Prolog

289 18 8
                                    

Petang yang hening buat aku telah bertukar menjadi mimpi ngeri apabila ketika dia sedang berlumba motor tiba tiba dia terlanggar batu."Sudahlah langgar batu ! Kaki melecet ! Jatuh parit pula ! Ini memang jatuh ditimpa tangga ni !"Omel aku sendiri.Kalau abah tahu aku jatuh ni,bukannya abah rawat tapi ditambah pula dengan rotan setebal dua inci.

"Wei Mai,kau okay tak ? Nak aku call abah kau tak ?"Tanya Tengku Qudin atau lebih diselesa dipanggil Qudin prihatin.

"Eh kau ! Tak payah nak gedik ! Nanti aku kena tibai dengan abah.Kau nak ke kawan kau yang lawa lagi jelita ni kena tibai ?"Gurau aku.Qudin ni kalau dibiarnya dia call abah,mahu meninggal aku malam ni juga sebab kena tibai dengan abah.Mestilah ! Perempuan yang baik akan sentiasa duduk rumah dan bersopan santun.Bukan macam aku !Dahlah kasar,kaki rayap pula !

Aku terus bangkit dari jatuhnya lalu menolak motornya ke tempat Qudin,Meen dan Tengku Wafaa lepak.Qudin hanya mengekori aku dari belakang sambil menggelengkan kepala.

"Mai,kau okay ke ? Woi Qudin ! Aku suruh kau jaga Mai elok-elokkan ?Kau tengok kaki dia dah berdarah.Aku nak jawab apa dengan Nek Midah ? Ni kira okay lagi dengan Nek Midah,kalau dengan Pakcik Pa'an macam mana ?Tempah bala betullah kau ni Qudin."Bebel Meen panjang lebar.Nasib baiklah dia kira kamceng dengan Nek Midah.

"Ala kau jangan risaulah.Nanti pandai-pandai aku cover.Tapi,kalau dengan abah aku,kauorang diam tau.Don't say anything okay ?"Pinta aku kepada Qudin dengan Meen.

Memang sudah menjadi rutin buat aku,Qudin,Meen dan Tengku Wafaa untuk melepak di tepi sungai yang terdapat berdekatan dengan hutan pada waktu cuti memandangkan mereka semua masih bersekolah.Pada waktu malam mereka sering berada di sini untuk bermain gitar dan main badminton.Maklumlah sesi pagi kan balik pukul 12 lebih.Tahun ini juga tahun terakhir mereka berada di Meta Luca Private School.Akan tetapi baru-baru ini Tengku Wafaa jarang dapat menyertai mereka kerana dia pergi ke England untuk mengambil sepupunya.

"Weh,aku gerak dululah.Aku nak jumpa nenek sekejap."Kata aku selamba.

"Okay,jumpa esok kat sekolah.Boleh jalan tak ?"Meen bertanya dengan penuh resah.Manakala Qudin hanya melihat sambil menggelengkan kepala.

Sesudah aku hilang dari pandangan mereka.Secara tidak semena-mena meletus satu soalan dari mulut Qudin.

"Sayang juga kau dekat dia ya ?"Duga Qudin.

"Erkk."Meen hanya terdiam apabila mendengar soalan itu.'Sayangkah aku dekat Maisarah ?'Hatinya mendesah.

"Oi !Mengelamun !Tak nak balik ke ?"Qudin menjerit kepada Meen yang seperti sudah terbang ke Planet Pluto.Apabila tidak diendahkan,Qudin meninggalkan Meen sendirian termangu-mangu disitu.


...

Kaki aku yang terhincut hincut semakin mendekati pintu pagar Nek Midah,dia lihat kasut Kak Husni ada,selipar Nek Midah pun ada,tapi ada satu lagi kasut sukan tidak aku kenali.'Siapa ni ?'Teka hatinya.

"Assalammualaikum..nenek,Mai dah balik !"Kedengaran salam aku disahut oleh suara tua yang menenangkan hati dan jiwa aku.

"Waalaikumsalam..Ha tahu pun hang nak balik ! Hang ni dari mana kaki darah darah ni ? Berapa kali nenek nak habaq kat hang..Jangan main motor,hang tu perempuan bukan lelaki !Sarah,Sarah nenek tak tahu lah apa nak jadi dengan hang ni.Dengan bau longkang hang tu dah dah hang pi mandi !"Ha,dah bebel dah nenek aku ni.Kalau tak buat apa yang nenek suruh memang tak berhenti bebelnya.

"Nek,Mai baru jatuh motorlah.Bukannya Mai pi berlumba.Mai nak pi mandilah ni tapi nenek tahan duk bebel bebel kat Mai dah tu macam mana Mai nak mandi hehehe..Lagi satu nek,panggil Mai bukan Sarah."

"Banyaklah hang ni ! Ha ni apa dia lagi ni ? Hang dah solat belum ? Aku piat telinga hang baru tahu !Dah pi solat aku piat telinga hang baru tahu !"Nek Midah bebel lagi.

Aku hanya berlalu sambil tersengih sengih.Bila aku masuk dalam rumah aku nampak seorang jejaka yang tidak kurang handsome pandang aku atas bawah.Mungkin sebab aku sekarang ni dalam keadaan selekeh,baju aku yang berbau longkang ni aku pandang.'Omaigad !Baju aku melekat betul betul dengan badan aku'Hati aku mengomel.

"Kau pandang apa ?Aku sepak kau baru tahu !"Aku jerkah mamat tu.Siap jegil mata lagi.Haha.

"Sarah !Nenek suruh pergi mandikan ?!.Eh Hafiq,maaf ya ?Cucu nenek ni gurau je."Nek Midah memohon ampun dari mamat nama Hafiq tu.Sebab apa pun aku tak tahu.

Aku berlalu masuk bilik untuk membersihkan diri dan solat.Sesudah solat,aku bercadang nak baring sekejap.Tiba tiba tertidur pulak.Haha.

Dalam hati Hafiq dah berkata kata.'Pergh !Lawa tu.Jadi girlfriend aku ni memang untung !'.Apa yang Nek Midah bualkan dengan dia sudah tidak didengari lagi.Hanya kerana dia sedang memikirkan gadis yang bermata ungu terang dan berambut ungu kehijauan sebentar tadi.

Dia Milik Akulah!Where stories live. Discover now