1 | Lembaga

8.1K 213 11
                                    

Sengingat aku kali pertama aku alami benda alah seperti ini semasa aku masih 4 tahun. Ketika pertengahan musafir menuju ke kampung. Road block. Barisan kereta penuh bersopan menyeberangi polis. Aku di tempat duduk belakang bersama adik perempuanku bernama Nur Aina Hafizah dan abangku bernama Mohammad Aikal Hazryl, manakala mak dan ayah masing-masing di depan. Ketika itu gelap malam.

Ia di situ - di belakang seorang anggota polis yang sedang menjaga aliran perlahan kereta. Barangkali polis itu tidak perasan. Atau tiada siapa yang perasan. Tiada siapa yang perasan kecuali aku. Satu lembaga yang penuh dengan darah. Berambut panjang. Tangannya umpama ranting yang melambai-lambai ke arah aku. Aku tak nampak di mana matanya. Atau wajahnya - tertutup dek rambut panjangnya yang kusut-masai.

Kini giliran kereta yang aku naiki melintas polis itu. Lembaga itu merapatkan diri ke cermin lutsinar di sebelah aku dan mula mencakar cermin itu dengan tangan yang buruk mereput itu. Terbukti, ayah memang tidak nampak lembaga aneh ini. Kalau ayah nampak, sudah pasti lembaga itu sudah diherdik ayah. Ayah memang pantang cermin keretanya dicakar.

Aku hanya memandang kosong lembaga berambut kusut itu. Dalam lebih kurang 10 saat, ia berada sangat hampir dengan aku, cuma cermin lutsinar yang memisahkan kami. Tapi aku bingung pada masa itu. Kenapa cuma aku sorang yang dapat melihat makhluk kusut itu?

Bukannya aku merungut. Tapi kehadiran mereka semua ini agak mengganggu kebahagiaan dan kelapangan hidup aku. Tidak semena-mena aku rasa hidup aku agak sempit dengan sapaan dan lintasan mereka.

Sehingga saat ni, aku pendamkan tentang 'kelebihan' ini. Hanya mak dan ayah sahaja yang mengetahui tetapi mereka tidak mempercayainya malah membenci. Apabila memberitahu orang lain mereka akan memanggil aku pelik dan mula menjauhi aku. Ianya bukan satu kebanggaan atau sesuatu yang boleh ditunjuk-tunjuk. Ia bukan sesuatu yang menggembirakan pun.

***

Wajah yang terpantul dihadapan cermin itu dipandang sepi. Nur Aira Hafizah yang mempunyai wajah yang cukup sempurna kerana mempunyai alis mata yang lebat dan melentik, berkulit putih, hidung mancungnya terletak elok, manakala rambut panjang ikalnya yang cantik mengurai. Tapi sayangnya perwatakannya yang kurang bercakap dan berahsia menyebabkan dirinya sering dipinggirkan.

Pintu biliknya diketuk dan terjegul wajah abangnya, Aikal Hazryl. Wajah Aikal Hazryl tidak dipandang dan dibiarkan tanpa jawapan.

"Adik, jom turun dinner " Aikal Hazryl bersuara. Hanya Aikal Hazryl sahaja yang sudi bercakap dengannya.

Tetapi tetap tidak disahut oleh Aira malah Aira langsung tidak pandang dan dia terus berlalu melabuhkan duduknya di tepi katil.

Aikal Hazryl yang melihat adiknya hanya mengeluh perlahan.

"Abang masuk tau." Tanpa menunggu balasan dari adiknya dia terus melabuhkan duduknya disebelah Aira.

"Adik kenapa adik senyap je ni? Kalau ada masalah sharelah dengan abang. Jangan simpan sorang. Abang nak adik abang yang dulu. Periang, banyak cakap, dengar cakap dan paling penting rapat dengan abang" Kata Aikal Hazryl panjang lebar. Kini Aira Hafizah yang berusia 16 tahun berperwatakan dingin berbanding dengan Aira 7 tahun lalu yang masih lagi periang. Aikal Hazryl yang kini berusia 19 tahun risau melihat adiknya.

'Kalau adik cakap pun mesti abang jadi macam mak dengan ayah yang benci dan pinggirkan adik.' Kata Aira yang hanya terluah di dalam hati. Senyuman pahit terukir dibibirnya.

Aikal Hazryl yang melihat Aira yang tidak membalas soalannya mula rasa terpinggir.

"Tak pelah kalau tak nak cakap. Jom turun makan." Aikal Hazryl terus menarik tangan adiknya turun. Aira seperti patung hanya mengikut Aikal Hazryl yang menarik tangannya.

Tiba di meja makan Aira melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan adiknya, Aina Hafizah, manakala Aikal Hazryl melabuhkan duduk disebelah ibunya dan menghadap Aina. Aina yang melihat kakaknya hanya tersenyum untuk menyapa tetapi hampa kerana tiada balasan dari kakaknya. Hatinya sedih tetapi cuba dikawal riak wajahnya.

Jujur Aina mahukan kakaknya yang dulu. Suka dan sanggup melayan kerenahnya suatu masa dahulu. Kini dia berusia 14 tahun tidak lagi dapat merasakan kasih sayang kakaknya.

"Turun pulak makan. Ingatkan nak duduk sorang kat bilik macam tak de keluarga." Terkeluar kata sindiran maknya kepada Aira.

Tipulah Aira kata yang dia tidak terguris dengan kata ibunya. Sejak dia berumur 9 tahun dia mula dibenci oleh ibunya kerana suatu sebab yang dia tidak pasti.

"Mama, apa cakap camtu. Adik baru nak makan. Dah lah dari pagi dia tak makan." Aikal Hazryl bersuara.

"Salah dialah nak menyusahkan diri. Mama pun rasa dia ni menyusahkan." Ibunya yang bernama Puan Rina terus membidas kata anaknya. Suaminya Encik Razak membuat tidak tahu sahaja.

Sebelum perbalahan berlaku lebih lanjut Aira yang hanya menyuap sesudu dua terus berdiri dan membasuh pinggan.

Sebelum ke bilik dia sempat tersenyum sinis dan berkata kepada ibunya "Buat apa nak lahirkan Aira kalau mama sendiri tak sayang Aira".

Puan Rina hanya mencebik apabila mendengar kata anaknya seolah-olah tidak terasa dengan apa yang dikatakan Aira.

Aikal Hazryl dan Aina Hafizah hanya terkebil melihat Aira berkata begitu dihadapan mereka kerana Aira yang mereka kenal dahulu bukan seorang yang sinis. Encik Razak hanya menggeleng kepala.

Please vote. This is my first story. Hope you guys like it.

Rahsia Hati [√]Where stories live. Discover now