Ep 10

36.4K 1.5K 23
                                    

"Mira, Miss Al ada kat dalam?" tanya Fahrin kepada pembantu peribadi ketua pegawai eksekutif syarikatnya itu.

"Ada. Encik nak jumpa Miss Al? Kejap saya inform kan,"
Mira pantas mencapai gagang telefon.

"Tak apa ... saya masuk terus je. Hal penting dari Finance ..." Ucap Fahrin.

Sudah sebulan lebih dia mulai bekerja di syarikat arwah abinya ini. Namun hubungannya dengan Aleyah sekadar majikan dan pekerja sahaja. Tetapi Fahrin cuba bersyukur. Sekurang-kurangnya hari-hari dia boleh nampak wajah Aleyah.

"Aleyah ..." Fahrin menyeru nama itu bersama senyumannya.

"Stop calling me Aleyah! We are at work. Be profesional." pantas sahaja Aleyah memintas percakapan Fahrin, suaminya sendiri.

"I'm sorry ... Miss Al, here is our reports for this month." Fahrin tersenyum kelat. Fail yang dibawanya terus saja dihulurkan.

"Okay." pendek sahaja dari Aleyah.

"May I speak to you ... not as an employee?" soal Fahrin.

"Apa kau nak?" biarpun nada berubah, namun Aleyah memberikan toleransi.

"Saya nak ajak Aleyah keluar makan, jom?" ajak Fahrin.

Aleyah memandang sekilas wajah Fahrin yang berdiri di hadapan mejanya.

"Aku dah makan."

"Kalau tak dapat hari ni, tak apa. Tapi kalau hari lain, boleh?"  Fahrin bijak mengatur langkahnya.

"Tengoklah nanti ... aku selalu busy. Hujung minggu pun aku kerja. Aku tak ada masa," acuh tak acuh saja Aleyah membalasnya.

"Saya tahu ... tapi, macam mana kita nak selesaikan masalah kita kalau awak asyik nak mengelak saja? Bagilah peluang untuk kita bincangkan semuanya." ucap Fahrin lagi.

Aleyah menghentikan tumpuannya pada kertas kerja. Fikirannya mula memproses kata-kata Fahrin itu.

'Selesaikan masalah? Bincang? Dia dah setuju ke untuk ceraikan aku?'

"Aleyah ..." Fahrin menyeru lagi nama itu dengan lembut berharap dapat memjuk hati isterinya.

"Hm, nanti kalau aku ada masa aku bagitaulah ... tapi sekarang kan masa kerja." walaupun Aleyah tidak memberikan kata putus, namun Fahrin tetap tersenyum. Sekurang-kurang Aleyah memberikan respon baik untuknya.

***

"Sayang, janji nak lunch sama-sama ... kenapa you keluar awal tadi?" Aisyah merengek manja pada kekasihnya, Afzhan.

"Sorry, sayang ... tadi ada client penting. Tak dapat nak elak. So, I keluarlah dulu," sebenarnya sengaja dia ingin mengelak. Penah sudah Afzhan melayan karenah manja Aisyah yang selalu menginginkan citarasa mewah.

Syarikat yang diberikan oleh ayahnya sudah hampir musnah olehnya sendiri. Siang malam berjoli di kelab malam. Melayani perangai gadis-gadis materialistik demi kepuasan nafsu dan duniawi. Afzhan jadi buntu apabila wang miliknya sudah semakin berkurangan. Kerja-kerja daripada syarikat besar juga banyak yang terbengkalai kerana kekurangan kos perbelanjaan.

"I lapar ni ... I tunggu sayang, kenapa tak cakap awal-awal nak jumpa client? Boleh I ikut tumpang makan," Aisyah buat-buat merajuk.

Afzhan berdecit halus, 'Aku pun tengah lapar ni. Nak bagi kau makan apa? Makanlah sendiri!'

"Kenapa you diam?" tanya Aisyah, hairan dengan sikap Afzhan yang sudah berubah sejak akhir-akhir ini. Sudah lama lelaki itu tidak membawanya keluar dan membeli belah seperti dulu.

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now