Cuaca cerah. Pengebumian Hamizan dijalankan dengan lancar. Tangisan berterusan sehingga petang. Aku hanya memandang wajah Hamizan yang hancur. Memori indah diimbas. Tanpa disedari, air mataku jatuh membasihi pipi. Diseka cepat, takut diketahui. Aku mencari kelibat mama dan papaku. Oh ya, mereka tidak datang. Aku hampir terlupa. Hanya kakak yang menemaniku. Kawan2ku juga ada--Tasya, Alia,Adlin dan Najwa. Juga beberapa budak lelaki. Memberikan tangisan--juga. Sedang itu, bahu ku disentuh. Tasya. Aku hanya tersenyum polos. Mungkin risau tentang diriku yang makin murung.
"Kau kenapa ni Fateen?? Ada masalah ke??" Tasya menunjukkan rasa simpatinya. Aku mula memperihalkan dirinya. Ya, itulah aku. Hatiku sentiasa memperburukkan orang.
Aku tak jawab soalan Tasya. Malas. Aku taknak dedahkan masalah aku. Biarkan rahsia...
"Emm..kau nak tau tak gosip semasa??" Cuba Tasya untuk ajakku berborak.
"Apa dia???"
"Huh!! Lega aku!! Ingatkan tadi kau dah bisu!! hehe.."
Sedikit pun aku tak tergelak. Senyuman tak ikhlas kuberi.
" Cakapla cepat..apa yang gosip sangat.."
" Ada orang cakap..orang lain tau bukan aku. diorang cakap yang kau bawak malang sebab ada budak kelas kita nampak Hamizan mati bila dia nak dekat dengan kau.."Tasya hanya berbisik. Aku mula terkejut berita yang disampaikan olehnya. Aku bawak malang??
"Abistu, kau percaya lah?!"Suara ku sedikit tinggi. Tasya terkejut. 'Apasal minah ni?'
"Tasya!!" Adlin memanggil.
" Hey guys! "Tasya berdiri dan meniggalkan aku sendirian. 'Biasanya aku melepak dengan diorang..but..'
" Fateen!!" Kakakku memanggil ku. Aku menoleh. Dan berdiri. Kami pulang ke rumah--senyap.
Rumahku senyap--walaupun ada mama dan papa. Mereka tak pernah nak berborak macam keluarga bahagia. Tegang aje. Itulah yang membuatkan rumah ini macam 'neraka'. Aku berjalan menuruni anak tangga. Sarapan sudah disediakan diatas meja. Sendirian, aku menjamah sekeping roti dan mentega berserta susu Goodday. Mataku merayau disekiling rumah. Ruang tamu--kosong. 'Manalah family aku ni'
"Fateen, jom!" kakak intan ku sudah berdiri di depan pintu pagar rumahku bersama motornya. Dengan muka masam, aku berjalan ke arah kakak intanku.
"Fateen!! Lama tak nampak kau!!" Najwa menyapa sambil menepuk bahuku. Aku melihat wajahnya. Senyuman diberikan. Namun tidak dibalas oleh aku. Najwa sedikit berasa janggal.
" Errr.. kau kenapa ni??"
"Bukan masalah kau"
"Cakap jela. Ni mesti pasal gosip tu kan??"
"Aku cakap bukan masalah kau lah!!" Aku berjalan meninggalkan. Alia sedari tadi memerhati pergerakan lalu menunjukkan isyarat tangan kepada Najwa. Najwa mengangkat bahu--tak tahu.
" Cikgu!! Cikgu!!"
Semua murid 6 Afdhal kelam kabut mencari tempat duduk masing masing. Guru kelasku, Teacher Wani masuk ke dalam isi perut kelas sambil membawa beberapa beg lutsinar berisi..
"Kertas periksa??!"
Ada yang takut ada yang suka. Sofea Adriana, murid cemerlang, hanya tenang dan tersenyum. Namun tetap dia risaukan markah yang akan diperoleh oleh..
" Eh, sekejap.. mana Fateen??"

YOU ARE READING
GADIS DAN HUJAN |SLOW UPDATE
Narrativa generale"....LANGIT MENANGIS KERANA AKU...."