Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
DUA biji panadol actifast diletakkan di dalam piring kecil LV. Entah kenapa kepala terasa amat berat sehingga dia membatalkan niat untuk menyiapkan apa-apa assignment.
Punggung dilabuhkan segera di atas sofa. Sambil memicit kepalanya yang asyik berdenyut-denyut sejak tadi, Nur sempat membelek botol vitamin Biodex pemberian Har semalam.
Masuk hari ini, dia belum bersedia lagi untuk menelan apa-apa pil cepat hamil atau ubat penyuburan rahim.
Tak. Dia tidak akan menelan apa-apa pil seperti ini walaupun banyak testimoni yang telah dipaparkan peniaga-peniaga online di dalam media sosial.
Bunyi pintu bilik tingkat atas ditutup mengejutkannya dari lamunannya sehingga dia tergesa-gesa menyembunyikan botol pil tadi ke bawah sofa.
"What are you doing here? Sekarang dah nak pukul 12. Esok ada kelas kan?"
Suara garaunya terus menerjah gegendang telinga Nur.
Har kedengaran sudah membebel seperti makcik -makcik menopos selepas menyedari isterinya belum masuk tidur lagi.
"Main phone ke? Okey, simpan phone. Esok bangun awal. Kalau tak, aku ambik balik phone tu." Tegurnya.
Nur menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket kecil baju tidur. Hasratnya ingin memberitahu Jozie bahawa dia tidak dapat turun ke kolej besok terus terbatal begitu saja.
"Tak. Saya tak dapat tidur. Saya dah cuba tapi tak dapat." Gumam Nur dengan perlaham. Anak mata dialih ke arah si suami yang sedang tercegat berdiri di depannya.
"Kenapa?"
"Saya pening."
"Ya. Mungkin sebab terkena hujan masa kem tadi. Khemah team saya terbang sebab angin."
Har melepaskan satu nafas panjang. Selepas melabukan punggung di sebelah isterinya, telapak tanganya diletakkan pada kening Nur.
"Kau demam. Kau tunggu sini. Aku nak ambil ubat demam dekat atas."
"Tak apa. Saya ada simpan untuk saya sendiri."
"Mana? Tak nampak pun."
"Ni." Kata Nur lalu menayangkan dua biji panadol di atas tapak tangannya. Wajah Har yang serius dipanah dengan rasa gerun.
"Saya tahu awak nak marah saya sebab saya degil nak ikut kem tu kan? Saya minta maaf sebab tak dengar cakap awak semalam." Teka Nur sebaik saja melihat Har terus-menerus mempamerkan kerutan pada dahi.