Bab 12 | Ketentuan

1.7K 98 5
                                    

Airina Zakira dan Aira terdiam melihat kehadiran Zakryl. Pucat wajah Airina Zakira melihat senyuman sinis abangnya.

"Zakira boleh terus salahkan abang Ryl kalau itu dapat legakan hati." Zakryl terus berlalu pergi dari situ. Airina Zakira sudah menundukkan wajah. Serba salah dengan abangnya.

"Biar kak Aira pergi tengok abang Ryl eah?" Aira mengusap lembut bahu Airina Zakira. Apabila melihat anggukan kecil dari Airina Zakira, Aira segera menapak ke halaman rumah untuk mencari Zakryl.

Mata Aira menangkap kelibat Zakryl yang duduk di tepi kolam sambil menjuntaikan kakinya ke dalam kolam. Aira segera menepuk bahu Zakryl bersama dengan senyuman manis.

"Hai." Tegur Aira pendek. Dia terus duduk di sebelah Zakryl tanpa dipelawa Zakryl terlebih dahulu. Zakryl hanya memandang sekilas ke arah Aira.

"Janganlah cakap macam tu dekat Zakira. Dia budak lagi. Sedih dia tau." Jelas Aira kepada Zakryl. Dia duduk bersila agar seluarnya tidak basah sambil tangan seronok mengocak air.

"Benda betul. Kenapa nak sedih." Zakryl membalas. Namun nada suaranya sangat dingin.

"Habis tu kenapa tak nak cakap dengan aku?" Tanya Aira. Wajahnya terus dipaling untuk memandang muka Zakryl. Zakryl turut memandang ke arah Aira. Tidak lama kemudian wajahnya ditundukkan semula memandang air di dalam kolam.

"Aku malu dengan kau sebab aku ni bukan lah sebaik yang orang lain selalu cakap. Aku selalu fikir kenapa dia yang pergi tapi bukan aku. Dia baik, tak macam aku. Aku cuba nak jadi macam dia. Tapi dalam masa yang sama aku takut. Takut kalau aku jadi aku yang dulu." Kata Zakryl sangat perlahan. Aira yang mendengar hanya tersenyum.

"Kau baik Zakryl. Tapi kau tak patut cakap macam tu. Andai kata arwah tau dia lagi sedih. Itu semua ketentuan Allah." Kata Aira lagi. Aira menghulurkan sekeping gambar yang dia ambil secara senyap tanpa disedari Airina Zakira sebentar tadi.

Zakryl menyambut gambar itu. Gambar itu ditenung lama. Gambar keluarganya dan abang Zaf turut serta. Gambar dipusing, terdapat tulisan tangan pada belakang gambar itu. Ya itulah tulisan tangan abang Zaf.

       “Zaf seronok sangat tengok gambar ni sebab gambar ni je yang Ryl nampak gembira dengan semua orang. Selalunya kalau dengan abang Zaf je dia gembira. Abang Zaf tahu Ryl sayangkan mummy dan daddy walaupun susah nak dengar cakap. Kalau terjadi sesuatu, jangan oernah salahkan diri dan takdir. Orang yang datang dan pergi semuanya pinjaman sekejap. Termasuk abang Zaf dan Ryl."

                          -Zafriel-

"Sorry aku amik gambar ni tanpa izin." kata Aira setelah lama mereka mendiamkan diri. Mujur Aira nampak gambar itu terlipat dan agak comot dengan dakwat prn. Zakryl masih lagi merenung tulisan itu.

"Ambil lah masa kau untuk bersendirian. Aku masuk dalam dulu." Aira yang ingin berlalu pergi terus terbantut apabila Zakryl menarik lengannya.

"Duduk sini, temankan aku kejap. Aku tak kuat nak sendiri." Kata Zakryl dengan suara yang serak. Zakryl sedikit pun tidak memandang ke arah Aira. Mungkin menahan sedih. Pegangan pada lengan Aira dilepaskan apabila Aira duduk kembali di sebelahnya. Mereka hanya diam sahaja.

_______________

Lebih kurang jam 2 petang, Humaira dan Aiman tiba di rumah Zakryl.

"Wow, besarnya villa kau Zakryl." Kata Aiman teruja.

"Villa keluarga aku, bukan aku" balas Zakryl dengan senyuman.

"Aira kau buat apa kat rumah Zakryl?" Tanya Humaira curiga.

Aira memandang Zakryl pelik. Zakryl tidak beritahukah tentang keluarganya telah membuang dirinya? Zakryl hanya tersenyum kepada Aira.

Rahsia Hati [√]Where stories live. Discover now