Bab 1

175 12 2
                                    

Kringgg!!!Loceng rehat sekolah berbunyi seiring dengan perut yang sedari tadi minta diisi.Aku yang sedang makan bersama Meen dan Qudin di kantin sekolah tiba tiba teringat akan perkara yang berlaku antara aku dan Farhan semalam.

"Ajim,kau kenapa?Nak tampar tampar aku kenapa?Aku tak buat apa apa pun kan ?!"Aku jerit kat Azim.Tak puas hati,pipi kiriku yang pedih diusap perlahan.

"Aku kenapa kau tanya?!Kau tengok apa kau dah buat!Rosak baju aku!Baju aku mahal tahu tak?Anak pungut macam kau tak mampu nak ganti!"Azim jerit balik kat aku.Merah mukanya tahan geram.

"Hey,boleh cucikan?Sah tak belajar pandai pandai dulu!Itulah dulu suruh belajar, gatal..."Tak sempat aku nak habiskan ayat aku,pipi kanan aku rasa pedih akibat dari tamparan Farhan.

"Kau ni memang tak ada adab ya?Itu abang kau kan?!Oh,aku lupa.Kau ni anak tak sah taraf,anak angkat dalam keluarga ni!Itu bukan abang kau!Sebab tu kau biadap dengan dia kan?Betina jalang manalah yang lahirkan kau kan?Mesti dia menyesal sebab lahirkan anak pungut tak sah taraf macam kau ni!"Habis aje Farhan maki aku,dia beredar.Aku waktu itu sudah menangis tersedu sedu.

Aku tak berhenti menangis lagi sebab kata kata dan tamparan yang aku dapat hari ini.Tadi pipi kirinya kena tampar dengan Azim,kini pipi kanannya pula ditampar oleh Farhan.'Huh!Bapa borek anak rintik,dua dua tampar aku.Dua dua sakit!'Omel hati aku.Tanpaku sedari air mataku mengalir dan sekaligus menarik perhatian Meen dan Qudin.

"Hey,are you okay?"Qudin tanya.Ringkas

"Aku okay,just mata aku hujan aje."Aku cuba buat lawak sebab tak mahu Meen dan Qudin tanya lagi.Tapi diaorang tak gelak pun.Aku bukan apa,aku tak mahu menyusahkan mereka.Cukuplah aku dah susahkan Meen seorang dengan segala masalah aku.Takkan aku nak babitkan Qudin sekali.Akhirnya aku tersengih sengih.

"Okay,apa apa ajelah.Eh,ada lagi 45 minit ni.Aku pergi jalan jalanlah.Wafaa tak ada bosan aku harini.Haha"Qudin berjenaka lalu beredar dari tempatnya.Kini,cuma tinggal aku dan Meen.Agak janggal keadaannya.

"Mai,aku nak cakap sikit ni."Pinta Meen,mendatar.

"Apa yang kau nak cakap tu ?"Soal aku.Kentang goreng yang berada dihadapannya disumbatkan kedalam mulut.Sambil mengunyah aku tengok muka Meen,lepas itu aku jongketkan kening kanan aku.

"Kenapa tadi aku nampak kau menangis dalam kelas ?Kemudian tadi kenapa kau menangis?Kau sakit ke?Kau rindu mak kau ya?"Soalan berbalas soalan.

"Eh eh,itu bukan cakap.Itu tanyalah"Aku cuba mengelak dari menjawab soalan tu.Cukuplah.Dah banyak rahsia dan masalah aku yang diceritakan pada Meen.

"Ah,sama ajelah.Jawab soalan akulah!Kenapa kau menangis?"Meen mencuba lagi buat kali yang kedua,cuma kali ini lebih lembut.

"Err...Aku.."Baru sahaja aku ingin menjawab soalan Meen,tiba tiba Suraya memotong percakapannya.Suraya mana?Yang tergedik gedik dekat semua jantan tu lah!Kalau boleh cikgu cikgu yang ada dekat Meta Luca Private School ni semua dia nak goda.Ayah dia Dato' kan?Banyak jasa pula tu.No wonderlah semua orang takut dengan dia.Huh!

"Hey,anak pungut!Tak sedar diri ke ?Meen ni layak untuk aku aje.Bukan anak pungut macam kau!Entah anak betina jalang mana entah!Tak ada bapa!Aunty Zurinda meninggal sebab dah tak larat nak jaga anak betina jalang macam kau ni!"Jerit Suraya diikuti dengan gelak tawa syaitan dari Putri dan Balqis.Suara lantang Suraya telah menarik beberapa pasang mata agar memandang ke arah meja mereka.

"Kau ni Suraya.Oppss..Hantu raya!Patutlah dari sebatu aku dah bau longkang,rupanya dari mulut kau tu!Kau ingat kau anak Dato',aku takut huh?Salah oranglah!"Jerit aku semula.

"Anak pungut!"Gerutu Suraya sambil mengambil secawan air sirap lemon diatas meja dan ingin disimbah kat aku,tetapi belum sempat Suraya buat begitu,Meen dah halang tangan Suraya.

Dia Milik Akulah!Where stories live. Discover now