Bab 1 - Motor Rosak

56.9K 194 0
                                    

Ni aku nak citer sikit kisah buah hati aku yg pertama, tapi yang tu pun yang aku ade.

Mase tu aku tengah tunggu result STPM, tengah tanam anggur le tu. Aku nak kerja kat bandar tapi bapak aku tak kasi, kena tolong dia kat kebun sawit, 3 ekar aje. Mase sekolah pun memang aku tolong dia pun, memang dah hidup kami macam tuu.

Kat kampung aku ade awek cun, nama dia Ida, body solid, senyum manis, kulit cerah sikit aje dari aku yg dah nak macam mamak ni. Dia sekolah sama ngan aku, masa tu dia nak ambil SPM. Memang pun aku dok syok kat dia, tapi boleh setakat cakap-cakap biasa aje, jiran aku selang 2 rumah aje.

Satu pagi tu, masa aku keluar nak ke kebun, aku tengok dia jalan kaki. Selalunya dia naik motor ke sekolah. Aku pun slow bila sampai kat dia, "Apasal Ida jalan kaki ni."

"Motor rosak." Dia jawab, macam biasa.

"Jom aku antar."

"Tak payah ler. Dah dekat pun." Memang ler dekat, dengan simpang kampung kami, dengan sekolah jauh lagi. Nak tunggu bas, siap ler pukul lapan baru sampai.

"Mana ada bas dah le ni. Jom aku antor kat sekolah."

"Helmet?"

"Ala.... Aku cari ler."

Dia naik, pegang bahu aku. Aku singgah pinjam 2 helmet dari kedai member tepi simpang tu dan antar dia terus ke sekolah, lebih kurang lima kilo dari situ.

Petang tu aku pegi rumah dia, nengok motor dia yg rosak tu, nak tengok dia sama. Bapak dia pegi Mekah, tinggal mak ngan adik2 pompuan dua orang aje. Biasa dah kami tolong nolong kat kampung, dia naik motor aku pun tak heran, kalau bukan aku, orang lain akan tumpangkan. Cuma spark plak aje, aku tukar yang baru, memang dia ada spare pun. Petang tu aku tengok dia naik motor pegi sekolah, babai lagi kat aku kat tepi jalan. Aku seronok abis.

Pagi besok nyer dia jalan kaki lagi.

"Apasal plak?"

"Motor mak takde angin." Mak dia pun pakai motor pi kebun, angkut kelapa sawit. Kalo takde motor kat sini, satu kerja pun tak boleh buat.

"Jom le, aku antor." Kali ni dia terus naik. Kali ni terasa badan dia sentuh sikit2 masa aku koner2 elak lubang. "Nak aku amek ke nanti?" Aku pelawa diri. Memang takde kerja pun tengah hari.

"Tak payah ler. Terima kasih ye Dan." Dier senyum kat aku.

Yang TeristimewaWhere stories live. Discover now