🌷 11

5.3K 305 2
                                    

Farish duduk melepaskan lelah di bangku koridor wad Iman ditempatkan .

Sesak nafas dia tadi mendengarkan apa yang doktor cakap mengenai Iman . Dia tak boleh terima . Dia baru sahaja kenal dengan gadis itu . Alih-alih gadis itu akan melupakannya . Kejadian tadi berligar-ligar dalam kepalanya .

         Flashback

Farish menunggu doktor keluar untuk memberitahu keadaan Iman . Seketika terdengar pintu terbuka . Doktor Ainna , doktor yang merawat Iman . Buru-buru Farish menuju ke arah doktor itu .

"Macam mana dengan dia ?"soal Farish yang kini sudah berada di hadapan doktor itu . Harap keputusannya baik-baik sahaja .

Doktor Ainna hanya melihat lelaki di hadapannya ini . Nampak kerisauan di wajah itu . Tapi dia ni siapa ? apa kaitan dengan keluarga bapa saudaranya ? Tan Sri Shahril Ahmad .

"Maaf , awak ni siapa ?. Maklumat pesakit kami tak boleh dedahkan kepada sesiapa . Kami perlukan keluarga pesakit . Urgent"terang doktor itu .

"Saya tunang dia . Keluarga dia on the way ke sini doktor . Kenapa dengan dia ?"ujar Farish cemas .

Doktor itu memandang curiga ke arah Farish . Tunang ? boleh percaya ke ?. Bawa sepupunya ke sini dengan kepala berdarah , kaki tangan kena toreh . Ingat orang tak syak wasangka ke ?.

"Farish !"

Farish dan doktor Ainna memandang ke arah suara itu . Kelihatan Tan Sri Shahril Ahmad bersama dengan Puan Sri Iman Shahira menuju ke arah mereka .

"Uncle , aunty"kedua tangan tua itu ditunduk cium dengan hormat .

[E] My Love  Mr Kidnapper✔Where stories live. Discover now