Bab 33

5.4K 161 11
                                    

KYLE bersandar di kerusi malas sambil matanya dipejam. Tali lehernya dibuka kasar begitu juga butang baju kemejanya. Dia mengeluh kepenatan.

Bunyi telefon bimbitnya yang berbunyi kuat diabaikan sahaja. Malas dia ingin mengangkatnya dek kerana terlalu penat. Kali ke-5 telefon bimbitnya berbunyi baru dia jawab dengan kasar tanpa melihat siapa gerangan yang menelefonnya.

"What?!" tengkingnya. Tengkuknya sudah menegang menahan marah. Siapa pula yang berani kecau ketenteraman aku sekarang ni!

"Kyle..isk..isk.." suara tangisan Tasya kedengaran di dalam telefon. Kyle tersentak sendiri. Telefon dijauhkan dari telinganya dan melihat nama di skrin telefon bimbitnya. Its Tasya!

"Hello, ba..baby. Oh God! Im so so sorry tertengking you. I tak tahu pula you yang call tadi." Kyle mengusap wajahnya berkali-kali. Dia menyesal tertengking kekasih hatinya.

Makin kuat tangisan Tasya di dalam telefon. Mana tidaknya. Ini kali pertama Kyle menengkingkan begitu!

"Baby..please dont cry. Im sorry. You tunggu situ ya. Sekejap lagi I datang." pujuk Kyle sebelum panggilan ditamatkan.

Dia segera mengambil kunci keretanya dan keluar dari pejabat untuk menuju ke hospital. Sejujurnya, dia sangat merindui kekasih hatinya tetapi disebabkan dia terlalu sibuk dengan segala urusan, tanpa dia sedar, dia sudah mengabaikan Tasya. Dia sedar dengan kesalahannya itu dan dia harus menebusnya kembali.

Dia memakir keretanya di hadapan kedai bunga yang tidak jauh dari hospital Tasya. Dalam kepalanya sudah terbayang untuk memujuk Tasya dengan cara begini kerana Tasya sangat sukakan bunga.

Setelah membuat pembayaran, Kyle menapak laju keluar dari kedai bunga untuk berjumpa dengan kekasih hatinya. Tiba-tiba bahunya dilanggar seseorang sehingga bunga yang berada ditangannya jatuh ke lantai.

"Woii buta ke?!" marah Kyle. Bunga yang jatuh itu terus diambilnya kerana bimbang sekiranya bunga itu rosak. Sudahlah bunga rose cuma tinggal itu sahaja. Yang lain semua sudah habis!

"Maaf encik. Salah saya." kata lelaki berhoodie hitam dan berkaca mata hitam itu. Wajah ditundukkan dari memandang Kyle. Tanpa banyak soal, dia terus berlalu pergi kerana tidak mahu Kyle mengesyakinya.

Kyle memandang tajam lelaki tadi. Dari gaya dan raut wajahnya seperti seseorang yang pernah dikenali dahulu. Tapi siapakah? tanpa mempedulikan perkara itu, Kyle terus sahaja menuju ke hospital kerana sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan kekasih hatinya.

Jauh di sudut tepi lorong, lelaki berhoodie hitam itu memerhatikan gerak-geri Kyle dengan senyuman sinis.

"Long time no see big brother."

.

.

.

Hai Assalammualaikum semua. First of all, author nak minta maaf sangat sangat sebab chapter pendek je kali ni huhu. And author nak minta maaf sebab dah lama tak update. To be honest, actually author terlupa nak update sebenarnya HAHAHA I'M SO SORRY GUYS

Next time author cuba update selalu ya sebab author sekarang tengah mula sibuk. Hopefully sempatlah nak update every week! hehe doakan la ya.

and thank you so much sebab sudi baca CW lagi. Don't forget to vote!

Captive WifeWhere stories live. Discover now