Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SATU DENGUSAN kasar mulai kedengaran di mulutnya.Apa yang baru didengari tadi memang mengejutkan diri Hatasya.
Har sudah berkahwin dan perempuan itu juga sudah mengandungkan anak zuriat sepupu yang sering dipuja sejak kecil.
Lebih mengejutkan lagi Har telah bercuti ke Jeju bersama perempuan itu. Patutlah lelaki itu seperti menjauhkan diri daripadanya.
"Kenapa semua orang nak rahsiakan benda ni daripada Hatasya?Dia ingat Tasya ni apa?Sanggup belakangkan Tasya yang sudah lama kenal dia.Tasya tak akan mengalah dengan perempuan tu!"Jerit Hatasya dengan geram sekali.
Beg tangan Chanel miliknya dihempas ke atas katil.Nafasnya kedengaran naik turun.Dunia ini sangat kejam bagi dia.
Dia yang sudah mengenali abang sepupunya itu sejak azali lagi masakan perempuan yang tidak tahu asal usul boleh mendirikan rumah tangga dengan Har?
"Bercuti di Jeju?Dia berguraukah?"Tasya masih tidak percaya. Pinggang dicekak.
"Umi dah lama tahu benda ni."
"Habis tu kenapa Umi nak berahsia dengan Tasya juga?"
"Umi minta maaf Tasya.Tak apa.Umi tahu yang dia akan balik lagi dengan umi.Umi yakin.Kalau suatu hari nanti dia balik lagi dengan kita,umi akan tolong tepuk tangan saja.Dia dengan perempuan tu tak boleh bersatu."Cetus Umi Haira.
Hatasya menarik geram cadar tilamnya untuk melampiaskan segala amarahnya.Buku-buku diatas meja ditepis ke bawah.
"Tasya tak akan diam umi.Tasya tak nak Har dengan perempuan lain.Walau apa cara sekalipun,Tasya akan dapatkan Har balik!"Bentak Hatasya.
Hatasya cekak kasar rambutnya ke belakang.Air mata marah,sedih dan kecewa bercucuran menelurusi pipi. Har milik dia sejak kecil.
Apa yang diimpikan selama ini separuh punah.Dia mesti dapatkan balik apa yang telah punah.Umi Haira melangkah ke arahnya.Lantas,satu pelukan diberi kepada Hatasya.
"Tak apa sayang.Umi yakin Har akan balik lagi dengan kita.Satu hari nanti dia akan benci dengan perempuan tu.Dia akan balik lagi dengan kita."
*****
JEJU .Angin malam amat kuat. Mereka sama-sama menikmati angin malam yang semakin kuat menghembus ke arah mereka.
"Har,awak selalu datang sini?"
"Tak. Kali terakhir aku pergi sini dengan arwah papa. Umur aku masa tu kira-kira lima tahun."
Nur mengangguk kepalanya.
"Jadi,selepas papa awak meninggal awak tinggal dengan siapa?Awak mesti rindukan tempat ni kan?"
"Tinggal dengan umi.Rindu?Mungkin ada."
Nur kerut dahinya. Wajah Har ditatap.
"Tinggal dengan umi?Selama ni,awak tak pernah pun ceritakan dekat saya pasal umi awak."