👑 2 👑

1.2K 6 1
                                    

"Nama saya Qizra, awak semua boleh panggil saya Qizra. Ada apa-apa soalan?"

Ok kau relax je. Semua mata memandang kearahku. Tiba-tiba jugak jantung berdegup laju. Ah bukannya kau jumpa kekasih hati kau pun!

"Umur cikgu berapa?" soal seorang pelajar perempuan kepadaku. Aku senyum sekali sebelum menjawab pertanyaannya.

"Agak-agak berapa?" sengaja aku menyoal. Tengok apa pandangan diorang kat muka kau ni.

"20?" soal seseorang. Aku senyum lagi.

"Em... nope. Teka lagi. Siapa betul.............."

"Cikgu belanja makan!" potong seseorang. Eh eh aku pulak nak kena belanja dia makan. Tapi takpe lah kalau sorang je ok kot?

"Boleh, teka lah dulu"

"25!"

"21!"

Entah kenapa bangga pulak aku bila orang teka umur aku lebih muda dari yang sebenar ni hihi.

"50"

Terus hilang senyuman di wajahku. Ewah ewah siapa yang teka umur kita 50 tu? Memang nak makan penumbuk aku ni. Aku kecilkan kedua-dua mataku mencari pemilik suara.

"Eh Cikgu Is!"

Cikgu Is? Tiba-tiba Iskandar muncul di muka pintu. Aku kecilkan mata aje memandangnya. Ok kau relax je. Nanti orang sedar pulak hubungan kau dengan dia.

"Saya nak jumpa siapa yang jadi AJK merentas desa sabtu ni kat dewan. Sekarang" katanya serius. Sempat lagi dia menjeling kearahku. Eee geram pulak aku dibuatnya! Sebelum dia cucuk biji mata aku, biar aku cucuk dulu biji mata dia!

Eeeee sabar je lah.

"Ha siapa yang terlibat tu, pergi lah"

Semua pelajar bangun, terus meninggalkan kelas dan kini...... tinggal aku sorang je?

"Eh awak! Memang satu kelas terlibat ke?" soalku kepada seorang pelajar.

"Ye lah cikgu. Kitorang semua Sains Sukan, memang semua kena jadi AJK. Ok lah cikgu, chaw dulu. Kang singa tu makan saya pulak"

Jap, singa?

*****

"Hana, memang setiap malam semua orang diam macam ni ke?" soalku kepada Hana. Hana membantu ibu bapanya di dewan makan ini.

Beratus jugak pelajar dalam bilik prep ni tapi sunyi sepi aje. Aku cuma dengar bunyi kipas usang tu aje yang kuat. Tak pun suara budak-budak ni berbisik.

"Haah. Lepas tu majority dalam ni semua nak exam tahun ni. PT3 ada, SPM pun ada. Hari-hari macam ni lah, sunyi je." jelas
Hana. Ok bagusnya budak-budak ni. Zaman aku kat asrama dulu kerja buat bising je tahu? Bersembang, lepas tu makan je kerja. Esoknya kerja sekolah tak siap jugak akhirnya.

"Tapi cikgu, ada satu benda je yang boleh buat diorang bising" tambah Hana. Aku mula beralih kearahnya semula.

"Apa dia?" soalku mahu tahu.

"Cikgu Iskandar"

Terus mataku membulat. Iskandar? Hot sangat ke dia tu? Muka masam macam minum cuka je aku tengok. Nak senyum pun payah. Ketat aje. Aduh macam mana aku nak mengadap muka ketat macam tu untuk seumur hidup aku lepas kahwin nanti?

"Hensem sangat ke dia tu?" sengaja aku soal. Entah-entah Hana ni pun dah tersangkut dengan Iskandar tu.

"Ya Allah muka dia cikgu, fuh! Ciptaan tuhan yang terindah tau"

Aku terkedu buat seketika. Err baldi please? Serious lah dia ni? Memang budak-budak ni semua mereng agaknya sebab terpikat dengan Iskandar tu.

"Ayat jangan nak over sangat eh? Saya complain kat pengetua pasal awak makan gaji buta ni ha baru tahu" cewah berlagak pulak kau. Kau pun sama je Qizra dengan dia. Patutnya pergi meronda budak kat prep tapi dok melepak pulak kat sini.

"Eh siapa yang makan gaji buta sekarang ni? Hana, pergi lap meja kat depan tu. Kotor" celah seseorang. Aduh kan dah tertangkap dah kau ha. Konon nak ugut orang sekali dengan kau kena setempek.

Hana terus bangun meninggalkan aku seorang di sini. Haish kenapa asyik aku je yang ditinggalkan ni?

"Dengan awak sekali saya report pasal makan gaji buta kat pengetua nanti. Dah, pergi round kat blok aspuri tu" dia mengarah pula. Terus laju aku memandangnya.

"Saya? Kenapa bukan awak?Bukan awak ke yang kena meronda?" soalku. Aku menjenguk blok aspuri dari dalam dewan makan ini. Aduh satu blok gelap. Lampu luar pun satu dua je yang bukak. Mana berani aku nak pergi sana!

"Ikut je cakap saya boleh tak? Saya ni ketua warden, awak tu orang bawahan je"

Eeeee dia kata kita ni orang bawahan? Dia lupa ke orang bawahan ni lah yang akan jadi isteri dia sebulan dua lagi? Ish mamat ni lah.

"Tapi dalam tu gelap...... kalau ada apa-apa nanti macam mana? Saya takut lah" aku bersuara perlahan. Bukannya berlakon ke apa tapi ni lah kenyataannya. Aku ni penakut orangnya. Ingat aku berani sangat ke nak tidur dalam bilik warden tu? Seram sejuk je ada dalam tu tau.

"Eh pergi lah sendiri. Mengada" cebiknya pula. Eeeeee geram!

Ok ok takpe. Kau pergi je. Nanti apa-apa jadi pandai-pandai lah kau nak melompat kat mana-mana ye.

p\s : Sis still baru dalam wattpad so ya sorry if cerita ni kurang menarik. I will do better chapter by chapter💟 Do support and don't forget to vote okay? 👌💖

Wardenku, SuamikuWhere stories live. Discover now