PULANG

348 7 0
                                    

Pulang
Pulang dari pejabat, aku terus tidur di atas sofa. Penat seharian bekerja di pejabat. Jam 7.30 kedegaran azan magrid dilaungkan.

"Aduhai" aku mengeluh
Tok...tok...tok.."Adam buka pintu ibu dah balik ni"
Aku naik tangga untuk ke bilik ku tanpa hiraukan ketukan di pintu, malas aku mahu melayan..

"Ehh..takpa ibu ada kunci rumah..ibu lupa"
Aku terus masuk ke dalam bilik dan kunci pintu

"Aku tak mahu diganggu"

Geleng kepala si ibu melihat perangai si anak.
Selepas mandi dan solat magrid kedengaran ibu memanggil ku

"Adam.. Mari makan.. Ibu dah masak ni"

Aku membisu.

"Adam jangan buat camni nak... Mari la makan" kata ibu sambil mengetuk pintu bilik adam

"Jangan ganggu aku la" jerik ku... Kesabaranku semankin nipis ...

"Kenapa kau buat begini pada ibu. Dah hampir setahun kau berkelakuan begini ..apa salah ibu nak..." Suara ibu kedengaran sayu. Sedih diperlakukan begitu.

Aku segera memakai hearphone..malas mahu dengar suaranya.. Selepas solat isyak aku mahu tidur!

6.20 pagi terdengar ketukan pada pintu bilik.
"Adam..kenapa kau berubah sikap.. Sampai hati kau buat begini pada ibu.. Apa salah ibu.. Huhuuu..." Hambir 5 minit ibu menangis dihadapan bilikku..

"Takpalah nak ibu pergi kerja dulu.. Nanti ibu pulang ya.. Ibu masak masakan kesukaan kau"

"Huh.. Kau bukan ibu aku.. Ibu aku sudah mati setahun lalu la setan!!"

Kedengaran azan subuh berkumandang.
Aku buka pintu bilik. 'Ibu' dah tiada! Nanti magrid dia pulang lagi!

creepy pasta malaysiaWhere stories live. Discover now