Bab 6

69 6 0
                                    

Haikal memasuki wad pesakit mental yang menempatkan aku dengan bergaya,jururawat manis yang tersenyum ke arahnya tidak dihiraukan.Apabila kakinya kian tiba ke wad aku,tiba tiba dia tersedar yang dia akan menyoal orang gila.Entah betul atau tidak cerita yang akan diberitahu sebentar lagi.

Pintu wad diketuk perlahan,bila tiada respon daripada aku.Haikal tahu ini akan menjadu sukar,Haikal masuk secara senyap kerana aku ketika itu sedang memintal rambut aku yang baru sahaja disikat oleh jururawat sebentar tadi.Seingat Haikal,Dr.Azila beritahunya aku belum gila sepenuhnya namun aku ditahap kritikal dan aku masih lagi tertekan.

"Hai Maisarah,saya Inspektor Haikal."Ujar Haikal berhati hati.Bimbang aku akan mengamuk secara tiba tiba.

"Kau islam ke kafir?.Salam kau mana ?Waalaikumsalam"Balas aku pedas,menyampah.'Apa mamat ni nak?Dah lah tak handsome macam Meen,lepas tu kafir.Hm entahlah.'Aku membebel dalam hati.

'Erk..'Terdiam terus Haikal bila tiba tiba aku bercakap macam orang waras.Haikal cuba berlagak tenang.

Aku hanya memandang wajah hodoh Haikal tanpa minat.Aku masih menunggu bicara Haikal.Haikal pula sudah tidak tentu arah apabila aku hanya merenungnya sambil mendiamkan diri.

"Awak kenal cikgu Hafiq tak ?"Haikal menggunakan cara berkomunikasi dengan lebih lembut.Pandangan tanpa minat aku telah berubah menjadi pandangan yang menggambarkan kebencian yang teramat apabila mendengar nama Hafiq.

"Huh!!"Rengus aku kasar.Aku menggelengkan kepala beberapa kali untuk mengusir bayangan ngeri yang berulang tayang di fikiranku.

"Awak kenal tak ?"Desak Hafiq.

"Kenal."Pendek sahaja jawapan aku.Tadi aku hanya bersandar di kepala katil,kini aku memeluk lutut dan menggerakkan badanku kedepan dan kebelakang.

"Dia siapa ?Kenapa awak pukul dia ?"Haikal mula resah melihat keadaan aku sekarang ini.Namun,masih ditanya soalannya.

"Dia...dia...dia jantan tak guna! Gatal!Aku benci dia!"Aku mula berasa marah dan geram,apabila aku teringat apa yang Hafiq cuba lakukan terhadap aku.

"Okay,kenapa awak bunuh Suraya?"Haikal mengubah soalan dengan lembut.

"Hahahahahahaha!!Kalau kau nak tahu,dia dengan Hafiq perangainya sama!!Dua dua cuba sakitkan hati aku!"Jika tadi aku ketawa,kini aku tersedu sedu.

"Eh!Awak jangan menangis.Boleh awak bagitahu kenapa mereka cuba sakitkan hati awak ?"Soal Haikal resah.Haikal mula tak sedap hati bila aku dah mula menangis.

Aku merenung Haikal dengan pandangan  maut sebelum berkata dengan lantang.Air mata dilap dengan tangan.

"Kalau kau nak tahu,kau pergilah tanya Hafiq atau pergi korek kubur Suraya lepas itu kau tanya mayat reput Suraya tu !Tak payah tanya aku!Tak guna!Hahahahaha!!"Tanpa angin tanpa ribut,aku tiba tiba mengamuk.Dan semakin meresahkan fikiran Haikal.

"Dah!Kau berambus!Aku tak nak tengok muka kau!Berambus aku kata!"Jerit aku lagi.Dan aku kian hilang kawalan lalu ingin menendang nendang Haikal.

Haikal terpaksa memanggil jururawat yang bertugas dan memberikan penenang kepada aku.Disebabkan itu,Haikal perlu pergi dari situ.

Tanpa disedari ditubir mata aku mengalir lagi air mata yang ditahan tahan sedari tadi.Aku berasa amat tertekan dengan keadaan diri aku sekarang ini.Aku boleh digelar pembunuh kerana aku telah membunuh seorang gadis.Namun disebabkan aku mempunyai masalah mental,aku bakal dilepaskan.Sesungguhnya aku sendiri tidak sedar yang aku sudah membunuh Suraya.

Aku mengetahui perkara ini daripada perbualan Meen dan Zarul yang aku curi dengar.Aku juga curi dengar yang Zarul nak biayai kos rawatan mental aku.Zarul nak hantar aku berubat ke suatu tempat.Dimanakah tempatnya aku tidak pasti kerana aku tak dengar dengan jelas.

...

C

ukup seminggu aku di hospital,Qudin dan Tengku Wafaa datang melawat aku.Sebelum ini,Meen dan Zarul selalu datang untuk berbual bual dengan aku tetapi aku sendiri yang menghalau mereka.Tengku Wafaa menangis apabila melihat keadaan aku,aku sendiri pelik sebab aku seolah olah macam pernah lihat muka Tengku Wafaa tapi entah dimana.

"Kau siapa?"Bila aku tanya soalan itu kat Tengku Wafaa,makin kuat pula Tengku Wafaa menangis.

"Kenapa dengan Mai ?"Tengku Wafaa menujukan soalan tersebut kepada Qudin.Qudin serba salah untuk menjawab soalan tersebut kerana Dr.Azila tidak ada pula berkata apa apa tentang hilang ingatan.

"Kau janganlah nangis,aku gurau aje tadi.Saja nak tengok kau sayang aku ke tak."Ujar aku selamba,langsung tak rasa bersalah sebab dah buat Tengku Wafaa menangis.Hah padan muka.

"Kau jangan buat macamtu lagi!Aku sayang kau sangat tahu!Kau dah macam adik aku dah."Sambil menepuk bahu kiri aku,Tengku Wafaa berkata.Tiba tiba aku mengaduh kesakitan.

"Aduh!Sakitlah bodoh!"Aku marah Tengku Wafaa sebab dia tepuk bahu kiri aku yang cedera tu.Sakitlah!

"Eh,sejak bila lembik ni ?Aku tepuk perlahan aje."Tengku Wafaa pelik.Tiba tiba sahaja aku berubah emosi,aku mengerutkan kening kerana terlampau sakit.

"Hey,aku cakap sakit,sakitlah!Kau berambus dari sini!"Aku jerit kat Tengku Wafaa.Qudin dah panik bila aku tiba tiba mengamuk.

Kaki aku dah menendang kaki Tengku Wafaa sehinggakan dia terjelepok jatuh,aku hanya gelak melihat Tengku Wafaa jatuh.Jujur ketika itu,aku tidak sedar apa yang aku lakukan.Qudin cepat cepat membantu Tengku Wafaa bangun dan memimpin dia keluar.Kemudian Qudin masuk balik dalam wad aku,aku rasa sebab nak marah aku.

"Kau ni dah kenapa?Kaki dia dah terseliuh tahu?"Aku dah agak dah.Qudin mesti marah aku sebab dah cederakan awek dia.

"Kata kat Wafaa,sejak bila lembik ni ?Aku tendang perlahan aje.Lepas tu kau boleh berambus!"Aku mula gelisah,tiba tiba aku gelak kemudian aku menangis.Qudin dah lari pergi panggil jururawat.

Aku tengok Meen dengan Zarul datang dengan muka resah.Tiba tiba Zarul datang ke arah aku dan ajak aku berbual.Aku hanya memandang ke arah Zarul yang tinggi lampai itu.

"Mai,lepas ini awak akan sembuh.Adik saya akan bawa awak pergi berubat jauh jauh."Pujuk Zarul.Aku tahu Zarul nak tenangkan aku,sebab hanya Zarul dengan Meen sahaja yang boleh berinteraksi secara baik dengan aku.Jadi aku turutkan sahaja rentak Zarul itu.

"Yeay!Lepas ni aku akan sembuhlah ya Zarul ?"Aku bertanya tanda tidak percaya.Mata aku turut bersinar kerana keterujaan.Padahal baru aje sebentar tadi aku marah marah,lepas tu gelak,lepas tu menangis.

Jururawat yang datang pelik bila tengok keadaan aku yang baik baik sahaja kerana tadi Qudin beritahu dia yang aku sedang mengamuk.Diluar wad pula,Meen berbual dengan Qudin sementara Zarul menemani aku.

"Qudin,aku nak minta maaf apa yang Mai buat kat Wafaa.Tadi aku nampak dia tendang Wafaa tadi,kaki Wafaa terseliuhkan ?"Meen cuba menjadi prihatin.

"Tak apa,aku faham yang Mai tengah sakit sekarang ni.Nanti aku explain dekat Wafaa tentang condition Mai sekarang ni."Qudin sememangnya seorang rakan yang amat memahami kerana itulah dia disenangi ramai.

Kedatangan Zarul memberhentikan perbualan mereka secara automatik.Muka Zarul yang gembira itu menimbulkan tanda tanya difikiran Qudin dan Meen.

"Mai setuju nak pergi berubat !"Sambil tersenyum sampai telinga,Zarul mengatakan berita gembira yang baru diperolehi olehnya.Meen dan Qudin sudah memanjat kesyukuran yang tidak terhingga kerana selepas ini,mereka akan memperoleh semula rakan mereka yang telah hilang.


Dia Milik Akulah!Where stories live. Discover now