Bab 1

14 2 0
                                    

Hara

"Haish! Menyusahkan lah. Bae Hara.. kenapa lah awak ni cuai sangat. Dahlah gelas jatuh pastu tangan kena kaca haih." Aku membebel sendirian. Ya, mana tak. Gelas favourite aku ada gambar Doraemon jatuh, pastu tangan aku luka.

Aku dahlah malam ni sorang sorang kat rumah. Mak ayah aku akan pergi ke Australia untuk kerja. Dahlah seminggu. Aku ni dah biasa kena tinggal tapi tu lah masalahnya, pemergian mereka kali ni aku rasa macam tak sedap hati. Tapi aku tetap kena tenangkan hati ni. Fikir positif je!

Setelah selesai mencuci segala kaca dan ubat luka, aku pun duduk lah kat ruang tamu. Dahlah hujan, signal tv takdapat. Haih malang betullah! Nasib zaman sekarang dah ada smartphone. Layan Wechat je lah. Dahlah line lambat hem. Tidur sekali lah. Malas aku.

~●~●~●~●~●~

*bunyi telefon berdering*

Haih. Siapa lah telefon malam malam macam ni.

"Hah hello." Semestinya suara aku masih rock sebab baru bangun tidur.

"Ini Bae Hara ke? Anak kepada Bae Young Jae dan Han Nara?"

Siapa pulak dia ni.

"Haah ye. Ni saya Bae Hara."

"Cik kena datang ke Hospital sekarang."

"Kenapa ye?"

"Ibu bapa cik.."

"Kenapa dengan mereka?" Aku dah tak sedap hati ni.

"Maafkan kami... ibu bapa cik... dah meninggal."

Telefon jatuh.

Aku terus memakai hoodie aku dan menyarungkan seluar panjang.

Aku akan anggap berita tu tak betul. Tak betul sama sekali.

Mujurlah masih ada teksi waktu ni. Aku perlu cepat.





Dalam perjalanan, aku menelefon abangku. Iaitu Bae Jinyoung. Aku tau dia sibuk tapi aku harap dia jawab call aku.

Ha, jawab pun.

"Abang. Abang kat mana sekarang ni?"

"Abang kat restoran dengan kawan abang ni. Kenapa ye?"

"Abang kena pergi hospital sekarang jugak."

"Kenapa? Adik sakit ke?"

"Tak. Ada hal kecemasan. Sekarang please. Cepat."

Aku terus mematikan panggilan. Aku nak buat abang tertanya tanya supaya dia datang. Aku dah malas nak cakap buat masa sekarang. Aku menangis sepanjang perjalanan ke hospital.









Akhirnya, sampai jugak. Aku dahlah bawa duit sikit je. Nasib pakcik ni baik.

Aku masuk ke bangunan hospital dengan terburu buru. Aku nampak hospital sesak dengan manusia. Situasi yang merimaskan actually.

Aku terus menuju ke kaunter pertanyaan.

"Cik. Saya Bae Hara. Boleh saya tahu dimana Bae Youngjae dan Han Nara?"

For You // p.j.mWhere stories live. Discover now