Ep 68

34K 999 36
                                    

"Tak apalah, tangan kiri okay lagi ni ... saya boleh buat sendiri,"

Aleyah cuba mengambil buah epal yang telah dikupas Fahrin dengan tangan kiri. Oleh kerana bahu kanannya terdapat tulang yang patah dan berbalut simen, agak sukar dia melakukan gerakan dibahagian kanan. Sudahlah dia menulis pun di tangan itu.

"Tak baik makan pakai tangan kiri. Sini, biar abang suapkan saja," tegas Fahrin.

Aleyah mencebik.

"Hesy ... tak nak makanlah," rajuknya. Tangan kiri diletak memeluk tangan kanan yang berbalut.

"Eleh, nak merajuk ke? Hurm, sayang nak merajuk ke?" Fahrin mencubit geram pipi Aleyah. Senyum nakal terukir.

"Dahlah. Tak nak makan." Aleyah menepis tangan Fahrin dari pipinya. Bibirnya dimuncungkan.

Fahrin menarik dagu Aleyah. Rasa lucu pula melihat rajuk isterinya itu. Perlahan-lahan dia mendekatkan wajah. Cup!

"Eh, tak malu ke? Nanti orang masuk sini." marah Aleyah. Mukanya menahan malu. Sepantas kilat Fahrin mencium bibirnya. Nasib baik hanya mereka berdua sahaja tadi.

"You mad, but you like it, huh?" usik Fahrin.

"Ma-mana ada. Tak sukalah!" dalih Aleyah.

Fahrin tertawa.

"Tuu lah ... Siapa suruh nak main merajuk-rajuk? Abang tak ada cara lain nak pujuk selain itu," balas Fahrin selamba. Teringat kali pertama dia melakukannya terhadap Aleyah yang membuatkan hubungan mereka sedikit demi sedikit bertaut kembali.

"Hah, ambik kesempatan namanya tu," balas Aleyah geram.

"Aleyah yang bagi kesempatan ..."

"Mana ada! Ish, tak sukalah, asyik abang je nak menang!" Aleyah tak puas hati.

Fahrin ketawa lagi. Sepotong buah epal disuapakan pada mulut Aleyah.

"Aaah ..."

Mahu tidak mahu Aleyah membuka juga mulutnya. Malulah nak main suap-suap ni. Macam budak kecik pula. Kata egonya.

Bukan apa, sudah hampir seminggu Fahrin menyuapkan. Rasa segan makin menebal.

"Wow ... Main sweet-sweet la kawan kita ni." tegur satu suara.

Fahrin dan Aleyah menoleh serentak. Tersenyum mereka melihat kelibat Syed Hafizi itu.

"Sibuk jelah dia ni," Balas Fahrin.

Syed Hafizi duduk di atas couch sederhana di dalam wad itu.

"Hani macam mana hari ni? Makin sihat?" tanyanya.

"Alhamdulillah ... Sakit tu masih ada, tapi taklah teruk sangat rasanya." nalas Aleyah.

"Tak apa ... Perlahan-lahan nanti, okay lah tu. Tengok cik abang tu, asyik tak lepas je nak suap itu ini. Mana tak Hani akan cepat sihat," kata Syed Hafizi sambil mengusik Fahrin yang menyuapkan buah epal kepada Aleyah lagi.

Aleyah jadi malu ditegur begitu. Fahrin berlagak selamba.

"Kau jangan jealous ehn ... Kalau nak jealous juga, carilah isteri cepat sikit. Bila entah kami nak makan nasi minyak kau ni?" Fahrin mengusik balas Syed Hafizi.

Aleyah tersedak mendengarnya. Boleh pula suaminya cakap selamba hal itu? Dahlah Syed Hafizi pernah luahkan perasaan kepadanya. Apa jenis situasi ini?

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now