Aku mula melangkah ke alam persekolahan pada usiaku 7. Kelas 1 Amanah merupakan nama kelasku. Di sana, guru kelas akan menyambut pelajar baru mengikut senarai nama. Ada yang datang dengan keluarga tetapi aku datang berseorangan. Pelik bukan? Kelasku bermula dengan pengenalan diri sendiri (biodata). Apabila tiba giliranku, aku mempernalkan diriku secara spontan. Bila ditanya ibu bapaku bekerja sebagai apa, aku mula tergamam dan berkata'saya tak ada ibu bapa(dengan muka sedih). Mereka...(tergamam) mati'. Kata - kata kasihan mula keluar dalam bibir cahaya cikguku. Namun, segalanya berubah apabila kelas bermula dengan matapelajaran Pendidikan Islam. Di situ jua banyak saya pelajari dan aku mula memahami kelebihan anak yatim di sisi yang Maha Esa. Antaranya ialah, anak yatim yang solat dan berdoa akan membantu ibu bapanya selamat di alam barzakh, nabi muhammad SAW juga anak yatim iaitu lahir tanpa bapa, doa anak yatim iaitu golongan belum baligh dapat memberi pahala kepada ibu bapanya sebagai amalan tambahan kepada kedua - dua ibu bapanya. Kenapa sebegini sayangnya Allah kepada anak yatim? Hebatnya kuasa yang Esa ini. Sejak itu aku mula suka dengan matapelajaran ini kerana keindahan yang diberikan merangkumi semua. Tetapi, cikguku berkata'lebih baik kamu semua panggil saya Ustazah, tak perlu panggil cikgu'. Aku bertanya spontan'kenapa pula?'. Cikgu atau ustazahku berkata,'gelaran ustazah sama maksud dengan cikgu, cuma kamu boleh memahami sedikit bahasa arab. Kalau guru lelaki, mereka digelar ustaz kerana bahasa arab membezakan gelaran antara lelaki dan perempuan'. Dan dari situ aku mula bertanya lagi.
***************
Aku: kenapa gelaran cikgu lelaki iaitu ustaz lebih pendek sedangkan cikgu perempuan pula lebih panjang iaitu ustazah?Ustazah: untuk pengetahuan, bahasa arab mengajar kita bahawa darjat dan tanggungjawab berbeza, sebagai contoh, yang sulung iaitu lelaki akan digelar abang long manakala anak kedua dalam keluarga digelar abang ngah. Unik kan gelaran ini?
Aku: wah! Memang unik cikgu. Tapi kenapa? Dan bagaimana cikgu?
Ustazah: pernah dengar kisah nabi Adam A.S?
Semua orang termasuk aku: tak!
Ustazah aku menceritakan kisah nabi adam secara ringkas. Aku mula faham bahawa manusia asalnya tanah yang diambil Allah SWT. Dan aku terkejut bahawa Allah menyuruh ratusan juta malailat untuk bersujud ke atas seorang manusia yang kecil kalau dibandingkan dengan malaikat. Alangkah hebatnya manusia serta darjatnya. Tetapi, ini belum berakhir. Malaikat azazil tidak sujud kepada Allah dan berlaku sombong. Allah terus melaknatnya kerana sikapnya itu. Siapakah malaikat azazil?. Itulah dia iblis laknatullah. Banyak gelaran pelik yang aku dengar. Sifat ingin tahu mula membara dalam diriku kerana ini akan menjadi pedoman pada diriku. Apalah nasib kerana masa sudah tamat. Pantasnya masa, ustazah juga berpesan bahawa masa tidak akan menunggu kita, jika kita ingin berubah dan melaksanakan tanggungjawab, maka kita perlu menepati masa dengan baik. Dalam surah al asr yang bermaksud 'Sesungguhnya manusia itu dalam keadaan kerugian(2). Kecuali orang - orang yang beramal soleh, dan saling berpesan - pesan dengan penuh kesabaran(3).' Hebat bukan masa? Dan sambungan lagi, pepatah arab juga mengatakan bahawa 'masa itu tajam' kerana apabila berlalunya masa, maka banyak perubahan akan berlaku. Pepatah lain juga mengatakan bahawa 'masa itu emas' kerana apabila seseorang mengurus masa dengan baik, maka dia peroleh kebaikan. Pesanan ini khas untuk kami sekelas kerana ini akan membentuk diri kami di alam persekolahan. Aku terbayang semula dengan berkata, 'kalaulah aku dapat jadi guru, sudah lama aku akan sampaikan ilmu yang aku pelajari termasuk ilmu yang diajar ustazahku tadi'. Tanpa sedar akan masa bergerak, matapelajaran kedua mula habis dan bermulalah rehat. Aku mula berborak dengan rakan kelasku. Pada awalnya aku seronok berbual dan pada masa itu, aku sedar bahawa alam kanak - kanak lebih baik berbanding dewasa kerana kanak - kanak takut akan dosa seperti menipu. Hebatnya kanak - kanak. Pepatah lain mengatakan bahawa anak muda merupakan golongan kain putih kerana mereka tidak dibentuk. Seseorang atau keadaan sekelilingnya akan mengubah warna kain itu dengan warna tersendiri. Entahlah mengapa semua ini bermain dalam mindaku tetapi aku mula melangkah ke kantin. Ramai beratur dan sesetengah pelajar dimarahi oleh pekerja kantin kerana berebut. Nada marah pekerja kantin lebih kuat dan ayatnya menusuk qalbu. Bukan apa, pekerja tersebut tidak mahu perkara sama berulang. Aku membeli nasi lemak dan air minuman dengan harga RM 1.50 sebagai mengalas perutku. Bagaimana aku mendapat duit? Ini kerana penjaga rumah anak yatim memberikan duit kepadaku sebelum pergi ke sekolah. Sambil makan sambil sembang?! Itulah ayat yang keluar dalam mulut ustazah yang mengajarku tadi. Aku terkejut dan berkata 'ustazah!, buat apa ke sini? Terkejut saya'. Ustazah menberitahu bahawa lebih baik makan sehingga habis lalu sembanglah sehingga puas. Disinilah perbualan panjang bermula dan jangan lupa, istilah sambil makan sambil bercakap juga berjalan.
***************
YOU ARE READING
Kenapa Aku?
Fiksi IlmiahKisah Ahmad yang kehilangan ibu bapanya ketika kecil di mana dibunuh oleh seseorang yang mempunyai sesuatu yang pelik keluar dari belakangnya. Ahmad yang tidak mengetahui apa - apa belajar untuk meneroka dan memahami erti dunia. Banyak perkara dan c...