HEMBUSAN nafas seseorang ditengkuk Clara membuatkan gadis itu terjaga dari lenanya. Pelukan yang kemas dipinggangnya membuatkan dia semakin selesa diperlakukan begitu. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya ke belakang supaya tidak mengganggu tidur sipemeluk. Wajah polos kyle membuatkan wajah Clara membahang malu namun dia sukakan keadaan seperti itu. Mungkinkah ini mimpi? Ya, mungkin ini mimpi. Tidak mungkin Kyle akan berada disini memeluknya kerana Kyle awal-awal lagi sudah beritahu tidak akan pulang malam tadi.
Satu kucupan hinggap di dahi Kyle. Mungkin disebabkan ini mimpi, Clara jadi berani untuk berbuat begitu. Kalau di alam realiti, tidak mungkin Clara berani buat begitu. Mungkin sebab takut? Atau sebab malu?
Setelah 5 minit membelek wajah Kyle, baru Clara perasan badannya hanya diseliputi dengan selimut tanpa sebarang pakaian ditubuhnya. Dia melihat keadaan Kyle juga begitu. Clara mengerutkan dahinya apabila terlihat kesan-kesan merah ditubuh badannya. Semakin lama baru Clara sedar bahawa dia berada di alam realiti bukan di alam mimpi.
Dengan sepantas kilat dia menjauhkan diri dari pelukan Kyle. Mujur sahaja tidur lelaki itu tidak terganggu. Dia melihat tubuhnya penuh dengan kesan-kesan merah. Apa yang sudah jadi? Seingatnya Kyle tidak pulangpun malam tadi? Tiba-tiba saja dia terasa ingin marah lalu terus masuk ke dalam bilik air.
Seusai saja Clara membersihkan diri, dia melihat Kyle masih diulit mimpi di atas katil. Dengan perasaan geram, Clara baling sebiji bantal ke arah Kyle namun tidur lelaki itu masih tidak terganggu. Clara mengetipkan bibirnya tanda geram. Tidur mati ke sivampire ni? Mimpi indah sangat ke? Clara bermonolog sendiri.
Dengan perasaan geram Clara turun ke dapur. Walaupun marah dengan Kyle masih bersisa, namun dia perlu menyiapkan sarapan buat Kyle. Ye lah, diakan isteri mithali. Eh ya ke? Ke sebab takut kena marah dengan Kyle? Clara masih berperang dengan hatinya.
Tidur Kyle sedikit terganggu apabila tangannya yang tercari-cari seseorang disebelahnya tidak ada. Dibuka kelopak matanya seluas yang mungkin untuk mencari seseorang itu tapi tidak ada. Dia mengusap wajahnya dan menggaru kepala yang tidak gatal. Bantal dan selimut seakan-akan memanggilnya untuk kembali tidur. Mana tidaknya, sudahlah semalam dia sibuk menguruskan soal Tasya dan bila balik saja rumah ada pula makhluk Tuhan ni yang sengaja menguji nafsunya. Dia mengusap kepalanya dengan kasar. Berbelah bagi sama ada untuk kembali tidur atau mencari seseorang yang dia teringin sangat nak jumpa.
Akhirnya Kyle membuat keputusan untuk bangkit dari katilnya. Entahlah, diapun tak tahu kenapa dia nak sangat jumpa isterinya. Baru pertama kali dia mengalah dengan nafsu tidurnya semata-mata untuk lihat wajah Clara. Mungkinkah rindu?
Selepas dia membersihkan diri, terus saja langkahnya pergi ke arah dapur. Bau yang enak datang dari dapur itu membuatkan perutnya mula bernyanyi riang. Di atas meja makan penuh dengan juadah makanan. Selama dia duduk dirumah itu, tidak pernah orang gajinya 'terlebih' rajin pelbagai jenis seperti ini.
"Mak Kiah!!!" laungnya dari arah dapur. Perasaan marah membuak-buak dalam dirinya. Memang pantang dalam hidupnya orang yang suka membazir makanan ni.
"Ya, Tuan Kyle?" jawab Mak Kiah tercungap-cungap. Mana tidaknya, dia dari halaman belakang terus sahaja berlari-lari anak apabila mendengar suara Kyle memanggilnya.
"Berapa kali aku nak pesan, jangan masak banyak sangat! Siapa nak habiskan semua ni?!" terus saja diherdik wanita tua itu tanpa belas kasihan. Mak Kiah yang berada di hadapannya kecut perut melihat wajah Kyle yang seperti harimau jadian itu.
"Ma..maaf Tuan Kyle. Saya terlupa. Saya janji saya tak akan membazir lagi." Terketar-ketar Mak Kiah jawab. Tidak sampai hati dia ingin memberitahu Kyle hal yang sebenar.
Belum sempat Kyle mambalas, Clara terlebih dahulu menjawab. "Bukan salah Mak Kiah. Salah saya. Saya yang masak semua makanan tu. Mak Kiah lebih tua dari awak Kyle. Awak tak boleh nak hormat sikit ke?" Lancar sahaja Clara menjawab. Kasihan dia melihat Mak Kiah yang ditengking oleh Kyle. Di pandang Kyle dengan hati yang sangat geram.
Kyle tertawa sinis. Berani betul perempuan ni nasihatkan aku. "Ohh jadi kau yang masak semua ni? Kau nak bagi siapa makanan ni? Kucing-kucing kat luar sana? Apa dia kau cakap tadi? Aku tak hormat orang yang lebih tua? Berani betul kau nasihatkan aku." Pelahan-lahan Kyle menghampiri Clara. Tangannya sudah ringan ingin menampar Clara tapi Mak Kiah cepat-cepat menahan Kyle dari berbuat demikian.
Kyle semakin panas hati apabila ada 'orang tengah' sibuk dalam urusannya. "Mak Kiah pergi masuk dalam sekarang!" ditengking wanita tua itu sekuat hati. Pada mulanya Mak Kiah enggan masuk ke dalam apabila mengenangkan nasib Clara tapi apabila didesak sendiri oleh Clara, dia ikutkan saja. Namun, dalam hatinya tidak putus-putus berdoa supaya Clara tidak di apa-apakan.
"Saya tak nak gaduh dengan awak, Kyle. Saya minta maaf. Saya janji saya tak akan masak lebih-lebih lagi." Perlahan-lahan Clara menghampiri Kyle dan menggengam tangan lelaki itu dengan terketar-ketar. Clara memberanikan diri walaupun jauh dari sudut hatinya bagaikan hendak pecah! Tapi diberanikan juga kerana dia tahu Kyle pasti akan cair padanya.
Kyle menahan gelodak didadanya. Pandangan redup mata Clara cukup buat dia merasa tenang. Api kemarahan yang sedang membara tadi entah hilang ke mana. "Okay. Pastikan selepas ni jangan ada lebihan makanan, faham?" Namun, ego tetap ego!
Clara hanya mengangguk tanda faham dan memandang Kyle yang sedang berlalu pergi. Haih, susahnya nak pikat hati sivampire ni!
.
.
.
Promote! jemput baca novel-novel ni sebab memang best gilerrr! hahaha
* Brutal Wives by entah-
* Brutal Wives 2 by entah-
* Your Only Wife by entah-
Jangan lupa vote dan comment! ^^
YOU ARE READING
Captive Wife
RomanceThis is my first story.. Pleaseeeeee support me ❤ Tolong vote juga sebab klu mcm hambar, sis tak kan update huhu . . . . . Clara Amanda, seorang gadis yatim piatu yang telah dijual oleh keluarga angkatnya untuk melangsaikan hutang. Hidupnya semakin...