Bab 2

109 12 0
                                    

"Weh Mai ! Asal cikgu Zarul suruh kau pergi bilik dia tadi ?"Soal Azril Ameen atau dikenali sebagai Meen.Mana Azrul ?Dirumah.Kenapa?Azrul Akeem tu lebih berminat dengan permainan video.Anti-social lah katakan.

"Adalah,kau tak boleh tahu.Rahsia."Aku tak mahu Meen tahu apa yang berlaku antara dia dan Zarul sebentar tadi.

"Hmm,macam inilah kau kan?Ergh!Tadi asal aku nampak kau dengan cikgu Hafiq tu macam kenal je?Siap bergaduh lagi."Meen hanya menurut akan kehendak aku.Sebab tu hak aku nak cerita ke tak jadi dia tak boleh paksa.

"Hafiq tu kawan kerja Kak Husni.Entah macam mana boleh tersesat ke sini.Tak silap aku Kak Husni tu kerja sebagai cikgu taska,takkanlah si Hafiq tu pun cikgu taska juga?.Entahlah!Serabut otak aku aje!"Aku malas nak kisahkan hal orang yang tak pernah kisah pasal aku.

"Haha,garang betul kau ni.Weh.."Meen kelihatan agak bengang kerana baru sahaja dia ingin berkata,Qudin secara tiba tiba datang ke arah mereka.'Ceh,aku nak dating pun susah!'Gerutu hati Meen.Aku hanya tersenyum apabila terlihat muka Meen yang seperti ayam berak kapur.

"Mai,Nek Midah weh.."Termengah mengah Qudin cuba terangkan apa yang terjadi.Hati aku dah tak sedap dah.Peluh mula merenik di dahi aku.

"Ke..ke..kenapa dengan Nek Midah ?..Abah,Ajim,Umar,Husni mana ?"Entah kenapa tergetar getar bibir aku bila aku cakap macam tu.

"Nek Midah kat ICU sekarang ni,dia kena serangan jantung.Waktu aku lalu kat rumah Nek Midah nak jumpa Meen tiba tiba aku dengar Nek Midah menjerit.Bila aku masuk,aku tengok Nek Midah dah tak sedarkan diri,lepas aku minta tolong Haji Husin.Aku pergi rumah kau,aku tengok kereta dah tak ada.Macam dah tak ada orang,pintu rumah tak berkunci,bila aku masuk baju baju semua tak ada.Serius weh,aku jumpa satu surat ni."Qudin bercerita panjang lebar sambil menyerahkan surat yang ditinggalkan di rumahnya sebentar tadi.Aku dah terdiam tidak berkutik.

Aku tak sangka,baru kelmarin aku beramah mesra dengan Nek Midah.Tahu tahu hari ini Nek Midah dah meninggal dunia.Teguran Meen menyedarkanku ke alam nyata.

"Kau tak nak pergi ke?"Tegur Meen.

"Buat apa aku nak pergi?Sedangkan aku tahu apa yang bakal terjadi."Soal aku semula.Namun kakiku tetap bergerak ke motosikal untuk pergi ke Hospital Tengku Farina.

...

Sesampainya mereka di Hospital Tengku Farina,mereka terus dibawa ke unit ICU untuk melihat Nek Midah.Namun Haji Husin mengatakan bahawa mereka sudah terlambat kerana Nek Midah sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke sini.

Meen berasa pelik apabila melihat aku hanya tersenyum apabila menerima ucapan takziah daripada keluarga Haji Husin seolah olah dia gembira dengan pemergian Nek Midah.

"Mai,aku nak tanya sedikit boleh?"Soalan ditujukan dengan berhati hati.

"Ha,tanyalah"Jawab aku lambat lambat.Senyuman manis dihadiahkan buat Meen.

"Kenapa kau tak sedih?Kau macam suka aje Nek Midah meninggal dunia?"Serba salah perasaan Meen apabila menanyakan soalan itu.Bukan apa,Meen risau aku tengking dia lah tu.

"Meen,daripada aku menangis,baik aku senyum sebab kalau aku menangis meratap macam orang gila pun.Nek Midah tak akan hidup semulakan?Aku redha Meen.Allah lebih sayangkan arwah nenek."Meen agak tersentak apabila mendengar apa yang aku katakan.Sungguh Meen tidak menyangka yang aku sungguh tabah.

"Meen,jom pergi.Haji dah panggil tu"Sayu kedengaran suara aku.Aku cuba untuk tidak menangis kerana aku tahu tiada apa akan berubah jika dia menangis.

Dia Milik Akulah!Where stories live. Discover now