🌷 10

6K 346 19
                                    

"Ya allah"Puan Sri Iman Shahira terjaga dari tidur . Hatinya masih lagi berdetak dengan laju . Keadaan dia berpeluh-peluh . Iman ....

Tan Sri Shahril Ahmad tersedar dari tidurnya apabila mendengarkan suara isterinya yang beristigfar tersekat-sekat . Macam takut pun ada .

"Ira awak kenapa ni ?"resah Tan Sri Shahril Ahmad bertanya apabila melihat isterinya yang tercungap dan berpeluh . Ditarik rapat tubuh isterinya ke arah tubuhya . Diusap-usap perlahan bahu wanita itu .

"Saya mimpi Iman . Penculik tu cakap dia mungkin akan buat lebih kejam dari apa yang dia buat pada Kira , abang ..."ujar Puan Sri Iman Shahira perlahan . Dia takut dengan apa yang dia lihat . Takut sesuatu berlaku pada Iman . Takut suatu hubungan akan putus . Dia pasti tak salah lihat siapa dalang penculikan Iman dalam mimpinya tadi . Tapi kenapa ?

Dipandang suaminya di sisi dengan mata yang berlinangan . Dia berharap mimpimya tadi tak betul . Sungguh dia takut . Dia takkan bagitahu suaminya apa yang dia lihat dalam mimpi . Penculik Iman terutama sekali takkan dia bagitahu

Tersentak Tan Sri Shahril Ahmad mendengarkan apa yang dikata oleh isterinya .

"Shhhh .... Apa yang awak lihat dalam mimpi mungkin tak sama dengan realiti . Mimpi ni mainan syaitan . Jangan ikutkan sangat"nasihat Tan Sri Shahril Ahmad . Dipeluk erat isterinya supaya wanita itu dapat tenang .

Teresak-esak Puan Sri Iman Shahira menangis dalam pelukan suaminya . Digenggam erat baju suaminya di bahagian belakang . Mukanya disembamkan di bahu suaminya .

Tan Sri Shahril Ahmad mengusap perlahan belakang badan isterinya . Dia hanya mampu berdoa yang anaknya Iman dalam keadaan yang baik .

Sungguh dia terkelu untuk bersuara selepas isterinya bercakap sebegitu . Tiada apa yang mampu terlontar dari mulutnya .

"Sambung tidur ya ?. Pagi lagi ni . Insyaallah Iman tak apa-apa , lagipun Aish ada kan ? kita kena percayakan dia"ditepuk-tepuk bahu isterinya .

Puan Sri Iman Shahira hanya menganggukkan kepala dalam pelukan suaminya . Genggaman pada baju suaminya tak dilepaskan lagi

Tan Sri Shahril Ahmad tersenyum dengan lagat isterinya . Macam budak-budak ! Manja .

Diselimutkan tubuh isterinya lalu berbaring di sebelah isterinya .

"Tidur"arah Tan Sri Shahril Ahmad apabila mata isterinya terhala lagi padanya . Ditepuk-tepuk bahu isterinya seakan mendodoikan isterinya .

Puan Sri Iman Shahira mengenggam erat tangan suaminya lalu diletakkan di bawah pipi kanannya tangannya bertindih dengan tangan suaminya yang berada dipipinya . Selepas itu , dilelapkan mata .

Tan Sri Shahril Ahmad tergelak kecil . Kepala digelengkan . Hailah isteri !

Tan Sri Shahril Ahmad hanya melihat isterinya yang sudah nyenyak itu . Tangan naik mengelus rambut isterinya .

Nafas dihela . Tertekan dia lama-lama kalau macam ni . Tapi dia kena kuat , dia tak boleh lemah sebabkan isterinya perlukan dia . Kalau dia lemah , siapa yang nak bagi kekuatan pada isterinya ?. Lama kelamaan dia pun terlena .

---------

"Ready ?"soal Keith .

"Ready"jawab Mirul , Qiran , Qarl , Firash , Farish serentak . Mereka hanya berhubung dengan walkie talkie sahaja .

Farish memerhati keadaan sekeliling rumah usang itu . Dilihat anak-anak buahnya sudah bersiap sedia seperti yang dirancang . Senyuman sinis terukir .

Diperhatikan anak buahnya menjatuhkan kesemua yang berkawal luar rumah usang itu . Mereka bertindak dalam diam agar musuh tak ketahui kedatangan mereka .

[E] My Love  Mr Kidnapper✔Where stories live. Discover now