CLARA menghidangkan segala juadah di atas meja. Puan Atilia dan Encik Akif setia menunggu anak perempuannya turun makan bersama. Tidak sedikitpun mereka mempelawa Clara untuk makan bersama dengan mereka. Clara berdiri di hujung meja setelah menyendukkan nasi di pinggan ibu bapa angkatnya itu. Sudah menjadi rutin hariannya yang dilayan serupa orang gaji!
Emi turun tangga terus menuju ke meja dapur untuk berjumpa dengan mama dan papanya dengan wajah yang sangat ceria. Baju ketat paras peha yang tersarung ditubuh Emi dipandang jelek oleh Clara. Dah serupa pelacur aje perempuan ni!
"Mama, Papa, Emi nak keluar dengan Arman." ujar Emi dengan sangat teruja tanpa mempedulikan Clara yang berada disebelahnya.
Clara terasa dunianya tiba-tiba gelap apabila mendengar nama Arman keluar dari bibir Emi. Terus saja dia berlari keluar dan menuju ke kolam renang. Ditatap bayang-bayang wajahnya di dalam air tersebut. Ingin saja dia menangis sepenuh hati tetapi ditahan. Dia tidak mahu orang lain melihatnya sebagai seorang perempuan yang lemah. Ya! Aku bukan perempuan yang lemah. Aku dah janji dengan arwah umi, aku akan jadi perempuan yang kuat bukan perempuan yang cengeng!
Bunyi hon kereta menyedarkan Clara dari terus melayan perasaannya. Dia pasti hon kereta itu merupakan bunyi hon kereta Arman. Dia perlu berjumpa dengan lelaki itu untuk mendapatkan penjelasan. Tanpa berfikir panjang, kakinya terus berlari dan menuju ke pintu dapur. Hatinya berkecamuk apabila ternampak susuk tubuh seseorang yang sangat dia kenali yang sedang memegang jambangan bunga ros. Pasti bunga itu untuk Emi. Dengan hati yang sakit, Clara menuju ke arah lelaki itu.
"Arman." panggil Clara dengan suaranya yang terketar-ketar. Arman sedikit terkejut melihat Clara dihadapannya tetapi dia cuba berlagak selamba. Dia perlu memutuskan hubungannya dengan Clara hari ini juga. Ya, itu tekadnya!
"Hye Clara! Err, i have something to tell you. I think we should end our relationship because next month Emi and i will get married." lancar sahaja perkataan itu keluar dari mulut Arman. Tidak rasa bersalah langsung!
What?! They will get married?! Clara cuba mengawal emosinya ketika ini. Dia perlu bertenang. Dengan lafaz bismillah, bibirnya menguntum senyuman sinis. "Alhamdulillah, tahniah untuk awak. Akhirnya awak dapat berdamping dengan perempuan yang setaraf dengan awak. Ye lah, lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Begitu juga sebaliknya."
Arman mengetapkan bibirnya. Sangkanya perempuan itu akan sakit hati tetapi dia pula yang sakit hati! Hatinya panas melihat senyuman sini Clara. Jangan ingat aku akan berdiam diri Clara!
YOU ARE READING
Captive Wife
RomanceThis is my first story.. Pleaseeeeee support me ❤ Tolong vote juga sebab klu mcm hambar, sis tak kan update huhu . . . . . Clara Amanda, seorang gadis yatim piatu yang telah dijual oleh keluarga angkatnya untuk melangsaikan hutang. Hidupnya semakin...