ROYALS 2 The War Begins~ Remiston = 4

2.7K 117 3
                                    

"who the hell Remiston. Please,,, tell me" Rayu aku untuk ke berapa kali kepada Elyn. Dari tadi aku penat mengejar dia dekat hallway ni. Laju betul dia jalan. Jalan ala gaya permaisuri gitu.

"ok ye lah!" Elyn terus membelok ke kiri dan kitaorang sampai di ruang riadah ke 3 istana. Tingkat 3. Elyn duduk di sofa yang berhampiran dengan unggun api. Ruang riadah dekat bawah dah ada orang duduk. So, kitaorang buat perbincangan keluarga dekat tingkat 3 ni. Aku mengambil tempat duduk disebelah tingkap

"Remiston. 10 tahun yang lepas, negara tu bebas dari jajahan negara lain. Sebab pertolongan dari 'kerajaan bersatu'." terang Elyn sambil cuba menghidupkan unggun api tu

"kerajaan bersatu?" Tanya ku. Bukan main pelik lagi ayat.

"Kumpulan yang yang sanggup menolong negara lain yang ingin capai kemerdekaan. Asalnya ada 7 buah negara, Angardior, Eustarmil, Offbeats, Sakowsky, Lumiere, Alpha, Andromeda."

Kata seseorang yang mengenakan pijama di badannya. Tak pernah jumpa pun mamat ni. Sape eh? Dia menghampiri aku

" Sebastian Miguel. Putera ke-2 kerajaan Lumiere." Kata nya dengan senyuman. Dia mengambil tempat duduk di hadapan aku. Elyn hanya memerhatikan sahaja.

"Diketuai oleh kerajaan Alpha yang bermaksud ketua, Lumiere bermaksud menerangi, Offbeats yang bermaksud rentak, Sakowsky yang membawa maksud salji memenuhi langit, Andromeda bermaksud salah satu kumpulan bintang, Eustarmil yang membawa maksud ketua kepada bintang dan Angardior yang bermaksud keganasan tetapi kecemerlangan."

" kumpulan kerajaan bersatu ini teramat masyur di persada dunia. Suatu hari, seorang petani yang bernama Huge Remiston, inginkan kemerdekaan. Dengan usaha kerajaan bersatu inilah kerajaan yang kecil itu merdeka dan diberi nama Remiston sempena nama petani itu." Terang Sebastian.

"oh macam tu. tapi Sebastian..." Belum habis aku cakap dia dah menyampuk. tak guna punya budak

"you can call me Ian." Kata lelaki yang tinggi dan segak itu. "and for your information, saya dah berkahwin" loh, aku tak tanya pun

"ok ian, tapi sekarang kenapa perang? I mean kenapa mesti perang?" Aku rasa Elyn dah tau kut, tu yang dia asyik try hidupkan unggun api tu. Takkan jadinya cik kak oi.

"Remiston II, Raja dan permaisurinya dibunuh  dengan kejam. Mayat mereka dijumpai tergantung di tengah-tengah pekan Remiston. Apa yang peliknya dekat tangan raja tu dihiris dengan pisau sampai tertulis satu nama. Eustarmil. Dekat tangan kiri permaisuri tu tertulis 'Offbeats'. Sekarang ni isteri kedua raja tu yang memerintah. kalau dia sahkan perang, peranglah habis habisan."

oh gitu. 

"But I don't think dua kerajaan tu sanggup bersekongkol untuk bunuh raja dan permaisuri Remiston. I mean... for what? harta? offbeat dengan Eustarmil antara kerajaan yang terkaya. Sedangkan Remiston tu bukannya kaya lagi. Mereka kerajaan yang sedang membangun." Lucifer yang baru datang berbicara.

makin ramai lak yang datang. Kenapa tak satu istana naik tingkat 3 ni then menyampuk apa kitaorang cakap. Lucifer terus duduk disebelah Elyn. Biarlah diaorang suami isteri.

"Dan untuk pengetahuan, passport kerajaan Offbeats, Andromeda, Angardior, Alpha disekat untuk masuk ke Remiston masa pembunuhan tu." kata Elyn. Api kat unggun api tu tak hidup-hidup lagi.

"I think ini mesti kerja orang dalam negara tu sendiri" Kata ku.

"Kenapa mesti orang dalam Remiston tu sendiri yang nak bunuh raja dia? kenapa dia nak buat negara dia sendiri porak peranda?" Soal Ian

"dendam" tiba-tiba ayat tu keluar dari mulut aku. Semua hanya diam memikirkan sesuatu

"ha!" Sergah Ian tiba-tiba. Jari telunjuk dihalakan kearah aku.

"Lupa nak cakap yang permaisuri ke dua tu pernah di buang istana. Sebab permaisuri pertama yang arahkan. tapi lepastu kes ni senyap. Sebulan lepas tu baru  permaisuri kedua ni boleh masuk tapi sehari selepas tu raja dan permaisuri pertama ni mati."

"Kes ni ada kena mengena dengan permaisuri kedua lah ni." Kata Elyn. Suasana kembali senyap

Cerita aku ni dari romantic terus tukar kepada mystery ni. oh lain benau.

Selepas beberapa minit senyap untuk bagi laluan kitaorang berfikir. 

"Kita tak boleh harapkan pimpinan atas jer. Kita pun kena bergerak jugak" kata Lucifer tiba-tiba

"like what? pegang pedang then berlawan. Hell no. I'm not going to do that!" Besau kecik besau kecik jer aku pandang Sebastian Miguel ni. 

"coward" Ujar Elyn sepatah.

"excuse me, what?" Suara Ian semakin tegas

"you heard me" Ujar Elyn kembali. Eh sudah. Dah nak perang ni, boleh lagi dia perang duaorang.

"yeah I'm not deaf. Stop calling me coward or...." dah apahal mamat ni?

"or what?" 

"you will regret and..."

"coward" Dengan muka selamba BADAK jer Elyn memintas.

"ISH!!!!" Sebastian menghentakkan kaki beberapa kali. Aku terkedu

"enough... puffftt... ok serious please. puffftttt.... I'm sorry. I'll be back" Sampai nak tersembur ketawa Lucifer tengok perangai Sebastian. Last last dia blah dari ruangan santai tu


ROYALS 2 = RemistonWhere stories live. Discover now