👑 3 👑

1K 8 0
                                    

"Sa... saya? Kenapa saya pulak yang kena masuk?" soalku. Aduh kenapa pulak pengetua ni suruh aku masuk merentas desa kategori Guru-guru pulak ni? Aku cikgu Sains kot? Bukannya cikgu PJ. Kalau suruh Iskandar masuk memang kena lah, ini dia suruh cikgu Sains yang molek macam aku ni?

"Tinggal satu je lagi tempat kosong. Kalau cikgu masuk, cikgu tetap akan dapat nombor tau. Ha hadiah sampai nombor 10 ni. Masuk lah ya cikgu? Kejap lagi cikgu pergi daftar kat tempat pendaftaran"

Aduh kenapa pengetua ni beriya-iya nak aku masuk? Tak ada cikgu lain dah ke? Aduh masalah masalah. Aku terus pergi ke tempat pendaftaran. Masuk aje lah. Bukan susah pun. Lari setakat dua ke tiga kilometer takde hal lah.

"Ha cikgu tulis nama cikgu kat sini"

Setelah menulis nama, aku lihat nama-nama yang berada di atas namaku. Jap....

Firhad Iskandar? Aduh apehal mamat tu pun masuk jugak ni? Dah lah satu masalah aku kena masuk, lepas tu kena lawan dengan dia pulak. Aduhhh

"Cikgu Iskandar ni mesti power kan lari lari macam ni?" soalku kepada Firash yang menguruskan pendaftaran ini.

"Cikgu Iskandar? Ohh dia memang power cikgu. Kalau bab sukan, dia nombor satu. Ala cikgu tak payah risau la. Kitorang semua support cikgu" semua kru-kru pendaftaran memandangku dengan yakin. Aduh macamlah aku boleh menang. Kalau aku menang sekalipun, Iskandar takkan layan aku dengan baik punya lah. Sama je.

Jap, agaknya apa benda yang boleh buat dia nampak ikhlas sikit eh? Agaknya apa benda yang boleh buat supaya dia boleh terima aku seadanya? Haih dia ingat dia tu sempurna sangat ke sampai tak boleh nak terima aku yang serba kekurangan ni?

"Kalau lah aku ada power nak putar balik masa, tak payah aku kenal dia agaknya"

"Apa dia Cik Qizra? Saya macam dengar sesuatu yang berkaitan dengan saya je" celah seseorang. Terus aku toleh kebelakang. Aduh mamat ni kan, memang dia akan ada kat mana-mana je ke? Seram pulak aku. Bila sebut sesuatu yang berkaitan dengan dia, mesti dia ada kat situ. Macam tahu tahu aje.

"Ma... mana ada. Perasan" balasku konon tak ada apa-apa. Konon lah. Tapi lelaki biasanya senang tahu bila seseorang tu tipu atau apa, lagi-lagi hantu macam Iskandar ni.

"Eh awak pun masuk merentas desa jugak?" soal Iskandar. Eh tiba-tiba je dia tanya kita baik-baik. Ni pun satu benda yang agak menyeramkan pasal Iskandar. Mood berubah-ubah. Macam orang period.

"Ye saya masuk. So what? Ala saya tahu dah yang awak akan dapat nombor satu. Saya tak nak pun nombor satu tu. Amik la amik" balasku selamber.

"Let's make a deal" cadangnya pula. Terus aku memandangnya. Ha deal apa pulak dia nak buat dengan aku kali ni?

"Deal apa?"

"Kalau awak dapat nombor satu, saya akan layan awak baik-baik. Sampai kita kahwin. After that baru saya fikir kalau saya nak terus buat baik atau jadi macam biasa" wajah yang sinis ditunjukkan kepadaku. Oh dia pandang rendah kat kita. Ok kita tengok siapa yang menang.

Semua pelajar sudah bersedia di garisan permulaan. Aku tak dapat nak berdiri di depan pula sebab pelajar terlalu ramai. Kelibat Iskandar pun aku tak nampak. Jap.... itu....

Iskandar! Depan sekali kot. Dia memang serious tak nak aku menang. Ah memang rasa tercabar!

"Hei awak! Em... Haikal?" soalku kepada seorang pelajar lelaki yang berdiri di sebelah kiriku.

"Ye saya? Kenapa cikgu?"

"Ada tips nak menang tak?" soalku. Ada tips ke eh?

"Eh, cikgu kan cikgu Sains. Bukan ke cikgu Sains lagi tahu teori nak berlari dengan betul?" soalnya pula. Ah yelah. Kau ni pun satu lah Qizra. Kau cikgu Sains. Eh tapi rasanya cikgu sukan lah yang lagi tahu kan? Alamak macam mana aku nak menang ni?

"Ala bagitahu jelah cikgu macam mana nak menang. Kalau cikgu menang nanti cikgu belanja awak makan kat luar"

Nampak sangat kau ni desperate nak menang ye Qizra hoho.

"Kalau yang saya selalu dengar, lari slow je tapi jangan berhenti. Daya tahan tu penting lah tapi kalau cikgu lari slow sangat pun tak boleh jugak... "

"Mula!"

Eh alamak dah mula dah! Aku pun terus aje berlari tanpa melihat kiri dan kanan.

.......

Takpe Qizra! Sikit lagi! Aduh ye ke sikit ni? Macam jauh lagi. Ah tak kisah lah! Yang penting mamat tu kena tunaikan janji dia! Demi perjanjian yang bahagia!

*****

"Macam nak patah? Ya Allah, baru lari berapa kilometer dah kata kaki tu nak patah. " soal ummi. Aku buat muka lembik aje memandang ummi. Ah tapi serius aku cakap rasa kaki ni macam nak patah aje tahu? Dari tulang pelvis hingga lah ke tapak kaki. Sakitnya bukan kepalang lagi. Aduh memang sakit aku cakap.

"So, ni dapat cuti ke?" soal ummi. Ah kalau dapat cuti pun sehari je lah. Dah kerja kerajaan ni payah lah sikit nak cutinya.

"Hari ni je lah cuti. Esok balik asrama sana balik" jawabku. Ah mampu kot nak bawak kereta esok? Allah, kau ni over jugak eh? Kalau nak jalan pun payah memang susah lah aku dibuatnya. Dah jadi cikgu lagi kena banyak guna tenaga kaki. Lagi-lagi kalau duduk kat sekolah yang besar macam tu. Ah habis lah.

Keesokannya, aku sudah bersiap dengan beg pakaianku. Baru aje nak ambil kunci kereta, sebuah Audi bewarna hitam berhenti di hadapan rumahku.

"Ummi, ada kawan ummi datang ke?" soalku. Tapi rasanya kalau Audi ni lelaki je yang pakai. Eh, sejak bila ummi jumpa jumpa kawan lelaki dia?

"Eh takde lah. Tu Iskandar kot?" soal ummi pula. Iskandar? Serius lah? Aku jenguk aje disebalik langsir. Apabila pintu kereta dibuka, satu figura sasa seorang lelaki keluar. Amboi, siap bercermin mata hitam lagi. Bergaya betul Iskandar ni. Selama ni aku nampak dia pakai jersey dengan track suit aje tau.

"Dia buat apa pulak datang sini?" soalku sendiri. Loceng rumah berbunyi beberapa kali. Ah semak pulak aku tengok Iskandar ni.

"Ummi pergi lah tengok. Malas pulak nak mengadap muka dia" bicaraku selamber. Aduh kalau lepas kahwin pun aku malas nak tengok muka dia macam mana? Payah ni hm

"Eh masuk lah dulu Is" pelawa ummi. Jelas kedengaran Iskandar yang ketawa kecil. Tu dia buat-buat ke ikhlas agaknya?
"Qiz, tak nak buat air ke?" soal ummi kepadaku. Aku terkejut jap. Kenapa? Dia belum jadi suami aku lagi kot? Tunang je.

"Tak nak" jawabku selamber lagi.

"Takpe lah aunty. Saya nak bawak dia pergi beli barang sikit ni. Lepas tu baru hantar dia kat asrama" katanya tenang kepada ummi. Entah kenapa hati ni rasa semacam aje bila dia cakap macam tu. Ummi pun percaya bulat-bulat aje apa dia cakap. Aku tak ada lah syak dia ni akan buat benda yang bukan-bukan cumanya dia ni perangai pelik sikit.

Sepanjang perjalanan, aku dan Iskandar hanya terdiam. Suara di corong radio yang memecahkan kesunyian. Aku duduk di belakang seperti seorang majikan. Dia pula memandu seperti seorang pemandu lah hoho. Terasa macam ma'am besar pulak.

"Awak nak bawak saya pergi mana ni? Lain macam je jalan. Awak jangan nak macam macam eh?" soalku tak puas hati.

"Cik Qizra, kalau saya nak buat semua tu sekalipun saya boleh buat lepas kita kahwin nanti. Kan saya dah cakap, saya nak bawak awak pergi beli barang je. Relax"

Aku nak relax macam mana? Dah jadi macam ni kot? Arghhh.. 👽

PS: Keep support guys! :) tq❤

Wardenku, SuamikuWhere stories live. Discover now