Tetapi bila masuk pertengahan tahun lepas, aku ditahun tiga, dia ditahun dua, sibuknya semakin menjadi2. Untuk berhubung dengan telefon pun sudah tiada masa, cuma sempat mengucap kata rindu saja yang sudah terasa hambar dan menghampakan aku. Sudah tiada cumbu mesra dan kata cinta, sudah tiada danau kasih yang menunggu. Nampaknya bait2 madah yang dilakar dalam lagu Rindu Serindu Rindunya yang aku laung2kan itu menjadi nyata kepadaku.
Dan dibulan Disember lepas, hanya pada malam Raya Aidilfitri saja baru dia sampai, turun dari kereta Accord, yang besoknya baru aku tau kepunyaan Harun, anak Mak Tam Minah. Ketika itu aku sedang bersembang dengan mak dan ayah diberanda, nampak dia mengangkut banyak barang2 masuk kerumahnya. Mak dan ayah tidak terkata apa bila aku mintak diri masuk kedalam. Memang hatiku tersentuh, lemah anggotaku.
Sehari raya tu aku merayau dari rumah kerumah kawan, aku mau lari dari memandang bumbung rumahnya. Tapi tak kesudahan, pukul 6.00 petang aku balik juga, tanpa memandang pun kerumahnya, bertumpu sepenuh hatiku ke lorong masuk rumahku. Mak Teh memanggil namaku dari jauh sambil menggamit. Mak yang sedang melayan tetamu diruang tamu pun menjenguk dipintu. Dia memandang kepadaku yang serba salah tanpa sepatah kata. Aku pasti semua yang ada sekitar situ mendengar panggilannya itu. Aku melangkah perlahan menuju rumahnya, tiada pilihan lagi buatku, aku tidak mahu berkurang ajar. Kereta biru metalik itu sudah ada didepan rumah.
Diketika itu juga keluarganya semua keluar, termasuk Pak Teh dan Harun. Mereka semua bersalaman, dan Harun juga bersalam denganku, menasihati aku belajar kuat2 disemester akhir ni. Aku angguk.
"Ida kene balik dulu Dan." Aku angguk. Wajahnya kabur dek air yang bergenang dimataku.
"Dia balik pun tumpang Harun ni." Tambah Mak Teh. Aku terasa jauh sekali, terasing.
Dan kereta baru tu terus meluncur meninggalkan kami. Aku beralih untuk pulang kerumahku. Sebak dadaku sudah tak tertahan lagi. Perit sekali untuk meneguk air liurku sendiri.
"Masuk dulu Dan, kamu belum beraya lagi kat rumah Mak Teh."
"Besok saye datang." Suaraku terketar2.
"Kenape ni Dan?" Mak Teh cuba memujuk.
"Die dah banyak berubah. Bercakap pun due tige patah aje." Aku melepas geram.
"Dier segan le tu depan Harun."
"Memang." Aku menarik nafas. "Dulu depan mak bapak dier pun tak segan, hari ni depan orang tu dier segan. Takpe le Mak Teh, saye dah tau semuanya, saye pun tak kisah dah kat dier. Saye balik dulu." Pak Teh hanya memandang, tidak terkata apa2.
Malam itu ayah sendiri panggil aku turun. Pak Teh sudah sudah berada diberanda, mereka baru balik dari surau.
"Dan, Pak Teh harap Dan tak marah Pak Teh nak tanye ni, untuk kebaikan kite semue jugak. Pak Teh pun susah hati tentang perangai Ida skarang ni. Nak balik sini pun payah. Tambah lagi bile tengok Dan sendiri macam ni, lagi Pak Teh susah hati. Dan tolong criter kat Pak Teh ape yang dah jadi, yang Dan cakap Dan tau semue tadi. Tolong le Dan, Ida tu anak Pak Teh. Pak Teh tak boleh tengok gitu aje."
"Criter le Dan ape yang Dan tau. Elok kite pebetul awe2 ni. Ayah sendiri pun risau tengok kamu." Ayah pula memujuk.
"Tak ayah, Dan takde ape2. Jangan riso le tentang Dan. Kami pun dah lame ikut jalan masing2. Cume bila nampak dier aje hati Dan terusik sikit."
"Kamu bergaduh dengan Ida, Dan?" Emak menyampuk.
"Kami tak bergaduh mak, cume masing2 sibuk. Dah takde mase bejumpe, takde mase bercakap kat telefon, takde mase nak anto e-mel. Tapi bior le, dier yang nak macam tu. Dan pun ade keje lain yang lebih mustahak. Perikse pun dah dekat benor. Itu aje yang mustahak bagi Dan skarang ni." Aku memandang Pak Teh, "tak payah le Pak Teh nak marah2 dier, nanti ganggu pelajaran dier plak."
YOU ARE READING
Yang Teristimewa
General FictionSatu pagi tu, masa aku keluar nak ke kebun, aku tengok dia jalan kaki. Selalunya dia naik motor ke sekolah. Aku pun slow bila sampai kat dia, "Apasal Ida jalan kaki ni." "Motor rosak." Dia jawab, macam biasa. "Jom aku antar." "Tak payah ler. Dah dek...