapa ?"soal mereka serentak , kecuali Firash . Dia hanya jadi pemerhati sahaja . Dah memang itu hobi dia dari kecil gamaknya .

"Aku tak kenal tapi aku tahu siapa"berkerut mereka dengar balasan Farish . Tak kenal , tapi dia tahu ?. Haih .

"Mana satu kau ni ? tak kenal tapi kau tahu siapa ? cakap la yang betul . Kau kenal ke kau tak kenal ?"mereka semua mengangguk kepala . Bersetuju dengan Qiran .

"Apa bengap sangat korang ni ?! orang tu aku tak kenal tapi aku tahu siapa yang buat onar dengan aku"

"Mahu tak bengap kitaorang ni ? kau cakap macam tu fikir kitaorang faham sangat la tu ?"perli Mirul

Dilepaskan nafas kasar . Dia pun tak tahu macam mana nak terangkan dekat mereka semua .
"Cuba terangkan . Kau cakap kau tak kenal , ok itu kitaorang faham . Yang tak faham tu kau cakap kau tahu siapa . Terangkan la"

"Urghh !! ada rupanya suara mamat ni , ingatkan tak ada . Diam je dari tadi"

Dijeling tajam Qarl yang menyindirnya tadi . Suka hati aku la ! yang kau nak panas apahal ?!. Diluahkan dalam hati sahaja . Bukan takut , cuma tak nak gaduh .

Qarl hanya buat tak nampak sahaja jelingan Firash .

"Ada private number call aku . Dia suruh aku jaga Iman sebelum Iman jatuh ke tangan dia . Iman sekarang dah kena culik dengan musuh keluarga dia . Aku syak 'dia' yang culik Iman"terang Farish . Rambut diserabutkan . Stress !

"Iman ? siapa Iman ?"soalan Qiran itu mampu menarik mata mereka semua untuk menghala kepada Farish .

"Tunang aku"

"What ?! tunang ? kitaorang tak tahu pun ?! mentang-mentang kita buat hal sendiri kau dah tak nak share apa-apa dah dengan kitaorang ?"ujar Mirul

"Tengah bagitahu lah ni kan ?!"

"Urghh !! kalau Iman tu tak kena culik , kitaorang pun tak tahu kau ada tunang"perli Qiran .

"Korang ni ! aku ajak korang jumpa ni bukannya nak suruh korang perli aku ! untung la aku bagitahu korang juga kan ? dari tak bagitahu ? syukur la sikit ! aku bagitahu korang ni sebab korang kawan aku , kalau bukan tak ada nya aku nak bagitahu"suara sudah naik satu tingkat berbanding tadi .

Qiran , Keith , Mirul dan Qarl menelan liur melihatkan Farish sudah memerah muka . Bukan boleh jangka Farish ni . Dengan kawan pun sanggup dia balun kalau dah marah tahap tak boleh kawal .

Firash hanya senyum sinis melihat wajah ketakutan kawannya . Tahu takut , tadi bukan main perli lagi . Lupa siapa depan mereka sekarang ni ?.

"Kau nak kitaorang buat apa ?"Firash bersuara menyelamatkan keadaan . Nanti ada jugak makan makanan tawar jap lagi , baik mengelak dari terjadi .

"Aku nak kita selamatkan Iman"jawaban selamba Farish mendapat balingan 4 bantal sofa .

"Jawaban kau tak boleh tersirat lagi ke ?"ujar Keith

"Aku tak habis cakap lagi korang dah serang aku macam mana aku nak terangkan ? ada orang gak yang selamat makan makanan tawar kejap lagi . Nak ke Qiran , Mirul , Keith , Qarl ?"ugut Farish

[E] My Love  Mr Kidnapper✔Where stories live. Discover now