Bab 11 | Silam

1.7K 97 2
                                    

Bilik yang menempatkan Aira buat sementara waktu diketuk.

"Aira, mummy ajak turun makan." Suara Zakryl kedengaran di luar pintu.

"Kejap." Balas Aira sedikit kuat dan laju dia menyarungkan tudung. Pintu pantas dibuka dan kelihatan Zakryl yang berbaju t-shirt hitam dan berseluar track sedang menunggu Aira bersama dengan senyuman.

"Jom." Kata Zakryl yang terus mendahului Aira menuju ke meja makan.

Sampai di ruang makan, kelihatan Datin Syakira bersama dengan dua orang perempuan mungkin kakak dan adik Zakryl. Terdapat juga dua orang lelaki salah satunya merupakan Dato Farid.

"Sampai pun. Ryl, Aira cepat ke sini. Mummy nak kenalkan Aira dengan keluarga mummy." Kata Datin Syakira ceria. Semua mata terus tertumpu ke arah mereka berdua. Aira segera mengikut Zakryl apabila Zakryl menarik lengan bajunya.

"Panggil je uncle, ni kakak Zakryl namanya Nur Airina Zalika yang sebelah tu suaminya Tengku Adam. Tepi papa ni pulak adik Zakryl namanya Nur Airina Zakira." Terang Dato Farid ramab setelah mereka berdua melabuhkan duduk. Aira hanya tersenyum dan mengangguk. Zakryl pula sudah mula menyuap makanan sambil matanya tak lepas memandang wajah Aira.

"Hai kak Aira, umur Zakira 11 tahun." Kata Airina Zakira mesra.

'Mungkin keluarga Zakryl semuanya mesra dan ramah agaknya.' Detik Aira di dalam hati. Aira hanya senyum.

"Dah.. Dah... Makan semua. Kesian si Aira ni tak makan lagi." Datin Syakira mencelah. Mereka terus diam dan menghabiskan makanan.

Habis sahaja makan, Dato Farid, Zakryl, Airina Zakira dan Adam terus ke ruang tamu. Aira, Datin Syakira dan Airina Zalika mengemas meja makan.

"Aira, Aira okey tak?" Tanya Airina Zalika dengan wajah yang risau. Berkerut dahi Aira apabila disoal dengan soalan itu. Namun Aira tetap mengangguk sahaja.

"Tak de lah akak Zalika tanya tu sebab Zakryl dah cerita kat kami semua pasal keluarga kamu. Sebelum ni dia cuma cerita yang dia ada kawan yang cantik namanya Aira tapi tu lah pendiam dan perahsia orangnya. Pagi ni pulak tiba-tiba Zakryl call mummy cakap pasal hal ni terus Zakryl minta izin supaya kamu boleh tinggal sini. Mummy dengan uncle terus setujulah." Cerita Datin Syakira panjang lebar bersama dengan pinggan mangkuk di tangan menuju ke arah Aira dan Airina Zalika.

"Terima kasihlah da-mummy kasi tinggal kat sini. Menyusahkan mummy je." kata Aira yang hampir tersasul memanggil datin. Suaranya sedikit bergetar kerana menahan sebak.

"Ehh mana ada menyusahkan. Mummy lagi suka. Meriah sikit. Lagipun mummy suka tengok Aira dengan Zakryl. Sepadan. Comel je." Tangan wanita itu mula mengusap lembut kepala Aira. Airina Zalika sudah mula memaut bahu Aira sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan Aira di dalam keluarga mereka. Aira berasa dirinya sangat beruntung dapat mengenali Zakryl. Mereka menyambung semula kerja mengemas.

_________________

"Kak Aira, jom tidur dekat bilik Zakira." Ajak Airina Zakira. Bulat mata Zakryl apabila adiknya berkata begitu.

"Tak boleh." Kata Zakryl sedikit kuat terus mengganggu semua orang yang menonton televisyen di ruang tamu.

"Dah kenapa kamu ni Ryl." Tanya Datin Syakira yang pelik dengan suara Zakryl yang kuat tiba-tiba. Airina Zakira mempamerkan wajah pelik.

"Mana boleh. Bilik Zakira tingkat atas. Baik adik yang tidur bilik Kak Aira." Kata Zakryl dengan wajah yang berkerut.

"Amboi Ryl, mengadanya. Dia bukannya girlfriend Ryl." Kata Airina Zalika. Adik bongsu mereka mengangguk laju tanda setuju.

Rahsia Hati [√]Where stories live. Discover now