BAB 26

42.1K 1.8K 239
                                    

RAMBUT diramas-ramas lembut oleh kerana rasa runsing yang kian bertamu sejak tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

RAMBUT diramas-ramas lembut oleh kerana rasa runsing yang kian bertamu sejak tadi. Nafas berat dihela dan dilepaskan bebas. Masing-masing mendiamkan diri kerana masih terkejut dengan berita yang baru sahaja disampaikan oleh Har sebentar tadi.

Har melirik ke arah umi Haira yang lagi mundar-mandir di hadapannya sejak tadi. Kepalanya dipicit. Hendak ke kanan susah, hendak ke kiri apatah lagi. Semuanya jadi susut. Tidak lama lagi perkahwinan antara Har dan Hatasya akan berlangsung. Jika masalah ini akan berterusan, tarikh perkahwinan mungkin dilanjutkan.

"Umi nak Har ambil anak Har. Kita jaga dia dan jangan biarkan perempuan tu yang jaga dia. Itu anak Har dan sepatutnya Har yang jaga dia. Siapa dia nak sembunyikan hak orang? Kalau dia masih degil lagi, kita tak boleh buat apa-apa melainkan kita seret benda ni pergi mahkamah."

"What ? Umi, biarlah perempuan tu yang jaga dia. Nanti siapa yang nak jaga dia dalam rumah ni? Har dan Tasya pun tak lama lagi akan bernikah. Umi jangan cakap yang Tasya ni akan jadi ibu tiri. Oh no.. " Hatasya mula mencelah. Jika itu anak Nur bersama Har, masakan dia pula yang menjaganya? Lagipula, dia bukannya sukakan anak kecil. Dia belum bersedia lagi menjadi seorang ibu.

"Tasya, kalau Tasya berkahwin dengan Har, sekaligus anak itu anak Tasya. Automatik Tasya akan jadi ibu tiri dia. Tasya tak boleh membantah." Tekan umi Haira. Perkataan 'ibu tiri' ditekan sedalamnya.

Hatasya menghenyakkan punggungnya. Itulah umi Haira. Perlukah jika dia akan jadi ibu kepada anak orang? Atau, lebih kepada maksud mahu menyeret dia sekali ke dalam masalah ini? Sungguh dia sebal dengan setiap keputusan yang telah diputuskan oleh umi Haira. Dia tidak boleh lari. Rela dalam terpaksa! Hatasya mendengus tidak puas hati.

"Apa ni umi? Kalau budak tu anak hasil ibu tumpang abang Har dengan perempuan tu, kenapa tak biar saja perempuan yang jaga budak tu? Kenapa nak heret Tasya sekali ke dalam masalah ni? Ya, memang Tasya nak berkahwin dengan abang Har tapi tak bermakna Tasya nak terima anak orang lain? Tasya ni model. Ada kerjaya. Kalau asyik sibuk dengan anak, habislah Tasya kerjaya Tasya." Bentak Hatasya.

Dijeling si Har yang masih berdiam diri. Berharap Har akan menukar fikiran mahu mengambil anaknya kembali daripada Nur. Namun, tiada satupum respon lelaki itu mahu membatalkan segala niat.

"Kalau Tasya sayangkan Har, Tasya kena sayangkan dulu anak dia. Jangan disebabkan sikap Tasya yang degil, perkahwinan akan dibatalkan. Tasya kena sedar diri sendiri Tasya dulu. Jangan berdegil Hatasya!"

"Umi, Tasya tak akan terima anak haram itu! Tasya bukan ibu kandung dia. Malulah Tasya kalau semua kawan-kawan Tasya tahu. Berkahwin lepas tu jaga anak orang lain. Mana nak letak muka? Muka Tasya sebagai model ni kena jaga! "

𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOKWhere stories live. Discover now