Prologue♢

96 12 5
                                    


Bushh!

Sebaldi air yang di aim ke arah seorang murid perempuan dengan tepatnya jatuh ke sasaran.
'Sabar².'Tengku Nasya Astilla menyabarkan dirinya dari perasaan marah.
Memang dari dulu,dia menjadi sasaran gegirl yang 'bijak pandai' kerana kebodohannya di dalam kelas.

Dia mengaku,walaupun dia merupakan anak Tengku Arriff Hazim yang terkenal dengan kepandaian dalam bidang apa sahaja.Perfect lah katakan.Tapi,dia pulak masa belajar memanglah fokus,tapi masuk telinga kanan keluar ikut telinga yang kiri.Nak kata dia tak usaha,dia sanggup struggle tengah² malam semata-mata nak ulangkaji untuk pelajaran esoknya.

"Hei cik kak,termenung sampai mana dah?Lubang jamban?Memang bagus lah tu.Takyah nak berangan kau dah sampai menara gading sana!" Marah Tengku Farah Syahira.Dak pandai.🌚
Mulut memang pedas tapi Tengku Nasya Astilla buat dek saja.Dah biasa.Nak balas buat apa?Bazir masa n tenaga.

"Tolonglah,aku nak balik.Nak buat cenni pun takyah la sekarang.Faham tak aku nak balik! Buli orang macam dia tu dh genius sangat,tapi akhlak ke laut!" Tengku Nasya Astilla membidas.Lantaklah apa si Farah tu nak buat,perkara yang dia fikir nak balik,makan n muraji'! Tu je yang dia fikir.

"Hei!Kau cakap macam tu macam kau tu pulak yang genius!Tolongl--" belum sempat Tengku Farah Syahira habiskan kata² dia yang memang langsung tak bermanfaat,Tengku Nasya Astilla dah cabut lari dulu.Meninggalkan Tengku Farah Syahira terpinga² marah sengsorang depan cermin.Good deed!🌚

•••

Tengku Nasya Astilla selamat mendarat ke atas katilnya selepas menunaikan solat Asar.Dia tak putus² berdoa supaya Allah SWT lapangkan dadanya supaya dia mudah terima apa yang dia belajar selama ni.Dia memikirkan apa yang selalu diingatkan oleh ayahnya.

"Kita sebagai manusia kena sabar atas setiap ujian yang Allah berikan.Akan selalu ada hikmah di sebalik ujian tersebut.Kita sebagai hamba jangan pulak mempersoalkan kenapa Allah buat semua ni.Kenapa kena kita yang diuji.Ada banyak faktor kita diuji oleh Allah SWT,antaranya Allah nak hapuskan dosa kita.Itu kan tandanya Allah sayang kita.Jadi Nasya kenalah sabar ye.Mungkin suatu hari nanti Allah sediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang Nasya ada sekarang ni."

Satu keluhan dilepaskan.Dia penat.Satu je perkataan yang dia boleh describe sekarang ni.Jadual dia sebagai murid tingkatan 4 membuatkan dia tambah runsing.Tapi alhamdulillah,keluarga dia tak pernah marah atau kecewa dengan keputusan pelajarannya.Takdir Allah.

"Nasya,jom turun minum petang sayang!" Ibunya,Tengku Amira Alisya memanggil."Baik umi!"Nasya menyahut.Dia pun keluar dari biliknya lalu menuruni anak tangga satu persatu.Taman bunga di luar rumah dituju.Kelihatan abi,umi,seorang abangnya serta kakaknya sedang duduk di stools yang disediakan .Abangnya,Tengku Amer Fairuz berusia 21 tahun dan bekerja sebagai doktor.Manakala kakaknya,Tengku Ayra Astilla berusia 20 tahun bekerja sebagai PA di sebuah syarikat.

"Heheh,Nasya lambat ke dalam sesi perjumpaan petang kali ni?"dengan tak malunya Nasya bertanya."Eh takdelah baru nak start ni."Kata abangnya dalam nada menyindir.Nasya mencebik."Hok'aloh,tak jadi la lawak hambar abang.Try again,k?"Semua ahli keluarganya ketawa.Memang Tengku Nasya Astilla lah yang menghidupkan kegembiraan keluarga mereka disebabkan dirinya yang paling bongsu.

'Syukur Ya Allah Engkau kurniakan kegembiraan di hati anakku.'Bisik hati kecil Tengku Amira Alisya,umi kesayangan Nasya.Memang seluruh keluarganya tahu akan kesedihan Nasya menghadapi hari persekolahannya yang Nasya sendiri kurang pasti sama ada kesedihan atau kegembiraan yang bakal menanti dan menjemputnya tika dirinya tiba di sekolah.

'Ya Allah Engkau tabahkanlah hatiku menempuhi hari dan ujian yang engkau telah takdirkan buatku.'
Doa Nasya.

••••

Assalamualaikum n ohayo! Ni first trial story sis jadi mungkin ada kesalahan atau typo.Minta abaikan.😅 Comment dan vote jikalau saudara atau saudari berbesar hati!😃

Life 4t SchoolWhere stories live. Discover now