👑 1 👑

2.3K 15 4
                                    

Esok? Bukan minggu depan ke sepatutnya saya masuk?" soalku tidak percaya. Ah memang tak percaya lah ni. Dalam surat kata minggu depan baru mula jadi cikgu ni kenapa nak mula esok pulak ni aduh.

"Ya memang sepatutnya minggu depan cikgu masuk sini tapi, tiba-tiba cikgu Hanim dapat cuti bersalin lebih awal dan pihak sekolah pun baru dimaklumkan semalam"

Aku jadi buntu sejenak. Habis lah aku. Mana nak dapat rumah sewa dalam masa terdekat ni? Tempat ni pun agak asing buat aku. Takkan nak duduk hotel pulak? Aduh, kontang terus beg duit aku lepas ni.
"Tapi cikgu, saya... mana saya nak dapat tempat tinggal dalam masa sesingkat ni? Takkan saya nak tidur hotel je hari-hari? Saya tak ada kawan atau saudara lain pun yang tinggal dekat-dekat sini"

Muka seposen aku tunjukkan dengan harapan cikgu Suraya ni akan kasi aku tempat tinggal free dekat sini.

"Em ok lah macam ni, cadangan saya untuk cikgu, cikgu tinggal di bilik warden asrama sekolah"

Bulat mataku memandangnya. Asrama sekolah?! Serius lah?! Dah lah aku sengsara hidup dalam asrama untuk tahun-tahun terakhir di sekolah, dan sekarang aku terpaksa kembali ke asrama?

Dengan tak ada air, panas, kadang-kadang tak ada elektrik pulak tu. Aduh adakah aku sedang bermimpi sekarang ni?

"Tapi.... "

"Cikgu ada pilihan lain ke? Kalau cikgu jadi warden sementara, cikgu masih boleh dapat elaun warden dan nanti saya maklumkan kepada pihak dewan makan untuk sediakan makanan untuk cikgu jugak. Boleh cikgu?" kali ini cikgu Suraya memandangku serius. Aku pun tengah serius lah ni. Mati katak tak agaknya kalau aku masuk asrama balik?

"Kalau cikgu tak nak...."
"Takpe cikgu, saya terima!"

Hai la nasib nak kena hadap duduk asrama lagi. Nak buat macam mana dah takde pilihan lain. Janji duit aku tak kontang. Sementara je okay. Aku mengomel sendirian.


Esoknya, semua barang yang aku rasa perlu,  aku bawa. Yang aku rasa perlu aje la tapi macam banyak sangat lah pulak. Tiba je di asrama, aku segera menuju ke bilik warden yang diberitahu oleh penyelia asrama tadi.

Boleh tahan selesa dan besar jugalah bilik ni. Takpelah sementara nak cari rumah sewa yang berdekatan, kau hadap je lah dulu tempat ni.

Ok, malam ni adalah malam pertama aku ditugaskan untuk menjaga pelajar asrama semasa prep. Rasa seronok pula tak payah pergi prep macam dulu hehe. Tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan datang kearahku.

"Cikgu, warden nak jumpa cikgu"

Mak oi, warden nak jumpa aku? Ada apa pulak lah. Takpe takpe, kau positif je lah. Mana tahu nak belanja makan roti canai ke malam ni kan?

Dengan rasa gemuruh yang menerpa jiwa, terus aje aku menuju ke pejabat asrama. Debaran di hati bukan kepalang! Jantung ni berdebar fuh kalau boleh nak melompat keluar aje gamaknya. Relax lah, jumpa warden je kot? Bukannya nak pi jumpa jodoh hehehe.

Aku hentikan langkah di sebalik pintu pejabat. Dengan lafaz bismillah aku ketuk pintu beberapa kali. Seseorang menyahut ketukan aku dan menjemput aku untuk masuk.

Dengan muka terkejut beruk, tambah pula dengan muka toya aku pandang wajah seseorang yang berada dalam pejabat ini. Ya Allah, macam tunang aku je ni? Ke memang dia? Eh tapi takkan lah, tapi muka dia pun memang nampak terkejut sangat gayanya sampai ternganga mulut. Kalau masuk lalat tu aku tak tahu lah apa jadi.

"Awak buat apa dekat sini? Kan saya kata hal perkahwinan nanti kita discuss dengan mama papa. Awak buat je pilihan, saya ikut je." katanya dengan nada yang agak tegas. Eh eh bila masa aku nak discuss hal kahwin dengan dia? Merepek je mamat ni.

"Eh awak tu yang buat apa dekat sini? Saya datang bukan nak jumpa awak. Saya nak jumpa warden asrama ni. Mana dia?" soalku geram. Ha geram lah ni. Siapa tak geram. Perasan je kita nak jumpa dia.

"Saya warden asrama ni. Ada apa?" soalnya pula. Terus bulat mataku memandangnya.

"Serious la awak warden kat sini?" soalku lagi seolah-olah tidak percaya. Ah memang tak boleh nak percaya!

"Habis, awak ingat saya main-main? Haa jangan kata awak ni warden semen....."tak habis lagi ayat dia aku pun pintas.

"Ya, memang saya warden sementara tu. Cik Qizra Sofya. Ada apa awak panggil saya?" dengan bangga aku menyatakan jawatan aku. Ha amekko.

But how?" soalnya lagi. Terus aku duduk di hadapannya tanpa dijemput.

"Eee cikgu Hanim tu lah, tiba-tiba je cuti diawalkan pulak. Tak pasal-pasal je saya kena tinggal kat dalam bilik warden tu ganti dia. Awak pun satu, tak pernah pulak awak cakap yang awak jadi warden asrama"

Entah kenapa tiba-tiba aje aku mengadu padanya. Kemudian aku memandangnya tajam. Kedua-dua mata aku kecilkan memandang wajahnya.

"Apa pandang-pandang? Cucuk biji mata tu baru tahu"

Terus aku betulkan kedudukan. Menyampah pula. Ingat kita ni nak sangat pandang muka dia?

"Bukan apa, muka awak ni........ macam kelakar pulak kalau jadi warden asrama" sengaja aku berkata begitu. Terus galak aku ketawakan dia. Muka dia macam tak percaya je tengok tunang dia gelak sampai macam ni.

"Heh, setakat muka cantik, pakai make up tebal-tebal, kasut tumit tinggi, tapi duduk kat dalam bilik warden je. Lagi kesian tahu?"

Dum! Ha amekko, kena setepek. Padu pulak ayat dia.

"Eh mana ada saya pakai make up tebal-tebal! I ni natural beauty okay?" hah perasan pulak engkau natural beauty sangat.

"Perasan. Dah lah, pergi la buat kerja tu. Semak je"

Amboi, dia kata kita ni semak pulak? Padahal tadi dia yang panggil kita. Eeee menyampahnya!

Terus aku keluar dan masuk ke bilik prep semula. Muka ni terasa panas aje. Panas dosa banyak sangat kat bakal suami kau agaknya ni. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku ya Allah. Haih masa ni lah Allah nak uji kesabaran kau.

Kau kena sabar bila dapat suami macam tu nanti. Mungkin suatu hari dia akan berubah. Mungkin.

Tengok jam dah tepat 10.30 malam. Budak-budak ni pun dah habis prep. Aku pun kembali ke bilik dan rehat sebab letih sangat dan tidur dengan lena.

Wardenku, SuamikuWhere stories live. Discover now